Friday 30 May 2014

CERITA MINYAK IKAN !!!

Apa kenangan uoll dgn minyak ikan?

Kak As ingat masa kecik2 dulu cukup susah hati kalau Emak Kak As nak bagi makan minyak ikan. Waktu tu minyak ikan tu dalam bentuk cecair warna putih macam susu. Pekat sangat. Yang paling tak tahan baunya. Memang bau ikan, hanyirrr ... rasa nak termuntah.


Adik2 Kak As lebih beruntung. Masa mereka membesar dah ada minyak ikan perisa oren. Klau tak silap haliborange kut nama dia. Rasa pun dah boleh tahan sedapnya. Bau hanyir pun dah kurang sebab ada bau oren. Sedap2 pun kami memang liat nak minum. jenuh kena kejar dengan Emak ... hehehe!. Memang supplement bentuk cecair kurang popular dekat family Kak As.

Lagipun kalau bentuk cecair ni nak kena simpan dalam peti sejuk. Kalau pergi makan angin mana2 memang cuti la tak minum minyak ikan sebab memang leceh nak bawak.  Bayangkan botol minyak ikan tu pecah dalam beg baju .... yukkkerk!!!


Alhamdulillah berkat usaha Emak dan Bapa yg berfikiran jauh masa tu utk jaga kesihatan anak2, kami semua sihat walafiat semasa kecik. Jarang lah nak demam, batuk dan selsema, walaupun kami minat main hujan. Main dekat paya dan lopak pun masih sihat, kulit pun tak berkudis.

Cuma bila dah meningkat remaja dan tinggal jauh dari Emak dan Bapa, amalan mengambil minyak ikan ni terhenti terus. Sebab macam Kak As cakap tadi lah leceh nak angkut botol tu. Lagipun Emak tak ada kat asrama untuk bebelkan kami .... kehkehkeh.

Kesiannya kat anak2 Kak As. Semasa mereka kecil dulu Kak As tak bertegas sangat untuk mereka ambil minyak ikan ni, jadi tu lah mudah sangat terkena selsema, penglihatan mudah kabur (semua pakai spek), mudah lenguh badan dan macam2 komplen lagi.



Tak per, better late than never!!! Mulai hari ni Kak As nak bagi mereka minyak ikan Omega Guard Shaklee. Mudah jer nak makan. Cantik pulak tu diisi dalam kapsul gel lembut warna keemasan. Yg penting takder le bau hanyir tu!!!



0 comments:

Post a Comment