Tuesday 3 June 2014

Minyak Vitamin E Dan Kebaikannya Kepada Kulit

Kak As dari dulu lagi, bila sebut je Vitamin E terus teringat kulit yang cantik, tanpa cela. Takder jerawat, jeragat, parut jerawat atau pori-pori besar kat kulit pipi. Takder kedut2 kat pipi, bawah mata dan dahi. Purrrr-fect macam telor rebus dikupas kulitnya.  Fullamak!!!


Tapi memang pun ada kebenarannya. Daripada  beberapa artikel yang Kak As baca memang vitamin E ni banyak kebaikannya untuk kulit.  Jom kita lihat 5 kebaikannya yang utama :-


Memperbaiki tekstur kulit yang kering
  • Vitamin E membantu mengekalkan kelembapan kulit dengan menghalang kehilangan cecair/air dan mengekalkan minyak dalam kulit.
  • beberapa titik minyak Vitamin E boleh dicampurkan dengan cream atau losyen untuk lebih mudah disapu kepada kulit

Mengurangkan kedutan dan garisan halus di muka
  • masalah ni bukan saja dihadapi oleh golongan berusia emas macam Kak As, tetapi juga golongan muda. Antara faktor yang menyebabkan wajah cepat berkedut ialah amalan pemakanan yang tidak berkhasiat, gemar merokok, terdedah kepada cahaya matahari dan tekanan perasaan
  • sapuan minyak Vitamin E ke wajah akan membantu pengeluaran beberapa komponen penting bagi kulit yang sihat iaitu elastin dan kolagen
  • kedua2 komponen ini membantu meningkatkan keanjalan kulit supaya kelihatan lebih muda
  • kedua2 komponen ini juga bertindak menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit
Merawat kesan pancaran matahari
  • kulit yang terdedah kepada pancaran matahari boleh terbakar atau terkena 'sunburn'
  • masalah ini boleh dirawat dengan menyapu minyak Vitamin E terus ke kulit
  • kebanyakan krim 'sunscreen' di pasaran mengandungi Vitamin E untuk mengurangkan kesan sunburn
  • minyak Vitamin E akan diserap oleh kulit dan seterusnya akan melembab dan merawat rasa sakit dan pedih pada kulit
Memudarkan parut/tanda cela di wajah
  • Vitamin E membantu pembentukan sel2 kulit yang baru
  • serentak dengan pertumbuhan sel2 baru, sel2 lama pada parut atau kulit wajah akan gugur sedikit demi sedeikit dan meninggalkan permukaan kulit yang baru
  • sapuan yang berterusan ke wajah akan menyebabkan parut/tanda cela menjadi semakin pudar 
  • selain itu kulit wajah menjadi semakin lembut
Menghapuskan 'stretch mark' kepada wanita hamil
  • Vitamin E sangat berkesan untuk mengurangkan stretch mark di kulit perut apabila dicampur dgn lotion atau krim dan disapu secara kerap
  • kulit yang lembap juga mengurangkan rasa gatal pada perut tersebut

pssst :  tau di mana Kak As dapatkan minyak Vitamin E?  Kak As cucuk jer kapsul lembut Vitamin E Shaklee tu dengan pin, terus picitt!!  dapat lah minyak Vitamin E yang superb!!!