Wednesday 4 June 2014

Makanan Berasid atau Beralkali



Kenapa penting untuk kita tahu makanan kita beralkali atau berasid. Apa pentingnya kita ambil berat tentang makanan berasid atau beralkali ni ni? Meh kita baca pendapat 2 pakar mengenai bahayanya mengambil makanan berasid.  

Kenyataan : Dr. Regner Berg (Pakar Kesihatan A.S)
Dr. Zhang Jia Rui (Pakar Makanan Seimbang A.S)


Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang berasid,  sistem tubuh secara semulajadi akan menarik atau menggunakan segala mineral yang ada dalam tulang dan sendi-sendi kita, hal ini akan berlaku setiap kali bahan berasid masuk dalam badan kita. Maka sebab itu makin kita berusia akan berlakunya tulang semakin lemah, sering rasa sengal-sengal sendi, bisa-bisa kaki dan kebas-kebas kerana mineral sudah semakin berkurangan dalam tubuh badan kita.


Mereka menyarankan pemakanan harian kita mestilah 80% terdiri dpd makanan beralkali dan 20% sahaja makanan berasid.  Apa yang terjadi dalam kehidupan kita hari ini, kita mengambil 80% makanan berasid dan hanya 20% makanan beralkali. Dah terbalik kot!!



Yang Kak As tau makanan berasid tu mesti yang masam2 atau jeruk.  Betul ker? Yang beralkali pulak?  jom kita tengok jadual contoh makanan beralkali.



Tu dia!! semua makanan Kak As adalah makanan berasid. Camner ni?? boleh makan makanan berasid ni, tapi kurangkan kuantitinya. Oh nasi!! Oh roti canai!! Oh mee goreng mamak!! heee cobaan untuk badan kekal sihat.

Bagi tubuh yang normal, darah manusia adalah bersifat sedikit alkali iaitu pH7.4. Sekiranya darah kita sentiasa dalam pH alkali, proses peredaran kimia dalam tubuh berfungsi secara lancar dan semua kotoran dalam tubuh dapat dilenyapkan dengan cepat.



Walau bagaimanapun, kehidupan kita hari ini melebihkan pengambilan makanan berasid. Makanan yang bersifat asid ini akan mengakibatkan tubuh dan darah menjadi berasid. Keadaan ini menyebabkan organ2 penting yang menapis darah seperti limpa, hati, jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja keras dan lama kelamaan akan menjadi lemah dan mudah diserang dengan penyakit. Isyyy masalah besar kalau organ2 ni rosak atau lemah!!!

Kekotoran darah yang tidak dibuang secara lancar akan berkumpul dalam tubuh dan menyebabkan berlaku gejala kesakitan sendi,  sakit urat, jerawat dan bisul. Untuk keadaan yang lebih serius, tubuh yang dipenuhi asid akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit buah pinggang, hati, batu hempedu, darah tinggi, lemah jantung, athma, lemah tenaga batin dan lain-lain.


Selain dari makanan, pengambilan ubat-ubatan dan ubat tahan sakit seperti Non-steroidal anti inflammatories agent (NSAIDs), serta sebahagian antibiotik juga boleh menyumbang kepada peningkatan asid dalam badan terutama sekali jika diambil dengan perut kosong.

Selain daripada mengambil sumber makanan beralkali yang mencukupi, kita boleh juga mengambil beberapa supplement Shaklee yang telah dikenalpasti mengandungi sumber yang kaya dengan alkali.


Alfafa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Potasium dan magnesium bersifat alkali dan baik utk membuang toksin dalam badan.

Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang bersifat alkali dan juga baik untuk tulang dan saraf.