Tuesday 5 August 2014

8 Tanda Awal Kanser Ovari - Jangan Abaikan

Minta ampun.  Kak As masih terasa sedih hari ni.  Semasa umat Islam masih dalam mood raya di bulan Syawal ni, Kak As mendapat berita kehilangan jiran sekampung.  Allahyarhamah yang terkenal dengan sikap peramah dan mudah mesra semasa hidupnya dulu kembali kepada Pencipta akibat kanser ovari.  Innalillahwainnalillahhirrojiun

Sangat menyedihkan kerana Allahyarhamah hanya mengetahui dia mengidap kanser ovari pada peringkat akhir. Pada peringkat sains perubatan tidak mampu membantu menyembuhkannya ... melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Berkuasa.

Kanser ovari  merupakan salah satu yang sering menyerang wanita yang berumur melebihi 50 tahun. Ovari pula merupakan sebahagian dari organ pembiakan wanita yang berfungsi menghasilkan telor setiap bulan. Telor ini jika disenyawakan akan berkembang menjadi janin dan dilahirkan sebagai bayi (mesti cumelll kan?).  Jika tidak disenyawakan, ia akan berkumpul dan keluar dari tubuh sebagai darah haid.  Sememangnya ovari merupakan besar peranannya dalam kehidupan seorang wanita.



Tetapi apabila diserang sel kanser, ianya boleh membahayakan nyawa wanita pula. Siapa golongan yang selalu diserang kanser ini?
  • sebahagian besarnya ialah wanita berusia melebihi 50 tahun
  • risiko adalah lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang mengidap kanser payudara, kolon, rahim atau ovari 
  • wanita yg menggunakan secara berlebihan ubat kesuburan
  • wanita yg menghadapi masalah kesuburan seperti tidak pernah hamil, mengidap endometriosis, senggugut serius dsbnya
  • lewat putus haid (menopos)

Apakah tanda2 awal yang merupakan amaran atau petunjuk bahawa kemungkinan kita diserang sel kanser yang menakutkan ini?? (Nauzubillah himinzaliq).  Tapi pelu diingat, bila ada salah satu atau beberapa tanda ini, janganlah mudah panik.  Sebaliknya segeralah berbincang dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.  Paling penting jangan sesekali memandang sepi tanda2 tersebut ... kononnya tak ada apa2!!!



8 tanda2 awal yg perlu diberi perhatian adalah spt berikut :
  1. kembung perut dan sering dipenuhi angin atau perut terasa semakin bengkak atau membesar ukurlilitnya
  2. sembelit atau cirit birit - berlaku perubahan pada kebiasaan cara membuang air besar
  3. rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian pelvic atau kadang2 pada bahagian perut 
  4. sakit tulang belakang terutama bahagian bawah berhampiran kawasan pelvic
  5. kekerapan membuang air kecil atau kencing yang sukar dikawal
  6. hilang selera makan dan cepat merasa kenyang dan menyebabkan turun berat badan (kita mungkin seronok bila sentiasa rasa kenyang,  tak perlu susah2 nak diet ... tapi elok berhati2 jika perkara ini berlaku tanpa sebab munasabah)
  7. sakit semasa melakukan hubungan kelamin
  8. keletihan melampau yang berterusan walaupun tanpa melakukan sebarang aktiviti berat

Jadi kita tak boleh berserah kepada takdir semata2. Itu tandanya kita menzalimi diri sendiri. Jom kita berikhtiar samada dengan bertemu doktor, menjaga pemakanan kita, mengambil supplement yang dapat mempertingkatkan kesihatan tubuh badan di samping menjaga emosi dan fizikal kita. Paling penting sentiasa memohon bantuan Allah, Dia Penyembuh, Dia Pengampun, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.



Okay dalam artikel akan datang, Kak As nak ceritakan apakah supplement yang disarankan untuk mereka yang mengidap kanser ovari atau lebih baik apakah supplement yang dicadangkan sebagai perisai untuk mengelakkan kita diserang penyakit pembunuh ini.  Sila maklum supplement ini bukanlah ubat, tetapi adalah makanan tambahan yang meningkatkan kesihatan tubuhbadan kita. Tubuh yang sihat, sel yang sihat, antioksidan yang tinggi, alkali tubuh yang tinggi adalah musuh utama kepada sel2 kanser yang jahat.

Tunggu yer ... nanti Kak As tulis artikel untuk uolls yer, nak kena buat survey dulu hihihihi!!!