Thursday 8 May 2014

Makan Pagi Dengan Kacang Pool

Memang kuah kacang pool ini adalah makanan kegemaran Kak As sebab nak buatnya mudah sangat dan rasanya pun sedap (walaupun kalau tak pandai memasak ... heheheh magik tu!!)

Bagi Kak As resipi ni sihat dan sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa dan kanak2. Nak makan pagi pun boleh, petang pun boleh, malam pun boleh .. tak ada masalah protokol.  Sesuai dimakan dengan roti putih, roti bakar, roti perancis, capati atau apa2 ajalah, janji sesuai selera.


Resipi ini dikatakan berasal dari Timur Tengah tetapi telah diubahsuai ikut selera tempatan. Kacang pool atau Foul Medammas ini kaya dengan khasiat protin, karbohidrat, sodium dan fiber. Resipi yang Kak As guna hari ni adalah kombinasi beberapa resipi dari blog2 resipi. Terima kasih tuan2 blog, semoga Allah memberkati tuan/puan kerana berkongsi ilmu.

Jom kita tengok cara memasak resipi sempoi ni :

Bahan Kuah

200 gm daging/ayam/kambing dicincang halus (ada yg siap kisar macam jenama Ramly atau Ayamas)
1 tin kacang pool jenama  Kimball
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji bawang besar atau 6 ulas bawang kecil
2 sudu besar serbuk kari daging
1 camca teh serbuk ketumbar
Garam, gula, minyak zaitun

Cara Memasak Kuah
  1. Kisar bawang kecil/besar, bawang putih dan halia
  2. Panaskan minyak zaitun.  Tumis bahan kisar. Bila dah harum masukkan serbuk rempah daging dan ketumbar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Perlahankan api dan kacau hingga rempah masak sempurna. Kalau terlalu kering, boleh ditambah air sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan daging kisar dan sedikit air, kacau hingga daging betul2 masak.
  4. Tambahkan perisa garam dan gula hingga sesuai rasanya.
  5. Lenyekkan sedikit kacang pool hingga separuh hancur (kalau blend nanti hancur terus, tak best)
  6. Masukkan kacang pool ke dalam kuah tadi dan biarkan masak hingga sebati rasanya. Kalau terlalu kering, tambah air sedikit demi sedikit. Kuahnya mesti pekat, baru syok makan.


Hiasan

Telor digoreng mata kerbau, bahagian kuning jangan terlalu masuk
Tomato diotong dadu
Bawang besar atau bawang holland dipotong dadu
Cili hijau dan cili merah dihiris nipis
Limau kasturi dibelah 2
Minyak sapi
Serbuk lada hitam atau lada putih

Apalagi,  hiaskan kuah dengan hiasannya dan mulakan dengan Bismillah. wallla!!!


Mighty 3 Gems

Hari ni Kak As nak cerita pasal Mighty 3 Gems ... bukan Mighty Ducks isy isy isy.

Mighty 3 Gems ialah set gabungan 3 makanan tambahan yang popular dari Shaklee iaitu susu soya ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. 


Hari ini ramai sekali pelajar, remaja dan orang dewasa pun yang mengabaikan sarapan pagi. Ada macam2 alasan sibuklah, tak boleh makan waktu pagi sebab sakit perutlah  dan kesuntukan masa ... nanti punchcard merah (ehh banyak lagi ker office guna punch card??). Mereka tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Apabila tidak bersarapan, seseorang itu akan mengalami keadaan berikut :-
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • Kandungan gula dalam darah menjadi rendah
  • Produktiviti kerja menurun


Sebagai alternatifnya, Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.  Walaupun begitu, tak bermakna tak perlu dah makan roti, minum susu, minum jus dsbnya, kita janganlah tinggalkan terus amalan bersarapan pagi yang lengkap dengan khasiatnya.

Kebaikan yang diperolehi dengan pengambilan set Mighty 3 Gems adalah seperti berikut :-
  1. Bertenaga sepanjang hari
  2. Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  3. Memelihara kesihatan secara menyeluruh
Ketiga2 produk ini memainkan fungsi yang saling berkaitan antara satu sama lain.

ESP  
  • susu soya berperisa vanilla ini memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
  • indeks glisemiknya yang rendah memberikan lebih tenaga
  • berkeupayaan menghalang dari gastrik
  • menjadi "milk booster" bagi ibu2 yang menyusukan bayi
  • menjadikan kulit lembut dan anjal
Meal Shakes
  • membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa letih
  • lengkap dengan nutrisi diperlukan tubuh (vitamin, zat galian, kalsium, protin dll)
  • mengandungi serat yg membantu mengatasi sembelit
Performance Drink
  • minuman tenaga berperisa oren yg lazat
  • mengekalkan kandungan air dalam badan
  • mampu mencegah dehidrasi akibat keletihan
  • mengawal bekalan gula dalam darah
Jadi kalau uolls berminat nak tau tentang Mighty 3 Gems ni, meh contact Kak As. Nanti Kak As bagitau la macamana cara nak makan 3 supplement hebat ni.  Jangan lambat, nanti stok kehabisan pulak. Macam bulan April ari tu, Kak As dok promote set sendi, punya ramai yang beli.  Sekarang ni supplement Advanced Joint Health Tablet tu memanjang aja tak ada di Shaklee Branch sebab ramai dah akui kehebatannya, semua berebut nak beli.

Jangan uolls pulak menyesal Mighty 3 Gems kehabisan stok nanti!!!