Saturday 6 September 2014

Apa Jenis Kulit Muka Anda??

Kak As ni bukanlah jenis yang begitu ambil berat tentang kecantikan kulit.  Dulu2 kalau cuci muka pun pakai sabun mandi jer. Alhamdulillah kulit muka Kak As tak ada masalah besar macam jerawat atau jeragat.  Kulit pun tak kering atau berminyak, biasa2 jer. 

Tapi bila Kak As dah mula bekerja dan makan gaji, dah ada duit sendiri, mulalah Kak As nak mengikut peredaran waktu. Masa tu beberapa jenama terkenal sedang rancak di pasaran. Semua jenis penglupasan kulit. Tengok gambar model2 produk kecantikan tu hati Kak As jadi cemburu. Punya lah licin, macam telur dikupas kulitnya.



Kak As mulakan dengan jenama A, bertahan 3 bulan. Kulit Kak As jadi rosak.  Muka merah macam terbakar dan pedihhh sangat.  Bila dah pulih, tinggallah parut kehitaman. Tak puashati Kak As try pulak jenama B, seterusnya jenama C.  Memang semuanya merosakkan kulit Kak As. Sedih!!!! Kulit yang dulunya tak ada masalah, akhirnya rosak akibat kesalahan sendiri.

Jadi pendapat Kak As, sebelum kita mencuba apa2 produk pun, pastikan kita tahu jenis kulit kita. Selepas itu barulah kita pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah kita.

Jenis2 kulit wajah :

1.  Kulit Normal
2.  Kulit Kering
3.  Kulit Berminyak
4.  Kulit Kombinasi
5.  Kulit Bermasaalah
6.  Kulit Sensitif

KULIT NORMAL
Kulit jenis normal atau biasa selalunya kelihatan halus dan bersih - seumpama kulit bayi. Penjagaan kulit sebegini seharusnya tidak begitu melampau sehingga mungkin merosakkannya.



KULIT KERING

Kulit kering kebiasaannya akibat dari kekurangan minyak atau kelembapan semulajadi dalam kulit. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi dengan buih berlebihan), kurang minum air dalam badan dan kesan pengambilan sesetengah ubat (Roaccutane).

Masalah yang biasa dihadapi oleh mereka berkulit kering adalah:
  • Mudah wujud kedut atau garis2 halus di wajah
  • Bintik2 hitam (freckles)
  • Whitehead (Milia Seed)
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Kulit muka kering dan kusam

KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak kebiasaannya dipenuhi oleh pori2 terbuka. Pori2 ini mudah tersumbat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.  Akibatnya kulit menjadi tidak sihat dan timbul jerawat yang banyak. Faktor hormon tidak seimbang (terutama bagi remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi dan berminyak juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah yang sering dihadapi mereka yang kulit berminyak adalah:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit yang bersesuaian harus diamalkan supaya kulit kekal bersih dan gebu. Walau bagaimanapun, keadaan kulit boleh bertukar2, bergantung pada cara penjagaan kulit, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan tahap keseimbangan hormon.


Masalah mereka berkulit kombinasi adalah :
  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering di beberapa bahagian
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead (Milia Seed)
KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon terutama di kalangan remaja merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Apabila pori2 di wajah mengeluarkan minyak berlebihan, ia akan merangsang pembiakan bakteria yang menggalakkan pertumbuhan jerawat. Oleh itu, pembersihan kulit yang teratur dan sempurna amatlah perlu. Remaja perempuan pula sering mengalami ketidakseimbangan hormon semasa kitaran haid bulanan yang menyebabkan munculnya jerawat di sekitar mulut, dagu dan dahi. walaupun masalah ini bersifat sementara, pembersihan kulit yang sempurna perlu diamalkan.

Masalah kulit yang akan dihadapi  adalah :
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka


KULIT SENSITIF
Kulit sensitif sangat peka terhadap rangsangan faktor luar seperti perubahan cuaca, alahan kepada bahan kimia (pencuci muka atau alat solek), persekitaran tempat tinggal atau tempat kerja yang tidak sesuai, menghadapi tekanan emosi, pengambilan makanan tertentu dan sebagainya.  mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu peka terhadap faktor penyebab ini dan berusaha mengelakkannya. .

Masalah apabila kulit sensitif adalah :
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.


Pesan utama Kak As, kalau menghadapi semua masalah di atas terutama kulit bermasalah dan kulit sensitif, sebaiknya berjumpa pakar kulit.  Juga elakkan menggunakan produk2 kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate