Wednesday 27 August 2014

Resipi Orang Dalam Pantang

Hari ni Kak As banyak meronda kat FB. Jumpa macam2 artikel menarik untuk dikongsi dengan uolls.  Antaranya resipi untuk orang2 yang baru bersalin, dalam pantang.


Memang masyarakat Melayu ni terkenal dengan kuat berpantangnya. Macam Kak As dulu betul2 stress masa dalam pantang, minum air banyak tak boleh, makan sayur tak boleh.  Takut angin le, takut kembang urat le ... tapi bila kita menyusu badan, kita jadi dahaga sangat. Bila tak makan sayur kita dapat sembelit.  Disebabkan Emak bersusahpayah menjaga Kak As semasa dalam pantang, terpaksalah Kak As ikut jer  pantang-larang tu kerana bimbang melawan cakap Emak. Kak As diam dan patuh aje lah. Alhamdulillah, itu kisah bertahun2 yang lalu ... dah jadi kenangan silam kihkihkih!!!

Ok jom kita tengok resipi orang berpantang. Kalau bukan pantang bersalin pun, kalau teringin nak mencuba apa salahnya. Cuma satu pesan Kak As, pastikan makan dengan nasi panas2 ... hrmm mesti berselera.


************************************************************************************************

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam
Cara-cara:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
Cara-cara:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dihiris.

Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:

  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak


Cara-cara:

Goreng ikan bilis hingga ranggup
Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:

  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam


Cara-cara:

Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:

  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang
Cara-cara:
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:

  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa


Cara-cara:

Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air
Cara-cara:
Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
Panggang ayam
Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
Bahan B
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)


Cara-cara:

Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan B, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
Bila dah pekat, boleh disiram ke atas ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
Cara-cara:
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah
Cara-cara:
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE 

kredit Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Tuesday 26 August 2014

GLA 6 + 1 - maklumat berkaitan Cyst

Salam buat sahabat2 Kak As semua,
Hari ni Kak As nak share satu artikel yang Kak As baca di Facebook pagi ni. Sangat berkaitan dengan artikel Kak As sebelum ni mengenai masalah kaum wanita.
Kredit kepada pemilik artikel tu Rahsia Hawa.
Jom kita baca. Apa yang patut kita elakkan, apa yang patut kita amalkan. Semoga usaha kita mendapat bantuan dari Allah.
oppp .... sebelum tu, promosi GLA 6 + 1 akan berakhir pada 31 Ogos ni. 31 Ogos tu Hari Merdeka, public holiday kan?? So sapa2 yang nak order tu, boleh contact Kak As segera.  

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.


Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.

Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.

Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) Kawal pemakanan

Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.


Berikut adalah maklumat tambahan Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/ Adenomyosis/ Fibroid/ Cyst/ PCOS 

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
DIGALAKKAN PENGAMBILAN :
  • Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
  • Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
  • Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
  • Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
  • Buah-buahan - Nenas & betik
  • Ubi kayu
  • Sup miso (sejenis pes yg dibuat dari kacang soya yg diperam dicampur ke dlm sup utk dijadikan miso sup)
  • Teh hijau

ELAKKAN/KURANGKAN PENGAMBILAN :
  • Daging merah (kambing & lembu)
  • Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
  • Produk tenusu seperti keju
  • Ikan haruan
  • Gamat
  • Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
  • Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
  • Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
  • Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
  • Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
  • Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst


BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.



ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Friday 22 August 2014

GLA dan masalah kesuburan

Sekarang dah mula musim kenduri. Tiap2 minggu Kak As terima banyak jemputan. Jemputan rumah terbuka belum selesai, dah disambung dengan jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, aman makmur rakyat Malaysia ni.


Tahun depan mungkin dapat pulak jemputan majlis kesyukuran menyambut bayi, ada aqiqah, ada cukur jambul. Tapi semudah itu ker dapat baby? tahun ni kahwin, tahun depan dapat baby?? Tidak!!! sekarang ni kita tengok begitu banyak pasangan mengalami masalah kesuburan. Dah kahwin bertahun2 belum dapat cahaya mata.


Kenapa masalah ini berlaku?  Ada banyak faktor dikaitkan dengan masalah kesuburan ni. Perlu kita ingat yer, masalah kesuburan bukan melibatkan perempuan jer, tetapi juga lelaki. Jangan jadikan masalah lambat dapat baby sebagai alasan utk lelaki nak menikah lagi. Jomm sama2 pergi jumpa pakar sakit puan, tengok siapa yang sedang menghadapi masalah kesuburan, isteri atau suami? Lepas itu, berusahalah untuk mengatasi masalah tersebut. Jangan suka cari jalan pintas.

