Monday 21 April 2014

Solat Atas Katil Hospital

Dalil dari al-Quran ;

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا


Yang bermaksud ; Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya. –An-Nisa : 103.


Begitulah Allah SWT mewajibkan solat bagi sesiapa saja yang mengaku dirinya Islam apabila telah memenuhi syarat2 yang ditetapkan iaitu 

-  Islam
-  Baligh
-  Berakal
-  Suci dari haid dan nifas  

Perintah menunaikan solat ini merangkumi dalam keadaan apa sekalipun kita ketika itu - sedang bekerja, dalam musafir, sedang sakit, sedang istirehat atau sebagainya.  



Maka timbul pertanyaan bagaimana nak menunaikan solat di hospital atau ketika sakit, tidak mampu berdiri, rukuk dan sujud. Nak ke surau hospital jauh dan tak mampu nak berjalan. Mungkin mudarat terjatuh semasa berjalan itu. Maha Suci Allah Yang Pengasih dan Penyayang; diberi kemudahan untuk kita bersolat samada secara berdiri sempurna, duduk di kerusi, duduk di atas katil, berbaring hatta dengan isyarat mata sekalipun.  Begitulah betapa pentingnya kita melaksanakan perintah untuk menunaikan ibadah solat.


Di atas adalah cara menunaikan solat di atas katil hospital.  Maka dengan  keringanan tersebut tidak ada alasan lagi utk kita tidak menjalankan perintah Allah yang paling utama ini.


0 comments:

Post a Comment