Friday 30 May 2014

CERITA MINYAK IKAN LAGI!!!

Okay Kak As nak sambung lagi cerita minyak ikan.

Memang banyak nak cerita ... sebab Kak As membesar bersama minyak ikan. Dan Kak As pun peminat ikan terutama ikan cencaru belah belakang dan kari kepala ikan ikan jenahak (hujan2 ni terasa lapar nak mencicah roti benggali dengan kari  le pulokk)


Sekarang ni ramai yang jadikan minyak ikan sebagai supplement wajib untuk seisi keluarga.  Nak tau kenapa??
  • Minyak ikan membantu menurunkan trigliserida dan kolesterol, mencegah pengerasan arteri dan mencegah kelainan kadar degupan jantung 
  • Omega 3 membantu menjaga sel-sel supaya sentiasa sihat dan normal dan mengelak dari bermutasi menjadi tumor kanser (terutama kanser payudara, usus dan prostat)
  • Kehadiran EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) membantu mengawal kolesterol dalam darah.
  • Pengambilan minyak ikan secara berterusan dan teratur dapat menyembuhkan hipertensi dan sangat berkesan untuk mengatasi masalah obesiti.
  • Penggunaan bagi tempoh jangka panjang dari minyak berkesan untuk mengurang dan mencegah kesakitan akibat artritis.
  • Omega-3 menawarkan perlindungan terhadap degenerasi makula (AMD) dari mata dan juga mengurangkan sindrom mata kering.
  • Minyak ikan membantu mengurangkan risiko penyakit saraf saperti demensia dan Alzheimer.
  • Omega 3 membantu mengekalkan kelembapan kulit, menghasilkan kolagen, meredakan peradangan kulit dan meremajakan wajah (awet muda).
  • Kadar protein dalam minyak ikan membantu pertumbuhan rambut yang kuat dan sihat.
  • Omega-3 memiliki anti inflamasi yang membantu menurunkan tekanan darah. Peredaran darah akan lebih lancar ke seluruh tubuh dan mengurangkan  tekanan kepada jantung.
  • Ini membantu mengurangi serangan asma dan membantu untuk bernafas dengan lebih mudah.
  • Omega-3 di dalam minyak ikan mengatur keseimbangan mineral dalam tulang dan jaringan di sekitarnya yang membantu mengekal kesihatan tulang
  • Minyak ikan baik untuk ibu hamil kerana kandungan DHA di dalamnya membantu perkembangan mata dan otak bayi, menghindari kelahiran prematur, berat badan rendah  dan risiko keguguran.
  • Minyak ikan berkesan untuk mengurangkan peradangan dalam darah, gangguan pencernaan, sindrom usus pendek dan penyakit inflamasi kronik.
  • Minyak ikan membantu meningkatkan memori dan fokus.  Aliran darah yang lancar mempengaruhi hormon dan sistem kekebalan tubuh yang akhirnya mempengaruhi fungsi otak.
  • Satu kajian menemukan bahawa minyak ikan dapat mencegah peradangan pada sel-sel lemak. Peradangan sel lemak akan mewujudkan resistensi insulin yang seterusnya  mengakibatkan berlaku diabetesType 2.


CERITA MINYAK IKAN !!!

Apa kenangan uoll dgn minyak ikan?

Kak As ingat masa kecik2 dulu cukup susah hati kalau Emak Kak As nak bagi makan minyak ikan. Waktu tu minyak ikan tu dalam bentuk cecair warna putih macam susu. Pekat sangat. Yang paling tak tahan baunya. Memang bau ikan, hanyirrr ... rasa nak termuntah.


Adik2 Kak As lebih beruntung. Masa mereka membesar dah ada minyak ikan perisa oren. Klau tak silap haliborange kut nama dia. Rasa pun dah boleh tahan sedapnya. Bau hanyir pun dah kurang sebab ada bau oren. Sedap2 pun kami memang liat nak minum. jenuh kena kejar dengan Emak ... hehehe!. Memang supplement bentuk cecair kurang popular dekat family Kak As.