Kenapa masalah ini berlaku?? Maaf kali kedua tanya soalan ni, sebab kali pertama tadi tak sempat jawab dah membebel ke lain pulak .... hehehheeh maaf yer. Okay berikut ialah antara punca2nya :

Pihak Suami

Masalah gangguan genetik seperti cystic fibrosis yang menyebabkan lelaki kurang subur.

Gangguan hormon yang boleh menghalang penghasilan sperma yang mencukupi.

Masalah pembengkakan pembuluh darah vena yang terletak di bahagian atas dan kiri buah zakar

Sumbatan saluran sperma yang menyebabkan sperma tidak dapat bergerak lancar

Masalah kesihatan yang menyebabkan berlaku infeksi pada alat kelamin lelaki

Masalah mati pucuk disebabkan kerosakan pembuluh darah atau saraf pada alat kelamin lelaki

Merokok boleh menyebabkan kemandulan pada sesetengah lelaki kerana nikotin dalam rokok mengganggu kepekatan darah

Pengambilan alkohol secara berlebihan akan menurunkan kadar hormon testoron yang akan mengganggu penghasilan sperma

Terdapat beberapa jenis ubat seperti antibiotik, ubat penahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki

Mengidap beberapa penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit saraf yang mempengaruhi kesihatan tubuh untuk menghasilkan sperma yang sihat


Pihak Isteri


Berlaku penyumbatan pada saluran telur yang menghalang sperma masuk ke dalam rahim wanita
Berlaku endometriosis di mana cecair rahim mengganggu laluan saluran telur dan organ pembiakan yang lainnya
Kelainan pada lendir leher rahim - lendir yang pekat mampu menghalang pergerakan sperma, lendir yang berasid mampu melemah atau mematikan sperma
Berat badan yang tidak normal mampu mempengaruhi pengeluaran hormon estrogen
Faktor usia juga mampu mepengaruhi kesuburan seseorang. Selepas usia 35 tahun, tahap kesuburan wanita semakin menurun di mana semakin sedikit sel2 telur yang dihasilkan
Gaya hidup tidak sihat seperti sentiasa menghadapi tekanan boleh mengganggu penghasilan telur yang sihat
Kelainan rahim dan mulut rahim juga mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil
Menghidap penyakit berkaitan hormon atau alat pembiakan wanita seperti senggugut, cyst, barah, fibroid dan sebagainya
Masalah ketiadaan haid
***************************************************
So banyak sekali penyebab ketidaksuburan suami isteri ni.  Bagi yang menghadapi masalah seperti ini sebaiknya mendapatkan khidmat pakar sakit puan bagi mengenalpasti punca sebenar ketidaksuburan itu. Ada masalah yang yang boleh diselesaikan dengan mengambil ubat atau supplement, dan ada pula yang perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan keadaan.


Di Shaklee terdapat beberapa supplement yang dicadangkan untuk memperbaiki masalah yang melibatkan hormon. Supplement paling best ialah GLA.

Nanti untuk artikel akan datang Kak As nak cerita tentang GLA dan beberapa supplement lain yang dapat membantu masalah kesuburan ini. Tungguuuuu!!!!



Thursday 21 August 2014

GLA untuk masalah senggugut

Sebenarnya banyak sekali kegunaan GLA samada diambil secara tunggal atau digabungkan dengan supplement lain.

Antara set yang paling laju customer Kak As oder  ialah SET SENGGUGUT. Set ini mengandungi 3 jenis supplement terbaik :-

  • GLA   -  pengambilan GLA dapat mengurangkan simptom senggugut seperti sensitif atau kesakitan payudara dan kecenderungan mengambil makanan manis
  • B Complex  -  membantu meredakan ketegangan atau tekanan fizikal dan mental, menstabilkan paras estrogen, menghindar dari anemia dan membantu pengaliran oksigen dalam organ wanita
  • Ostematrix  -  kedatangan haid menyebabkan berlaku kekurangan kalsium yang boleh menyebabkan kontraksi otot peranakan wanita.  Ostematrix berfungsi menampung kekurangan tersebut.

Kak As dulu pun selalu juga mengalami kesakitan senggugut, boleh dikatakan hampir setiap bulan. Terpaksalah makan pain-killer untuk mengurangkan kesakitan sebab Kak As rasa malulah tiap2 bulan cuti sakit bila datang haid. Waktu tu manalah peduli sangat kesan buruk akibat kerap mengambil pain-killer. Lagipun waktu tu Kak As belum kenal Shaklee .... hehehehe.


