Monday 29 September 2014

Paraben Free?? Penting Ker

Kita selalu jumpa perkataan "Paraben Free" tertulis pada produk penjagaan kulit atau wajah.  Apa dimaksudkan "Paraben Free" atau "Bebas Paraben" ni??


Paraben ialah bahan kimia yang sering digunakan sebagai bahan pengawet dalam industri pembuatan alat solek dan produk farmasi.  Antara produk yang sering menggunakan paraben ialah shampoo,  alat solek, ubat gigi, produk penjagaan kulit, deodorant, lotion penjagaan kulit dan sebagainya.

Cer uolls baca label pada botol shampoo atau alat solet yang uolls gunakan.  Ada ditulis "paraben free" atau mengandungi paraben?? Kak As menggunakan pencuci muka Nutriwhite dan lotion kulit Herba Blends. Jelas tertulis "Paraben Free" pada kedua2 produk kesayangan Kak As tu .... hrmm selamat!!  kadang2 tak ditulis pun sebagai paraben sahaja tetapi menggunakan nama lain saperti Ethylparaben, butylparaben, methylparaben, propylparaben, atau lain2 nama yang berakhir dengan perkataan –paraben

Kenapa Kak As bimbang sangat kewujudan paraben ni?  Sebab daripada beberapa artikel yang Kak As baca menyatakan paraben ni boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan kita :

  1. paraben digunakan utk menyekat pertumbuhan mikrob dalam alat2 solek dan ianya boleh menyerap menerusi kulit dan masuk ke dalam darah dan sistem penghadaman
  2. paraben ditemui dalam hasil ujian biopsi kanser payudara.  Paraben meniru dan bergabung dengan estrogen ditubuh wanita dan menyebabkan sel kanser semakin membiak terutama di bahagian payudara
  3. paraben dikenalpasti mengganggu fungsi hormon yang menyebabkan meningkatnya risiko kanser payudara dan mengganggu sistem pembiakan
  4. paraben juga boleh menyebabkan radang kulit yang teruk

Alhamdulillah Kak As dah membuat pilihan bijak apabila menggunakan produk Shaklee yang memang tidak menggunakan paraben dalam penghasilan alat pencuci muka, shampoo, lotion tubuh.
Uolls bila nak bertukar kepada produk yang "Paraben Free"?  




Jangan dedahkan anak2 kita kepada bahan berbahaya yang terdapat di dalam bilik air, bilik tidur atau sinki dapur dalam rumah .... kesian mereka!!!

Saturday 27 September 2014

BELI 3 PERCUMA 1???

Bulan September dan Oktober ni Shaklee buat SPECIAL OFFER untuk peminat2 produk istimewanya iaitu MEAL SHAKES.

Pasal apa Kak As kata ini tawaran istimewa?
  • ini kali pertama Shaklee offer beli 3 tin dapat PERCUMA 1 tin.  Untuk produk lain biasanya offer adalah untuk beli 6 percuma 1.  Kiranya offer bagi peluang untuk semua orang beli meal shakes yang fofular ni. Tak lah membebankan sangat kalau beli 3 tin ni
  • offer kali ini untuk 2 bulan, iaitu bulan September dan Oktober. Kebiasaannya offer sebulan jer. Tawaran 60 hari ni nak bagi peluang supaya semua orang  tidak terlepas peluang nak beli meal shakes pada harga special. Memang special lah, beli 3 tin, dapat percuma setin lagi berharga RM113.75.  Takkan nak lepas kan jer offer ni!!!
  • paling best offer kali ni, sambil beli sambil beramal.  10% dari duit yang kita bayar untuk beli setin meal shakes ni akan disalurkan ke rumah anak-anak yang kurang bernasib baik. Jadi lagi banyak kita beli, lagi banyaklah kita menyumbang kan??
Kalau uolls tak mau terlepas tawaran keemasan ni, bolehlah contact Kak As. Bulan ni beli 3 percuma 1, bulanOgos pun beli 3 percuma 1.  Bulan simpan buat stok setahun.  Lagipuan meal shakes ni boleh digunakan seisi keluarga, bukan kanak2 jer.  


Okkkk ... jangan tunggu lama2, nanti lama2, meal shakes kehabisan stok!!!


Friday 26 September 2014

Sindiket Hantar Virus Untuk Lesapkan Wang??