Lagipun kalau bentuk cecair ni nak kena simpan dalam peti sejuk. Kalau pergi makan angin mana2 memang cuti la tak minum minyak ikan sebab memang leceh nak bawak.  Bayangkan botol minyak ikan tu pecah dalam beg baju .... yukkkerk!!!


Alhamdulillah berkat usaha Emak dan Bapa yg berfikiran jauh masa tu utk jaga kesihatan anak2, kami semua sihat walafiat semasa kecik. Jarang lah nak demam, batuk dan selsema, walaupun kami minat main hujan. Main dekat paya dan lopak pun masih sihat, kulit pun tak berkudis.

Cuma bila dah meningkat remaja dan tinggal jauh dari Emak dan Bapa, amalan mengambil minyak ikan ni terhenti terus. Sebab macam Kak As cakap tadi lah leceh nak angkut botol tu. Lagipun Emak tak ada kat asrama untuk bebelkan kami .... kehkehkeh.

Kesiannya kat anak2 Kak As. Semasa mereka kecil dulu Kak As tak bertegas sangat untuk mereka ambil minyak ikan ni, jadi tu lah mudah sangat terkena selsema, penglihatan mudah kabur (semua pakai spek), mudah lenguh badan dan macam2 komplen lagi.



Tak per, better late than never!!! Mulai hari ni Kak As nak bagi mereka minyak ikan Omega Guard Shaklee. Mudah jer nak makan. Cantik pulak tu diisi dalam kapsul gel lembut warna keemasan. Yg penting takder le bau hanyir tu!!!



Thursday 22 May 2014

Kenapa Perlunya Mighty 3 Gems???

Hari tu Kak As ada cerita pasal Mighty 3 Gems kan?  Apa supplement yang terdapat dalam set ni dan fungsi setiap supplement kan?

Ari ni Kak As nak sambung balik cerita yang terhenti separuh jalan tu.

Sekarang ni kan ramai yang puasa qadha dan puasa sunat bulan Rejab (dah nak habis dah pun  bulan Rejab).  Lepas ni  masuk Syaaban nak sambung puasa sunat lagi sebelum kita berpuasa wajib bulan Ramadhan.  Jadi anak2 terutama yang baru mula nak puasa memang akan terasa perit.  Tambahan pula terpaksa berpanas ke sekolah.  Sila beri semangat kat anak2 yer, lagi besar dugaan dihadapi .. lagi besar pahala diperolehi.  Kesian memanglah kesian, tetapi ini tanggungjawab kita sebagai Muslim.

Itu sebab Kak As rasa patut cadangkan pada uolls untuk try set Mighty 3 Gems ni sebab dah ramai yang merasai kebaikannya.  Akak ada banyak testimoni mengenai kebaikannya.  Salah satunya dari Puan Zakiah Sulong  :


Apabila kita mengambil supplement yang terdapat dalam set  Mighty 3 Gems ni, semasa berpuasa ...  kita akan mendapat kebaikan2 saperti  berikut :-
  • bertenaga sepanjang hari 
  • membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan 
  • dapat mengekalkan paras gula 
  • produktiviti kerja meningkat 
  • memelihara kesihatan secara menyeluruh 
  • kulit dan muka cantik dan bermaya 
  • tiada sembelit 

Siapa yang patut ambil Set Mighty 3 Gems ni??
  • Individu yang terpaksa bekerja di luar dan terdedah kepada cuaca panas 
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa 
  • Pelajar 
  • Atlet 
  • Warga emas 
  • Ibu menyusu 
  • Ibu hamil yang tiada selera makan 
  • Mereka yang aktif dalam kerja harian 

So, sementara masih berada di bulan Mei, ketika promosi Meal Shake BELI 6 PERCUMA 1 masih berjalan,  cepat2 rembat ... simpan buat stok.  Selepas Mei ni tak dapat dah FREE 1 TIN BERNILAI RM113.75.  Klau berminat cepat2 contact akak yer.


