Tuesday 15 April 2014

Nak cantik??

Semua wanita memang nak cantik kan? Cantik tu luas maknanya. Ada yang nak cantik wajah, kulit mulus, hidung mancung, mata macam doll, bibir macam Angelina Jolie, dagu macam .... sila isi sendiri, Kak As pun tak tau sapa yang ada wajah perfect macam tu.

Ada yang nak cantik kulit badan, Nak kulit putih bersih tanpa ada tanda cela atau parut.  Jerawat atau kutil2 semua tak mau.

Ada yang nak cantik bentuk badan, cantik  pakaian, cantik hiasan. Semua tu duniawi belaka.

Ada yang nak cantik akhlaknya, cantik amalannya, cantik perkataan yang keluar dari mulutnya, cantik bahasa yang ditulis di FB, blog, whatsapp dan sbgainya. Itulah kecantikan rohani, kecantikan yang akan menentukan siapa kita di sisi Allah Azza Wajalla.

***********************************************

Ok hari ni Kak As nak cerita pasal cantik wajah. Sebenarnya kulit kita ni semulajadinya halus dan tanpa cela. Tengok kulit baby tu ... eee geram gebu halus sangat kan!!!Tetapi semakin umur meningkat, kulit wajah kita pun turut berubah mengikut perubahan usia dan persekitaran.  Bagi yang berkulit sensitif, jerawat dan jeragat mudah muncul. Masalah ini timbul kerana sebab2 berikut :-


1.  perubahan hormon
2.  faktor pemakanan yang tidak seimbang zat/vitamin, fiber, mineral dsbnya
3.  sentiasa tertekan atau stress
4.  kegemaran bertukar2 alat mekap
5.  tidak mencuci wajah dgn betul
6.  tidak bersenam bagi mengeluarkan toksin dalam tubuh melalui peluh
7.  sering tidor lewat

Perkara utama untuk memperbaiki masalah jerawat dan jeragat ini adalah dengan menukar cara hidup dan penjagaan kulit dpd negatif kpd positif.  Kalau sebelum ni pemakanan tak seimbang, asyik bergoreng, makanan segera atau tinggi kalori, ubah lah dengan banyakkan makan buah dan sayur2an. Kalau dulu asyik stress, cuba ubah dengan memperbaiki jadual harian, lebihkan riadah, amalan rohani dsbnya. Begitu juga perkara2 lain yang menyumbangkan kepada ketidakstabilan hormon.


Selain dpd itu itu, Kak As cadangkan u all cuba ambil supplement juga.  Ada pelbagai supplement yang berfungsi untuk membantu memperbaiki masalah jerawat dan jeragat ni :

VITAMIN C
~  mempunyai antioksidan yang tinggi
~  meransang pembentukan kolagen
~  membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan penuaan
~  meningkatkan sistem imun


VITAMIN E
~  membantu memulihkan struktur kulit dgn mengurangkan kedut, parut dan kesan bintik
~  memperbaiki kitaran darah di tubuh dan wajah

B COMPLEX
~  mengurangkan stress/tekanan dengan memperbaiki kesihatan saraf
~  membantu meredakan alahan
~  membantu pembinaan sel2 baru

ESP (susu soya)
~  asid amino dlm susu ini meransang pembentukan semula otot dan kulit (awet muda)
~  kaya dgn isoflavones yg baik utk hormon wanita
~  memperbaiki pigmentasi kulit


Jadi kalau u all ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai supplement ni, jangan malu2 contact jer Kak As yer.  Akak sedia membantu ...muahhhh!!!