Wednesday 19 March 2014

SID 1090561



Salam perkenalan buat anda semua,

Hari ni saya nak perkenalkan diri saya. Nama saya ASNIDA AHMAD merupakan Shaklee Independent Distributor (SID) yang sah.  Saya bermula sebagai pembeli barangan Shaklee sahaja. Barangan yang dibeli ialah set kesihatan sendi untuk dimakan oleh Emak saya. Alhamdulillah nampaknya usaha kami berkesan dan Emak memang berpuashati menggunakan supplement tersebut.

Dari situ saya berfikir untuk terlibat secara langsung dengan Shaklee. Saya mendaftarkan diri pada penghujung bulan Disember 2013. Niat asal saya menjadi ahli Shaklee semata-mata untuk membeli bagi kegunaan sendiri dengan kemudahan mendapat harga ahli.

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan upline, perbincangan dalam group tertutup dan testimoni pengguna menyebabkan saya mengubah persepsi saya tentang Shaklee. Saya mula nampak keperluan untuk bergerak gigih bagi berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ramai orang di samping mengambil peluang untuk meningkatkan diri dalam perniagaan ini. Hasil usaha tersebut pada bulan kedua saya berjaya mendapat bonus pertama. Walaupun tidaklah lumayan sangat, tetapi sudah lebih dari cukup untuk menjadi pemangkin usaha yang berterusan.

Kami di Shaklee sentiasa dibimbing oleh keluarga besar, tak kira berpangkat Master, Coordinator, Supervisor maupun sesama SID yang lain. Niat kami untuk membantu sesama sendiri dan berkongsi kelebihan produk Shaklee dengan semua orang.

Kiranya ada antara anda yang berminat untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat, sila hubungi saya seperti berikut :-

Shaklee Independent Distributor - 1090561
(cod kawasan Butterworth)
whatsapp/sms 017-4778746
FB Page :  SpectrumBeautyHouse
Ig : ASNIDAAHMAD