Wednesday 21 May 2014

Common Chemicals Linked To Breast Cancer, Could Be In Your Home By Samantha Olson


Hari ni Kak As nak share satu artikel yang ditulis oleh Samantha Olson mengenai kaitan bahan kimia dengan kanser payudara.  Lebih menakutkan kebanyakan bahan kimia tu ada di dalam rumah kita.  Selama hari ni kita menganggap barang2 tu tak membahayakan, terperuk dekat dapor pulak tu ... tempat kita menyediakan makanan untuk ahli keluarga kita.

Jomm baca ... dan ambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan ahli keluarga kita. Memang sakit, ajal maut itu hak Allah, tapi kita disuruh berusaha untuk menjaga diri kita sendiri. Kalau saja2 dedahkan diri kita pada bahaya, tarafnya sama jer macam kita bunuh diri atau membunuh secara perlahan2.  Oh nooo!!!

Scientific evidence has found another link between the chemicals in our environment and changes in our natural biological process. At least 17 common chemicals found in everyday life have been shown to cause breast cancer in laboratory rats, and is likely to show similar effects in women, according to scientists at Harvard School of Public Health and the Silent Spring Institute, an organization focused on the environment and women’s health.

"Unfortunately, the link between toxic chemicals and breast cancer has largely been ignored. Reducing chemical exposures could save many, many women's lives, said Julia Brody, the study’s co-author and executive director of the Silent Spring Institute.

A study with a list of chemicals to avoid and recommendations to live by have been published in the journal Environmental Health Perspectives on Monday in order to help women minimize their exposure. The chemicals are found both indoor and outdoor, everywhere from vehicle exhausts to byproducts in drinking waters.

"The study provides a road map for breast cancer prevention by identifying high-priority chemicals that women are most commonly exposed to and demonstrate how to measure exposure," said Ruthann Rudel, the study’s lead author and research director of the Silent Spring Institute.

The American Cancer Society estimates there will be about 232,670 new cases of invasive breast cancer diagnosed to women in 2014. By the end of the year, an additional 40,000 women will die from breast cancer. It is the most common cancer among women in the United States, aside from skin cancers. Researchers hope that the study will serve as a tool to decrease their cancer risk by providing recommendations on how and what to avoid.

Follow Us 

"This information will guide efforts to reduce exposure to chemicals linked to breast cancer, and help researchers study how women are being affected," Rudel said.

Watch Out for These Every Day Household Items :
  • Benzene and butadiene: can come in the form of vehicle exhaust, lawn equipment, tobacco smoke, and charred food.
  • Methylene chloride: used as a propellant in aerosols for products such as paints, automotive parts, and insect sprays.
  • Carcinogens in drinking water
  • Pharmaceuticals used in hormone replacement therapy
  • Flame retardants
  • Chemicals in stain-resistant textiles and nonstick coatings
  • Styrene: found in tobacco smoke and is also used to make Styrofoam

7 Recommendations from the Study:
  • Limit exposure to exhaust from vehicles and generators as much as possible. Don’t idle your car, and instead of gas-powered products, use electric lawn mowers, leaf blowers, and weed whackers.
  • Don’t buy furniture with polyurethane foam or make sure the furniture hasn’t been treated with flame retardants, so you’re not sitting around in harmful chemicals.
  • Avoid stain-resistant rugs, furniture, and clothing fabrics. Besides it being harmful to your health, the chemicals eventually wear out and leave a lesser quality fiber.
  • Make sure to drop your clothes off at a drycleaners that doesn’t use perchloroethylene (PERC) or other solvents. Since 1992, the U.S. Environmental Protection Agency (EPA) has been trying to reduce the exposure to PERC. Currently 34,000 commercial drycleaners use PERC as a cleaning solvent. Instead, ask for “wet cleaning,” which uses a gentle washing machine and is considered the safest method of garment cleaning by the EPA.
  • Use a solid carbon block drinking water filter. Purchase a stainless steel drinking water filter, which is effective in reducing more than 60 types of contaminants.
  • Use a ventilation fan while cooking to decrease smoke inhalation and limit how much burned or charred food you eat. Burned food will form a chemical called acrylamide, and the consumption could double the risk of cancer for women.
  • Keep outdoor chemicals outdoors. Take off your shoes when you walk into the house and use a vacuum with a high-efficiency particulate air (HEPA) filter to remove air particles and bioaerosols that could be dangerous to inhale. Clean with wet rags or mops to remove chemicals that could persist on floor.
"Every woman in America has been exposed to chemicals that may increase her risk of getting breast cancer," Brody said.

