Thursday 25 September 2014

Penawar gastrik semulajadi

Ini maklumat yang ingin Kak As kongsi dengan uolls.  Artikel ini Kak As pinjam dari Legacy Secret's Trading   ... terima kasih.


Petua Hilangkan Gastrik 

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.  4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH alkali yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.  Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Bolehlah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik


2).Susu sejuk

Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Bolehlah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik 


3).Bunga cengkih

Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu meningkatkan penghasilan air liur dan seterusnya melancarkan perjalanan makanan ke arah perut. Air liur juga akan membantu proses penghadaman.  Semasa diserang gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4).Halia

Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.


Selain dari petua di atas, Kak As juga mengamalkan makan beberapa biji tamar semasa gastrik. Sekiranya dikisar bersama susu sejuk, lagi sedap dan lagi cepat leganya gastrik kita.  Cubalah.  Semua bahan2 di atas mudah diperolehi dan tidak mahal. Lebih utama selain dari mengurangkan serangan gastrik, ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh kita.