Wednesday 29 October 2014

Bayam ... bayam ... bayam

Ari tu Kak As pergi shopping kat Giant. Tengok dia jual bayam RM5 untuk 3 ikat. besar2 dan nampak fresh jer bayamnya. Apa lagi Kak As angkat 3 ikat - pilih 2 bayam merah 1 bayam hijau. Memang Kak As dan keluarga peminat bayam.  Bukan sebab terpengaruh dengan kartun popeye tu, hihihi ... tapi sebab memang dari kecik Kak As dah terbiasa makan bayam.


Dulu emak Kak As tanam jer bayam kat belakang rumah. Tugas utama Kak As ialah tolong siram pokok bayam tu waktu petang2. Bila pokok tu dah besar, emak akan kutip dan masak. Memang seronok balik dari sekolah makan nasi dengan ikan goreng, kicap dan sayur bayam jer. Kak As siap hirup slurpp slurpp kuah bayam tu ... memang sedap sangat. Kak As tak pernah pun jemu makan bayam. Sekarang anak2 pun dah terikut2 suka makan bayam, sebab emak mereka selalu masak bayam ler tu hihihihi.


Cuma yang tak tahannya tu proses mencucinya.  Selepas disiang, bayam mesti dicuci beberapa kali untuk pastikan semua pasir yang terdapat pada sayur tu hilang semuanya.  kalau tengah sedap2 makan, tiba2 terkunyah pasir ... grrrr hilang selera!!!

Sebenarnya ada beberapa cara memasak sayur bayam ni. Nanti Kak As kongsikan dalam entri akan datang yekk.

Bayam sebenarnya kaya dengan Vitamin A, B, C, E dan K serta zat2 galian saperti zat besi, fosforus, kalium, kalsium, mangan dan  zink.

Sekarang Kak As nak cerita apa kelebihan sayur bayam ni.  Banyak tau :

bayam merah
  1. Pencegah Kanser Yang Berkesan. Pengambilan bayam secara kerap diharap mampu menghindari penyakit kanser. Kandungan flavanoid yang terdapat di dalam bayam didapati  berkesan untuk mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser payudara dan prostat.
  2. Nutrisi Sempurna Untuk Jantung. Gaya hidup yang tidak sihat pada masa sekarang menyebabkan kita terdedah kepada masalah jantung yang merupakan pembunuh utama di negara ini. Justeru itu, amalan memakan bayam yang mengandungi  Vitamin A dan C serta asid folat dan magnesium amatlah membantu.
  3. Peningkatan Daya Memori. Semakin meningkat usia seseorang, semakin merosot daya ingatannya. Kandungan Vitamin K yang banyak di dalam bayam mampu meningkatkan sistem saraf dan fungsi otak.
  4. bayam hijau
  5. Penglihatan Yang Lebih Baik. Bayam mengandungi Vitamin A dan Lutein (salah satu karotenoid) yang penting untuk kesihatan organ mata. Zat makanan ini  penting untuk mengatasi dan mencegah masalah penglihatan seperti katarak.
  6. Menyehatkan Organ Pencernaan. Kandungan serat yang tinggi dalam bayam sangat penting untuk kesihatan organ pencernaan dan mampu mencegah pelbagai gangguan dalam organ tersebut seperti sembelit.
  7. Sumber Antioksidan.  Kandungan Vitamin C dan E serta mangan, beta-karotin dan selenium di dalam bayam merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan penting untuk ketahanan tubuh.
  8. Membekal Nutrisi untuk Tulang dan Sendi. Kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi dalam bayam mampu menguatkan dan mengatasi masalah  tulang atau osteoporosis. 
  9. Memberi Tenaga. Bayam merupakan salah satu sayuran yang memiliki kandungan zat besi yang cukup tinggi. Kandungan zat besi ini membantu tubuh sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Kalau yang tak suka makan bayam macamana pulak??  Hrmmm ... makanlah sayur2 hijau yang lain yang banyak khasiatnya.  Kalau yang tak suka makan sayur, makanlah buah segar. Di samping itu, sokongan supplement berkualiti amat perlu untuk mendapatkan semua nutrisi penting untuk tubuh. 

Bagi produk Shaklee, kita menawarkan makanan tambahan susu soya ESP atau Meal Shakes atau tablet Vitalea (multivitamin yang lengkap).  Sila rujuk link entri sebelum ni iaitu ESP, atau Meal Shakes atau Vitalea untuk mengetahui khasiat yang terkandung dalam setiap supplement tersebut.




Nak tau lebih lanjut, contact jer Kak As.

Kita sedia membantu.

Oh yer jangan lupa, next entri Kak As nak cerita pasal resipi bayam pulak. Tunggu!!!!