The study is also the first of its kind to not only list the potential breast cancer carcinogens, but also provide detailed ways for experts to measure them in women’s blood and urine. The paper has been described as a “terrific” resource for epidemiologists whose research is centered around the environmental causes of breast cancer.

"This paper is a thorough review of toxicology data and biomarkers relevant to breast cancer in humans," said Dale Sandler, chief of epidemiology at the U.S. National Institute of Environmental Health Sciences.

Monday 19 May 2014

Nak Tau Hal Vitamin C??

Sesetengah orang sebut Vitamin C sebagai ascorbic acid. Vitamin C ni tak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Sebab tu kita digalakkkan ambil makanan yang banyak kandungan Vitamin C atau ambil supplement untuk memenuhi keperluan tubuh kita.

Apa jadi kalau tubuh kita kurang Vitamin C?
  • badan jadi lemah dan lesu
  • sakit pada otot dan sendi
  • kulit menjadi kering
  • rambut terbelah di hujung
  • mudah berdarah hidung dan gusi
  • mudah mengalami kerosakan gigi
  • luka sukar sembuh
  • mudah terkena jangkitan


Malah kekurangan yang serius boleh mengakibatkan bengkak2 tubuh, masalah saraf,  demam berpanjangan, pendarahan otak dan jantung. Fuhhhh takut Kak As bila terbaca tentang fakta ni. Selama ni ingatkan kalau kurang Vitamin C senang terkena selsema dan kulit jadi tak cantik.  Rupanya banyak lagi kesannya

Dari sumber mana kita boleh dapatkan Vitamin C??
  • buah2an sitrus seperti oren, limau, lemon dan grapefruit
  • buah2an berries seperti blackcurrant, strawberry, blueberry, cranberry dll
  • tembikai
  • sayur2an seperti bayam, broccoli, tomato, kentang, lada merah, kobis dll

Kira2 90% sumber Vitamin C adalah dari buah2an dan sayur2an.  Tapi sayangnya, proses kita memasak boleh mengurangkan kandungan Vitamin C dengan banyaknya. Sebaiknya semua tu dimakan mentah. Alahai,  takder lagi bayam tumis air, kobis goreng kunyit, kentang goreng dll menu sedap tu. Mampu ker kita nak mematuhi saranan pakar pemakanan tu?


Atas sebab itulah kita disaran ambil suplement. Tapi Kak As nak jelaskan di sini yer, makanan yang diambil secara segar adalah yang terbaik, kedudukannya di tempat teratas.  Tetapi dalam keadaan kita sibuk seharian, memang tak mampu nak menyediakan makanan segar setiap hari, jus segar setiap hari, makanan lengkap dan penuh khasiat. Sebab itu supplement yang merupakan makanan tambahan mampu mengisi kekurangan dan lompong2 dalam zat makanan kita.


Sunday 11 May 2014

Satu Produk Boleh Buat Semua ... Hebat Kak Bedah!!!

Selama ni Kak As dok bercerita pasal supplement untuk makan jer. Sebetulnya Shaklee ada juga produk untuk kebersihan dalam rumah.


Terdapat 5 produk yang dirangkumkan dalam rangkaian produk GET CLEAN - mengekalkan kehijauan bumi.  Shaklee menawarkan produk2 yang SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan MENJIMATKAN.


