Saturday 14 June 2014

Cuci Cuci Cuci - Part I

Hari ni kali ke-2 Kak As dan family buat spring cleaning.  Kebetulan semua ada di rumah kan? inilah masa nak buat kerahan tenaga hehehehe

Kak As pilih hari Sabtu. Jadi hari Ahad bolehlah depa berehat menghilangkan lenguh2 badan sebelum masuk kerja pada hari Isnin.

Sabtu pertama tumpuan Kak As ialah mencuci peti ais. Masyaallah ... rasa berdosa sangat. Banyak rempah, kuah kacang segera, kuah rojak, jem dan mayonis yang dah expired. Ada buah epal yang dah kecut. Tak ada pilihan, bungkus elok2, letak pelan2 dalam tong sampah.  Ya Allah ampunkan dosa ku.


Berbekalkan Basic H Kak As cuci setiap inci peti ais tu, sampai bersinar2.  Basic H ni tak bahaya untuk digunakan di bahagian dalam peti ais sebab mengandungi bahan semulajadi, bebas toksid, bebas fosfat dan bebas klorin. Lepas tu susun balik barang2 yang masih elok. Kak As ambil kertas tisu dapur, celup sikit esen vanilla, bubuh kat beberapa tempat dalam peti ais tu ... hrmmm bau freshh sangat.  Bunyi macam senang kan? Tapi Kak As sorang2 ambil masa 2 jam nak selesaikan tugas ni.


Anak2 pulak mengemas bilik mereka. Buang meja study yang dah tak diperlukan lagi. Buang buku2 dan dokumen yang tak diperlukan.   Semua bawah katil kasi clear. Ya Allah, punya banyak barang2 tak perlu dalam rumah ni. Patut le sentiasa tak cukup tempat nak simpan barang.

Paling best, walauun kerja begitu banyak, tapi stamina masih tip-top. Nak tau rahsia nya?? Kak As jamu depa minum ESP + Milo waktu breakfast. Jadi perut pun kenyang, badan pun kuat Sepanjang tempoh beberapa jam projek cuci-cuci ni, Kak As sediakan satu jug Performance Drink sejuk.  Badan pun segar, dahaga pun hilang.


Lepas tu berikrar, minggu depan nak sambung projek cuci-cuci ni.