So untuk uoll yang sering mengalami masalah senggugut kini bertuah sangat. Semua supplement Shaklee adalah semulajadi, selamat dan halal dimakan.  Tidak perlu lagi berasa bimbang tentang kesan jangka panjang mengambil ubatan yang penuh bahan kimia beracun.

Untuk perbincangan atau pertanyaan lanjut mengenai Set Senggugut, sila hubungi Kak As yer.


Monday 18 August 2014

Kanser Ovari dan Shaklee

Maaflah hampir 2 minggu blog ni bercuti .... sebab laptop Kak As meragam. Kadang2 rasa geram sangat, rasa nak .... jer laptop ni.  Tapi sayang pulak, banyak jasanya tau.  Dialah yang banyak bantu Kak As buat online business, bantu bayo bill, bantu surf macam2 blog dan website, bantu upload dan mekap gambo2.  Tanpanya aku kaku .... hehehhe. Terus terang cakap, Kak As selesa buat kerja2 tu dengan laptop berbanding guna handset.


Itu justifikasi sebab apa Kak As lama tak update blog yer ... alasan yang kukuh kan??

Ok last sekali ari tu Kak As ada cerita pasal kanser ovari kan? Dan Kak As pun ada janji nak cerita apa supplement Shaklee yang sesuai untuk pesakit kanser ovari ni.

Terdapat 3 cadangan pengambilan supplement Shaklee untuk mereka yang mengidap kanser ovari terutama yang telah menjalani rawatan hospital, sedang dalam proses pemulihan dan ingin menjaga kesihatan tubuh badan supaya terhindar dari penyakit ini lagi.

Pertama sekali ialah SET ACE :

Mengandungi 3 supplement yang mempunyai fungsinya yang tersendiri

Carotomax  - sumber Vitamin A yang utama. Mengandungi perlindungan antioksida yang diperolehi dari ekstrak tomato, biji anggur, minyak palma, bunga marigold dan tunas brokoli. Pengambilan secara konsisten supplement ini akan membantu mengekalkan kesihatan tubuh, mata dan jantung. Antioksida yangg tinggi (flavanoid dan karotenoid) juga memberi perlindungan kepada sel2 tubuh secara menyeluruh.


Sustained Released Vita-C Plus - membekalkan lebih 500 mg Vitamin C yang sangat penting untuk menyokong kesihatan jantung, sel2 tubuh, mata, tulang, gusi, otot, pembuluh darah dan yang penting sekali meningkatkan sistem imun tubuh.


Vita-E Complex - merupakan antioksidan kuat yang larut lemak yang baik untuk kesihatan jantung, prostat, paru2, kolon dan otak. Antioksidan yang kuat membantu mengukuhkan sistem imun dan menghalang kerosakan sel akibat gangguan radikal bebas.



Cadangan kedua ialah Vivix 

Vivix ialah sirup pekat kaya khasiat polifenol yang meningkatkan tahap kesihatan tubuh, menyokong kekuatan sistem imun, antioksidan bertindak melawan radikal bebas,  menyokong kesihatan otak, menyokong kesihatan jantung dan kardiovaskular, menyokong kesihatan sendi, meningkatkan tenaga fizikal serta mengekalkan kesihatan usus.



Cadangan ketiga ialah supplement GLA

GLA Complex (gamma-linolenic acid) ialah supplement Shaklee yang lebih hebat dari evening primrose oil di pasaran kerana mengandungi Omega-6, asid linoleik dan antioksidan semulajadi yang berfungsi mengawal hormon wanita dan lelaki serta meningkatkan imun sistem tubuh.


Walau macamana pun, berkali2 Kak As kena ingatkan uolls, supplement Shaklee bukanlah ubat. Patuhi arahan pakar perubatan.  Minta nasihat doktor bila masa sesuai untuk  mengambil supplement supaya tidak mengganggu protokol perubatan seperti pembedahan, radioterafi, kimoterafi dan keberkesanan ubat-ubatan khas untuk merawat kanser.

Seperti yang Kak As senaraikan di atas, supplement Shaklee merupakan sumber semulajadi yang bertindak membantu meningkatkan sistem imun tubuh dengan membekalkan antioksidan dan nutrient yang terbaik.

Kita berusaha, Allah jua yang menyembuhkan!!!


