Friday 31 October 2014

Bayam ... bayam ... resipi bayam

Seperti dijanjikan, Kak As nak bagi uolls beberapa resipi macamana nak memasak bayam.  Senang jer sebetulnya, saja Kak As nak buat kecoh :

1.  SAYUR BAYAM MASAK AIR

  • 1 ikat bayam, tak kiralah bayam merah atau hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • sejemput ikan bilis atau udang kecil
  • garam
  • gula
  • minyak masak
  • air


  • potong bayam, asingkan daun dan batangnya. Bersihkan hingga tak ada sisa2 pasir
  • hiriskan bawang merah, bawang putih dan cili merah
  • panaskan minyak tumis bawang dan cili
  • masukkan pula udang atau ikan bilis dan kacau hingga naik bau
  • masukkan sedikit air, garam, gula dan batang bayam
  • masukkan daun bayam
  • jangan masak terlalu lama, bayam yang layu langsung tak enak!!!
Inilah cara masakan bayam yang emak Kak As selalu masak. Kuahnya kalau dihirup punyalah sedap. Masa kecik2 dulu berebut2 kami adik-beradik.

2.  SAYUR LEMAK BAYAM
  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 biji keledek oren
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • setengah cawan udang kecil
  • setengah cawan santan pekat
  • garam
  • gula 
  • air
  • potong bayam dan bersihkan
  • hiris bawang dan cili merah
  • potong keledek kecik2 dan rebus sampai hampir empuk. 
  • dalam rebusan yang sama, masukkan bawang, cili dan udang dan batang bayam (adjust air ikut keperluan kuah, kalau banyak sangat, boleh dibuang, kalau sikit sangat, tambah lagi air)
  • selepas air mendidih, masukkan bayam dan santan, kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  • masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar jangan sampai terlalu layu.
Masakan ni memang sedap, apalagi kalau ada sambal tumis udang petai. Tapi masakan bersantan ni tak boleh dimakan selalu. Sebenarnya boleh juga kalau nak guna bayam merah, tapi Kak As tak suka sebab kuahnya nampak macam air bandung!!

3.  SAYUR MANIS
  • 1 ikat bayam
  • 1 ikat kangkung
  • 5 batang kacang panjang
  • 1 biji keledek oren saiz kecil
  • 1 biji terung ungu saiz kecil
  • setengah cawan udang kecil
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu belacan
  • garam
  • gula 
  • air
  • bersihkan semua sayur, asingkan batang dengan daun bayam dan kangkung
  • potong terung, kacang panjang dan keledek kecil2 (lebihkurang 3 cm gitu)
  • tumbuk cili merah, bawang merah, belacan agak kasar2
  • jerang air secukupnya dan masukkan bahan ditumbuk serta udang segar
  • masukkan keledek dan masak hingga separuh empuk
  • masukkan terung dan kacang panjang serta batang2 bayam dan kangkung
  • sesuaikan masin dan manisnya
  • setelah terung empuk, masukkan daun bayam dan kangkung, masak sebentar sebelum diangkat
Ini lagi satu feveret Kak As. Fuhhh terangkat menghirup kuahnya yang sedap berperisa belacan tu. Tapi selalunya Kak As tak masukkan kangkung dan kacang panjang, sebab tak suka. Tapi kalau emak Kak As yang masak, semua bahan mesti lengkap macam resipi asal. Jangan cuba2 nak ubahsuai ekk.

Cukuplah 3 resipi dulu ekk. Yang ni semua resipi yang Kak As selalu masak untuk keluarga. Nanti Kak As try cari resipi lain yang menggunakan bayam dan kongsi dengan uolls di sini lagi okay.  Taaaa!!!