Monday 15 September 2014

Idola ku .....

Kak As suka sangat kalau tengok orang-orang Melayu Islam kita yang kaya-raya.  Kak As suka baca artikel2 yang ditulis tentang kisah hidup dan kejayaan tokoh2 saperti Syed Mokhtar Al-Bukhari, Sultan Brunei, Shahril dan Shahriman Shamsuddin (adik-beradik; syarikat Sapura Kenchana), SM Faisal dan SM Nasamuddin (adik-beradik; syarikat Naza Motors) dan beberapa individu lagi.  

Seronok baca kisah mereka yang berjaya ni. Hati kita bangga berbunga2.  Itu baru baca kisah orang lain. Kalaulah Kak As sendiri yang kaya macamana agaknya??? Hehehehe ... dulu2 Kak As selalu berangan, kalau Kak As kaya nak pergi travel, nak pergi melawat tempat2 yang menarik dan cantik. Nak pergi Turki, Kashmir, New Zealand, Sepanyol, Maldives dll.  Kak As bukan kaki shopping, so tak minat langsung nak ke tempat shopping macam Paris atau London tu.



Itu dulu .... selepas umur makin matang, fokus Kak As tentang kaya dah lain. Kak As kalau ditakdirkan kaya, nak gunakan kekayaan tu untuk sharing dgn orang2 yang Kak As sayang .... anak2, Emak, adik-beradik, kawan2, saudara-mara. Nak share juga kekayaan tu dengan orang2 kurang bernasib baik macam orang2 susah, anak2 yatim, orang2 sakit yg tak ada sumber kewangan, anak2 bijak yg terhad peluang untuk belajar tinggi.  Ahhhh ... kalau nak list memang tak abih.


Sebab nak kaya tu, Kak As mencuba perniagaan Shaklee ni.  Kak As tengok pelan perniagaannya menarik.  Cara pelaksanaan bisnes tu pun bagus. Lebih hebat di dalam organisasi Shaklee Kak As dah tengok rfamai mentor2 yang berjaya mencapai tahap jutawan.  Mereka adalah Muslimah Melayu. Alhamdulillah, banggga sangat2, muda2 dah jadi jutawan.

Seorang daripadanya ialah moyang atas moyang Kak As dalam grup Jutawan iaitu Presidential Master (PM) Cery atau nama sebenarnya Shareeza. 

PM Cery yang merupakan graduan kejuruteraan Univeristi Petronas dan pernah bertugas di Petronas kini merupakan surirumah sepenuh masa yang menumpukan diri kepada perniagaan Shaklee - iaitu bberusaha membimbing lebih ramai wanita Melayu menjadi jutawan Muslimah.  Kejayaannya beliau bukan saja dikagumi di peringkat Shaklee Malaysia malahan Shaklee antarabangsa. Ini dapat dilihat menerusi penghargaan yang diterima beliau di setiap konvensyen peringkat antarabangsa.

Tak hairanlah PM Cery terus menjadi idola semua Distributor Shaklee. Semua Distributor nak jadi macam beliau. Cuma, cukupkah usaha yang kita lakukan untuk jadi macam beliau. Inilah cabarannya sekarang.

Kebetulan majalah Harmoni bulan September memaparkan kisah PM Cery. Apa lagi berebut2 kami serbu mamak di kedai majalah untuk dapatkan naskah istimewa ni ... hehehe. Mesti baca dan simpan majalah ni sebab kami bangga dengan idola kami.