Tuesday 5 August 2014

8 Tanda Awal Kanser Ovari - Jangan Abaikan

Minta ampun.  Kak As masih terasa sedih hari ni.  Semasa umat Islam masih dalam mood raya di bulan Syawal ni, Kak As mendapat berita kehilangan jiran sekampung.  Allahyarhamah yang terkenal dengan sikap peramah dan mudah mesra semasa hidupnya dulu kembali kepada Pencipta akibat kanser ovari.  Innalillahwainnalillahhirrojiun

Sangat menyedihkan kerana Allahyarhamah hanya mengetahui dia mengidap kanser ovari pada peringkat akhir. Pada peringkat sains perubatan tidak mampu membantu menyembuhkannya ... melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Berkuasa.

Kanser ovari  merupakan salah satu yang sering menyerang wanita yang berumur melebihi 50 tahun. Ovari pula merupakan sebahagian dari organ pembiakan wanita yang berfungsi menghasilkan telor setiap bulan. Telor ini jika disenyawakan akan berkembang menjadi janin dan dilahirkan sebagai bayi (mesti cumelll kan?).  Jika tidak disenyawakan, ia akan berkumpul dan keluar dari tubuh sebagai darah haid.  Sememangnya ovari merupakan besar peranannya dalam kehidupan seorang wanita.



Tetapi apabila diserang sel kanser, ianya boleh membahayakan nyawa wanita pula. Siapa golongan yang selalu diserang kanser ini?
  • sebahagian besarnya ialah wanita berusia melebihi 50 tahun
  • risiko adalah lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang mengidap kanser payudara, kolon, rahim atau ovari 
  • wanita yg menggunakan secara berlebihan ubat kesuburan
  • wanita yg menghadapi masalah kesuburan seperti tidak pernah hamil, mengidap endometriosis, senggugut serius dsbnya
  • lewat putus haid (menopos)

Apakah tanda2 awal yang merupakan amaran atau petunjuk bahawa kemungkinan kita diserang sel kanser yang menakutkan ini?? (Nauzubillah himinzaliq).  Tapi pelu diingat, bila ada salah satu atau beberapa tanda ini, janganlah mudah panik.  Sebaliknya segeralah berbincang dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.  Paling penting jangan sesekali memandang sepi tanda2 tersebut ... kononnya tak ada apa2!!!



8 tanda2 awal yg perlu diberi perhatian adalah spt berikut :
  1. kembung perut dan sering dipenuhi angin atau perut terasa semakin bengkak atau membesar ukurlilitnya
  2. sembelit atau cirit birit - berlaku perubahan pada kebiasaan cara membuang air besar
  3. rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian pelvic atau kadang2 pada bahagian perut 
  4. sakit tulang belakang terutama bahagian bawah berhampiran kawasan pelvic
  5. kekerapan membuang air kecil atau kencing yang sukar dikawal
  6. hilang selera makan dan cepat merasa kenyang dan menyebabkan turun berat badan (kita mungkin seronok bila sentiasa rasa kenyang,  tak perlu susah2 nak diet ... tapi elok berhati2 jika perkara ini berlaku tanpa sebab munasabah)
  7. sakit semasa melakukan hubungan kelamin
  8. keletihan melampau yang berterusan walaupun tanpa melakukan sebarang aktiviti berat

Jadi kita tak boleh berserah kepada takdir semata2. Itu tandanya kita menzalimi diri sendiri. Jom kita berikhtiar samada dengan bertemu doktor, menjaga pemakanan kita, mengambil supplement yang dapat mempertingkatkan kesihatan tubuh badan di samping menjaga emosi dan fizikal kita. Paling penting sentiasa memohon bantuan Allah, Dia Penyembuh, Dia Pengampun, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.



Okay dalam artikel akan datang, Kak As nak ceritakan apakah supplement yang disarankan untuk mereka yang mengidap kanser ovari atau lebih baik apakah supplement yang dicadangkan sebagai perisai untuk mengelakkan kita diserang penyakit pembunuh ini.  Sila maklum supplement ini bukanlah ubat, tetapi adalah makanan tambahan yang meningkatkan kesihatan tubuhbadan kita. Tubuh yang sihat, sel yang sihat, antioksidan yang tinggi, alkali tubuh yang tinggi adalah musuh utama kepada sel2 kanser yang jahat.

Tunggu yer ... nanti Kak As tulis artikel untuk uolls yer, nak kena buat survey dulu hihihihi!!!