Monday 22 September 2014

7 TIPS ELAKKAN WAJAH BERJERAWAT

     Minggu ni Kak As nak concentrate tentang hal2 berkaitan kecantikan kulit muka. Sebab perkara yang paling Kak As suka bila memandang wajah seorang wanita ialah kulitnya yang halus mulus.  Hidung mancung ker, mata bulat ker, bibir terukir ker ... itu merupakan anugerah Allah yang tak boleh kita ubah.  Tapi kekurangan atau masalah kulit perlu kita usaha mengatasinya.


Selain dari mengamalkan rutin mencuci muka yang sesuai serta mengambil supplement kecantikan kulit secara konsisten, kita juga hendaklah mengkaji punca masalah kulit,  terutama kulit yang berjerawat.  Kadang2 kita tau penyebabnya.  Kadang2 kita tak tau.  

Berikut Kak As sertakan tips untuk mengelakkan jerawat mengganggu kulit wajah uolls.
  • Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun atau pencuci muka yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan pencuci muka jenis pengawalan minyak contohnya, Enfuselle Purifying Cleasing Gel.
  •       Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera, kentang goreng, kuih2 bergoreng dsbnya.
  •       Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, ada sesetengah orang tak boleh makan ayam juga)

  •   .   Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Ini juga bergantung kepada individu berkenaan, ada juga yang tidak boleh makan kekacang lain saperti kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Kita perlu peka dengan sensitiviti kulit masing2)
  •       Elakkan daripada menggunakan tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit muka adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang berasingan atau menggunakan tisu pengelap khas.
  •       Mengamalkan supplemen Vitamin C atau lebihkan makanan tinggi kandungan vitamin tersebut dalam diet harian (sayur dan buah-buahan segar). Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

  •      Pastikan mendapat tidor yang secukupnya. Apabila kurang tidur, seseorang akan menjadi murung  dan mempengaruhi keseimbangan hormon tubuhnya

Sebetulnya ada banyak lagi tips untuk mengelakkan jerawat bertandang ke wajah kita.  Mungkin uolls boleh kongsikan. Kalau ada, sila tuliskan di ruangan komen supaya teman2 lain mendapat manafaat dari perkongsian maklumat uolls.  Itu pun dikiranya sedeqah tu!!