Sunday 11 May 2014

Satu Produk Boleh Buat Semua ... Hebat Kak Bedah!!!

Selama ni Kak As dok bercerita pasal supplement untuk makan jer. Sebetulnya Shaklee ada juga produk untuk kebersihan dalam rumah.


Terdapat 5 produk yang dirangkumkan dalam rangkaian produk GET CLEAN - mengekalkan kehijauan bumi.  Shaklee menawarkan produk2 yang SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan MENJIMATKAN.


Get Clean Water Pitcher
  • jug penurasan air yang mempunyai penapis (filter) yang diperbuat daripada arang tempurung kelapa
  • menghasilkan 303 liter air bersih daripada setiap filter
  • filter berupaya menuras pelbagai bahan cemar seperti plumbum dan sisa kotoran
  • diiktiraf oleh Water Quality Association
  • sangat menjimatkan kerana setiap pembelian disertakan dengan 4 filter gantian yg dianggar bertahan untuk kegunaan setahun (anggaran 3 - 4 bulan bagi setiap filter)
  • mempunyai meter automatik untuk memaklumkan bila filter perlu ditukar
  • tidak perlu disambung ke paip dan tidak menggunakan kuasa elektrik
Terdapat 4 produk lain iaitu bahan pencuci harian.  Ianya bertujuan menggantikan produk rumahtangga kita yang penuh dengan bahan kimia berbahaya seperti kerosene, natrium hipokrot, alkohol terpin, hidrokarbon, posfat, amonia, klorin dan lain2 lagi. Alahai kesiannya kita dan ahli keluarga kita terdedah kepada bahan2 merbahaya yang ada di dapur rumah kita sendiri!!!! Bukan sehari dua, tetapi sudah bertahun2.  Sekarang Kak As rasa bersalah sangat kepada anak2 Kak As ... sob sob sob!!

Itulah sebabnya kita kena bertukar kepada produk yang selamat untuk mereka dan alam sekitar kita.  Jangan kita jadi penyumbang kepada kemusnahan alam.









Jadi baiklah kita bertukar sekarang. Selamatkan keluarga kita dan selamatkan bumi kita daripada bahaya pencemaran bahan kimia yang memberi kesan buruk kepada kesihatan dan persekitaran.

Sebarang pertanyaan mengenai produk bolehlah kemukakan kepada Kak As yer.


Pstttt - maaf ada keterangan gambar dalam Bahasa Malaysia, ada dalam Bahasa Inggeris. Dah gambar tu jer yang Kak As ada. Kalau uoll nak Kak As translate pun boleh, just sms/whatsap .. Kak As sedia membantu ye.  

0 comments:

Post a Comment