Get Clean Water Pitcher
  • jug penurasan air yang mempunyai penapis (filter) yang diperbuat daripada arang tempurung kelapa
  • menghasilkan 303 liter air bersih daripada setiap filter
  • filter berupaya menuras pelbagai bahan cemar seperti plumbum dan sisa kotoran
  • diiktiraf oleh Water Quality Association
  • sangat menjimatkan kerana setiap pembelian disertakan dengan 4 filter gantian yg dianggar bertahan untuk kegunaan setahun (anggaran 3 - 4 bulan bagi setiap filter)
  • mempunyai meter automatik untuk memaklumkan bila filter perlu ditukar
  • tidak perlu disambung ke paip dan tidak menggunakan kuasa elektrik
Terdapat 4 produk lain iaitu bahan pencuci harian.  Ianya bertujuan menggantikan produk rumahtangga kita yang penuh dengan bahan kimia berbahaya seperti kerosene, natrium hipokrot, alkohol terpin, hidrokarbon, posfat, amonia, klorin dan lain2 lagi. Alahai kesiannya kita dan ahli keluarga kita terdedah kepada bahan2 merbahaya yang ada di dapur rumah kita sendiri!!!! Bukan sehari dua, tetapi sudah bertahun2.  Sekarang Kak As rasa bersalah sangat kepada anak2 Kak As ... sob sob sob!!

Itulah sebabnya kita kena bertukar kepada produk yang selamat untuk mereka dan alam sekitar kita.  Jangan kita jadi penyumbang kepada kemusnahan alam.









Jadi baiklah kita bertukar sekarang. Selamatkan keluarga kita dan selamatkan bumi kita daripada bahaya pencemaran bahan kimia yang memberi kesan buruk kepada kesihatan dan persekitaran.

Sebarang pertanyaan mengenai produk bolehlah kemukakan kepada Kak As yer.


Pstttt - maaf ada keterangan gambar dalam Bahasa Malaysia, ada dalam Bahasa Inggeris. Dah gambar tu jer yang Kak As ada. Kalau uoll nak Kak As translate pun boleh, just sms/whatsap .. Kak As sedia membantu ye.  

Thursday 8 May 2014

Makan Pagi Dengan Kacang Pool

Memang kuah kacang pool ini adalah makanan kegemaran Kak As sebab nak buatnya mudah sangat dan rasanya pun sedap (walaupun kalau tak pandai memasak ... heheheh magik tu!!)

Bagi Kak As resipi ni sihat dan sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa dan kanak2. Nak makan pagi pun boleh, petang pun boleh, malam pun boleh .. tak ada masalah protokol.  Sesuai dimakan dengan roti putih, roti bakar, roti perancis, capati atau apa2 ajalah, janji sesuai selera.


Resipi ini dikatakan berasal dari Timur Tengah tetapi telah diubahsuai ikut selera tempatan. Kacang pool atau Foul Medammas ini kaya dengan khasiat protin, karbohidrat, sodium dan fiber. Resipi yang Kak As guna hari ni adalah kombinasi beberapa resipi dari blog2 resipi. Terima kasih tuan2 blog, semoga Allah memberkati tuan/puan kerana berkongsi ilmu.

Jom kita tengok cara memasak resipi sempoi ni :

Bahan Kuah

200 gm daging/ayam/kambing dicincang halus (ada yg siap kisar macam jenama Ramly atau Ayamas)
1 tin kacang pool jenama  Kimball
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji bawang besar atau 6 ulas bawang kecil
2 sudu besar serbuk kari daging
1 camca teh serbuk ketumbar
Garam, gula, minyak zaitun

Cara Memasak Kuah
  1. Kisar bawang kecil/besar, bawang putih dan halia
  2. Panaskan minyak zaitun.  Tumis bahan kisar. Bila dah harum masukkan serbuk rempah daging dan ketumbar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Perlahankan api dan kacau hingga rempah masak sempurna. Kalau terlalu kering, boleh ditambah air sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan daging kisar dan sedikit air, kacau hingga daging betul2 masak.
  4. Tambahkan perisa garam dan gula hingga sesuai rasanya.
  5. Lenyekkan sedikit kacang pool hingga separuh hancur (kalau blend nanti hancur terus, tak best)
  6. Masukkan kacang pool ke dalam kuah tadi dan biarkan masak hingga sebati rasanya. Kalau terlalu kering, tambah air sedikit demi sedikit. Kuahnya mesti pekat, baru syok makan.


