Thursday 8 May 2014

Makan Pagi Dengan Kacang Pool

Memang kuah kacang pool ini adalah makanan kegemaran Kak As sebab nak buatnya mudah sangat dan rasanya pun sedap (walaupun kalau tak pandai memasak ... heheheh magik tu!!)

Bagi Kak As resipi ni sihat dan sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa dan kanak2. Nak makan pagi pun boleh, petang pun boleh, malam pun boleh .. tak ada masalah protokol.  Sesuai dimakan dengan roti putih, roti bakar, roti perancis, capati atau apa2 ajalah, janji sesuai selera.


Resipi ini dikatakan berasal dari Timur Tengah tetapi telah diubahsuai ikut selera tempatan. Kacang pool atau Foul Medammas ini kaya dengan khasiat protin, karbohidrat, sodium dan fiber. Resipi yang Kak As guna hari ni adalah kombinasi beberapa resipi dari blog2 resipi. Terima kasih tuan2 blog, semoga Allah memberkati tuan/puan kerana berkongsi ilmu.

Jom kita tengok cara memasak resipi sempoi ni :

Bahan Kuah

200 gm daging/ayam/kambing dicincang halus (ada yg siap kisar macam jenama Ramly atau Ayamas)
1 tin kacang pool jenama  Kimball
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji bawang besar atau 6 ulas bawang kecil
2 sudu besar serbuk kari daging
1 camca teh serbuk ketumbar
Garam, gula, minyak zaitun

Cara Memasak Kuah
  1. Kisar bawang kecil/besar, bawang putih dan halia
  2. Panaskan minyak zaitun.  Tumis bahan kisar. Bila dah harum masukkan serbuk rempah daging dan ketumbar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Perlahankan api dan kacau hingga rempah masak sempurna. Kalau terlalu kering, boleh ditambah air sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan daging kisar dan sedikit air, kacau hingga daging betul2 masak.
  4. Tambahkan perisa garam dan gula hingga sesuai rasanya.
  5. Lenyekkan sedikit kacang pool hingga separuh hancur (kalau blend nanti hancur terus, tak best)
  6. Masukkan kacang pool ke dalam kuah tadi dan biarkan masak hingga sebati rasanya. Kalau terlalu kering, tambah air sedikit demi sedikit. Kuahnya mesti pekat, baru syok makan.


Hiasan

Telor digoreng mata kerbau, bahagian kuning jangan terlalu masuk
Tomato diotong dadu
Bawang besar atau bawang holland dipotong dadu
Cili hijau dan cili merah dihiris nipis
Limau kasturi dibelah 2
Minyak sapi
Serbuk lada hitam atau lada putih

Apalagi,  hiaskan kuah dengan hiasannya dan mulakan dengan Bismillah. wallla!!!


0 comments:

Post a Comment