Saturday 18 October 2014

Pengalaman Dibedah

Rasanya ramai antara kita yang telah dibedah kerana diserang appendiks kan? Kak As dah kena bedah tahun 2011 dulu. Sampai sekarang ada lagi parut di sebelah kanan perut ni.

Kenapa kita kena radang appendiks? Emak Kak As kata sebab Kak As suka makan biji cili yang tak hancur, biji jambu batu yang tak dikunyah lumat, kulit udang yang ditelan terus!!! betul ker?? Betul la tu,  sebab mengikut segi perubatan, terjadinya appendiks disebabkan :
  • sisa-sisa makanan atau najis tersumbat di rongga dinding usus dan appendiks
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan

Bila berlaku kes di atas, appendiks kita akan menjadi radang, membengkak dan bernanah.  Tindakan segera perlu dilakukan sebelum appendiks itu pecah. Sekiranya appendiks bocor, najis, nanah dan kuman akan merebak ke organ2 yang berhampiran dan ianya boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan pesakit.

Kak As hingga sekarang keliru apa sebetulnya fungsi appendiks ni.  Godek beberapa artikel berkenaan appendiks ni, ada macam2 pendapat. Ada yang kata ianya tak ada fungsi apa pun.  Ada yang kata ia berfungsi untuk menyimpan bakteria baik. Ada yang kata ia berfungsi menyokong sistem imun tubuh. Yang mana satu betul?? Wallahhu aklam.


Macamana mengenalpasti kita ada masalah radang appendiks. Ada macam2 simptom rupanya. Macam Kak As aritu, terasa senak di sebelah kanan perut. Sakitnya seolah2 kita berlari terlalu kuat dan tiba2 senak di bahagian perut. Dan sakitnya tidak hilang walaupun Kak As sedang berehat. Kalau ditekan, lagilah terasa sakitnya.

Tetapi sebetulnya ada macam2 tanda lain yang perlu diperhatikan. Mungkin lain orang lain  pulak simptomnya!!
  • sakit perut di bahagian pusat hingga ke bahagian bawah rusuk kanan
  • loya dan muntah2
  • hilang selera makan (of course ... dah loya2, nak makan apa pun tak berselera)
  • cirit-birit atau sesetengah orang pula mendapat sembelit!!
  • sukar untuk kentut 
  • bengkak pada abdomen
  • demam yang berlarutan
  • sakit atau tidak selesa pada sesetengan pergerakan (Kak As dulu terasa sakit semasa rukuk dan bangun dari sujud)
Bila dah sakit berulang2 dekat perut, Kak As terus berjumpa doktor. Interview sikit2, tekan perut, ambil darah, ambil urine ... terus Doktor Tan buat keputusan "Masuk wad, puasa, lepas tu kita operate".  Fuhhh!!

Malam tu Kak As puasa (mujur puasa waktu malam, takder godaan nafsu makan hehehehe), pagi esuknya Kak As pakai lah pakaian khas untuk pesakit nak buat pembedahan. Kak As dibius penuh .... tak sedar apa pun, macam mati.  Sedar2 nama dipanggil jer. Tak lama lepas tu terus muntah2,  tak tahan dengan ubat bius tu agaknya.

Menurut doktor, pembedahan (appendectomy) adalah rawatan  terbaik untuk radang appendiks. Ia hanya melibatkan torehan kecil pada bahagian kanan abdomen yang bertujuan untuk membawa keluar appendiks yang bermasalah tu. Tempoh pemulihan pula tidak mengambil masa yang lama.


Balik ke rumah Kak As terus mengamalkan pengambilan Zinc Complex dan ESP untuk penyembuhan segera luka pembedahan.  Bangun pagi, masa perut masih kosong, Kak As terus makan sebutir Zinc Complex.  Selepas pukul 7 pagi, Kak As minum pula 2 Sudu besar ESP yang dibancuh bersama milo suam.  Alhamdulillah, dalam tempoh 3 hari, luka pembedahan dah kering dan elok tercantum. Doktor pun kagum dengan kesan positif ni.

So kalau uoll nak menjalani apa2 pembedahan, bolehlah mencuba supplement ini untuk mendapatkan kebaikan yang maksima.