Hiasan

Telor digoreng mata kerbau, bahagian kuning jangan terlalu masuk
Tomato diotong dadu
Bawang besar atau bawang holland dipotong dadu
Cili hijau dan cili merah dihiris nipis
Limau kasturi dibelah 2
Minyak sapi
Serbuk lada hitam atau lada putih

Apalagi,  hiaskan kuah dengan hiasannya dan mulakan dengan Bismillah. wallla!!!


Mighty 3 Gems

Hari ni Kak As nak cerita pasal Mighty 3 Gems ... bukan Mighty Ducks isy isy isy.

Mighty 3 Gems ialah set gabungan 3 makanan tambahan yang popular dari Shaklee iaitu susu soya ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. 


Hari ini ramai sekali pelajar, remaja dan orang dewasa pun yang mengabaikan sarapan pagi. Ada macam2 alasan sibuklah, tak boleh makan waktu pagi sebab sakit perutlah  dan kesuntukan masa ... nanti punchcard merah (ehh banyak lagi ker office guna punch card??). Mereka tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Apabila tidak bersarapan, seseorang itu akan mengalami keadaan berikut :-
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • Kandungan gula dalam darah menjadi rendah
  • Produktiviti kerja menurun


Sebagai alternatifnya, Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.  Walaupun begitu, tak bermakna tak perlu dah makan roti, minum susu, minum jus dsbnya, kita janganlah tinggalkan terus amalan bersarapan pagi yang lengkap dengan khasiatnya.

Kebaikan yang diperolehi dengan pengambilan set Mighty 3 Gems adalah seperti berikut :-
  1. Bertenaga sepanjang hari
  2. Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  3. Memelihara kesihatan secara menyeluruh
Ketiga2 produk ini memainkan fungsi yang saling berkaitan antara satu sama lain.

ESP  
  • susu soya berperisa vanilla ini memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
  • indeks glisemiknya yang rendah memberikan lebih tenaga
  • berkeupayaan menghalang dari gastrik
  • menjadi "milk booster" bagi ibu2 yang menyusukan bayi
  • menjadikan kulit lembut dan anjal
Meal Shakes
  • membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa letih
  • lengkap dengan nutrisi diperlukan tubuh (vitamin, zat galian, kalsium, protin dll)
  • mengandungi serat yg membantu mengatasi sembelit
Performance Drink
  • minuman tenaga berperisa oren yg lazat
  • mengekalkan kandungan air dalam badan
  • mampu mencegah dehidrasi akibat keletihan
  • mengawal bekalan gula dalam darah
Jadi kalau uolls berminat nak tau tentang Mighty 3 Gems ni, meh contact Kak As. Nanti Kak As bagitau la macamana cara nak makan 3 supplement hebat ni.  Jangan lambat, nanti stok kehabisan pulak. Macam bulan April ari tu, Kak As dok promote set sendi, punya ramai yang beli.  Sekarang ni supplement Advanced Joint Health Tablet tu memanjang aja tak ada di Shaklee Branch sebab ramai dah akui kehebatannya, semua berebut nak beli.

Jangan uolls pulak menyesal Mighty 3 Gems kehabisan stok nanti!!!




Wednesday 7 May 2014

Promosi 6 + 1 - Mei 2014

Seperti bulan2 sebelum ini, setiap 1 haribulan pasti ditunggu oleh pengguna dan pengedar Shaklee dengan penuh debaran. Tertanya2 apa pulak produk promosi bulan ni.  Tengok2 bulan Mei ni produk meal shakes. Memang ramai yg suka produk ni. Sebab apa? Sebab khasiatnya banyak. Paling penting rasa nya sedap dan baunya pun wangi (bukan ke Kak As ni suka semua yang sedap2 ajer??)


Meal Shakes selalu dikaitkan sebagai makanan tambahan kanak2.  Tapi sebenarnya boleh juga digunakan oleh para remaja, orang dewasa dan warga emas sebab khasiatnya yang pelbagai.

Antara khasiatnya yang utama ialah :
  • Nutrisi lengkap - menyediakan 19 jenis vitamin, mineral dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Semua bahan ini saling membantu untuk memastikan penyerapan maksima nutrisi oleh tubuh.
  • Menyihatkan sel2 tubuh - kaya dengan protin yang membantu pembinaan sel2 kulit, kuku, rambut, darah dan lain2 bahagian tubuh
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yg penting bagi pembentukan tulang dan sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida - mengandungi Vit A, C, E, zink dan selenium yg merupakan agen anti-oksida yg mampu melawan jangkitan
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi Vit B yang lengkap, copper dan zat besi yg membantu pembentukan sel2 darah merah yg sihat, yg membantu kecantikan kulit wajah
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut yg membantu membuang lemak berlebihan dan sisa usus di keluarkan dari tubuh

Meal Shakes yg diperbuat dari bahan semulajadi saperti kacang soya, lactalbumin (sejenis susu), buah2an, sayur2an, fruktos dll bahan berkhasiat mempunyai perasa vanilla yg sedap. Meal Shakes boleh dibancuh begitu saja atau dicampur dgn susu soya ESP untuk mendapatkan minuman yang lebih berkhasiat.

Jadi sesiapa yang ingin mencuba kebaikan Meal Shakes boleh hubungi Kak As. Saperti biasa adalah lebih menguntungkan untuk beli pakej promosi. Dengan membeli 6 tin Meal Shakes, kita ada dapat PERCUMA 1 tin lagi yang bernilai RM113.75.  Jangan fikir panjang2, offer ni untuk bulan Mei 2014 jer.  


Saturday 3 May 2014

GLA - untuk wanita

Dulu2 bila kita dah makin meningkat dewasa, kebanyakan kita wanita ni mula bimbang memikirkan kedatangan fasa menopause. Waktu tu macam2 kita dengar momokan dan fakta akibat kekacauan hormon wanita kita. Mood swing la (kira nak naik angin dan sensitif tak tentu pasal), hot flush la (kira berpeluh siang malam, kena sentiasa mandi dan duduk depan aircond), mudah dapat sakit sendi, kebimbangan tentang hubungan seks, penyakit2 wanita pun mula menjenguk2 dan macam2 lagi.


Kak As ingat waktu tu kawan2 ramai yang kempen utk ambil supplement evening primrose. Memang lah banyak kebaikan supplement ni. Shaklee juga menawarkan supplement yg sama fungsinya tetapi lebih tinggi tahap keberkesanannya iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA).

Setiap kapsul GLA mengandungi minyak biji borage, minyak biji bunga matahari dan Vitamin E.

Mari kita tengok fungsi setiap bahan tersebut :

Minyak Borage


"Borage Oil is used for its rich natural source of gamma-Linolenic Acid (GLA), an important OMEGA-6 fatty acid which is required for healthy skin cell membranes.


In the body, gamma linolenic acid is converted into prostaglandinl. Prostaglandinl helps heal inflammation of the skin and promotes skin health.

Borage seed oil can aid in healing symptoms of dry and cracked skin, eczema and psoriasis (see References).
It has one of the highest amounts of gamma-linolenic acid (omega-6) of seed oils - higher than blackcurrant seed oil or evening primrose oil".

Minyak Bunga Matahari

Minyak biji bunga matahari ini kaya dgn Vit E, Magnesium dan Selenium. 


Vitamin E mpunyai pelbagai fungsi spt menutralkan radikal bebas, mmelihara sel tubuh, mengurangkan simptom athma, arthritis, pra-menopause serta mengurangkan risiko masalah jantung, diabetik dan kolestrerol. 

Magnesium pula bfungsi mngurangkan risiko serangan jantung, mstabil tekanan darah, mningkatkan kesihatan tulang dan merehatkan saraf.

Selenium pula bperanan mperbaiki sel dan DNA tubuh.

************************************************************