Wahh ... bila manusia semakin bijak, teknologi semakin canggih ... dunia makin tak aman!!! Sepatutnya kelebihan ilmu dan teknologi  tu semua digunakan untuk perkara2 berfaedah, tapi itulah, bila terlepas ke tangan penyangak ... habisss. Kita2 yang innocent ni selalu jadi mangsa.

Apa yang boleh kita buat?? Berhati2 dan sentiasa waspada.  Kalau rasa pelik sikit, elok selidik dulu, tanya pendapat oranglain.  Lepas tu kemaskini antivirus .... memang kena bayar sikit. Takper lah bayar sikit daripada kita nak hilang banyak.  Lepas tu sebarkan maklumat pada kenalan kita terutama yang dok buat business online tu. Yang dok terima bayaran online, buat bayaran online .... sharing is caring ok!!!


Jom kita baca artikel mengenai kes ni!!!

********************************************************************************************************** 
.KUALA LUMPUR 24 Sept. - Awas! Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.

Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.




Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.
"Malware ini akan aktif apabila mangsa melakukan daftar masuk ke laman perbankan Internet pada telefon pintar mereka.

"Setelah berjaya daftar masuk, malware ini akan memaparkan pautan palsu yang meminta mangsa memasukkan pelbagai maklumat dan setelah semuanya selesai dalam tempoh kurang seminit, tanpa disedari program terbabit akan bertindak sebagai pencuri maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis JSJK Bukit Aman di sini hari ini.

Hamza berkata, sindiket terbabit dipercayai menghantar virus secara rambang namun majoriti mangsa ketika ini berada di Lembah Klang.

"Nilai kerugian yang paling banyak setakat ini ialah sebanyak RM10,000 yang berlaku di Bukit Merah, Perak," ujarnya.

Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan nombor telefon dari luar negara bagi menghantar virus.

Difahamkan, pihak polis turut mengesan seorang pemilik akaun yang menyimpan wang daripada mangsa-mangsa penipuan tersebut sebelum memindahkannya ke luar negara iaitu di Ukraine.

Dalam pada itu, Hamza menasihati orang ramai yang menggunakan perbankan Internet agar menggunakan perisian anti-virus dan anti-malware serta sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut.

"Di samping itu, fikir sebelum memuat turun sebarang fail atau program serta pastikan sumber tersebut adalah yang sebenar," ujarnya. - Utusan Online

Thursday 25 September 2014

Penawar gastrik semulajadi

Ini maklumat yang ingin Kak As kongsi dengan uolls.  Artikel ini Kak As pinjam dari Legacy Secret's Trading   ... terima kasih.


Petua Hilangkan Gastrik 

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.  4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH alkali yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.  Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Bolehlah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik


2).Susu sejuk

Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Bolehlah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik 


3).Bunga cengkih

Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu meningkatkan penghasilan air liur dan seterusnya melancarkan perjalanan makanan ke arah perut. Air liur juga akan membantu proses penghadaman.  Semasa diserang gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4).Halia

Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.


Selain dari petua di atas, Kak As juga mengamalkan makan beberapa biji tamar semasa gastrik. Sekiranya dikisar bersama susu sejuk, lagi sedap dan lagi cepat leganya gastrik kita.  Cubalah.  Semua bahan2 di atas mudah diperolehi dan tidak mahal. Lebih utama selain dari mengurangkan serangan gastrik, ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh kita. 


Wednesday 24 September 2014

Resipi Hari Ini - Hummus

Dah lama dah Kak As teringin nak buat sendiri hummus.  Selalu jumpa di restoran menjual makanan arab jer. Nampak macam senang jer nak buat, yang penting rasa pun mesti sedap dan sedap!!!

Apa hummus ni??
  1. Hummus or houmous is a Levantine food dip or spread made from cooked, mashed chickpeas blended with tahini, olive oil, lemon juice, salt and garlic. Wikipedia
    1. Nutrition Facts
      Hummus, commercial
      Amount Per 1 tbsp (15 g)
      Calories 25
    2. % Daily Value*
      Total Fat 1.4 g2%
      Saturated fat 0.2 g1%
      Polyunsaturated fat 0.5 g
      Monounsaturated fat 0.6 g
      Cholesterol 0 mg0%
      Sodium 57 mg2%
      Potassium 34 mg0%
      Total Carbohydrate 2.1 g0%
      Dietary fiber 0.9 g3%
      Protein 1.2 g2%
      Vitamin A0%Vitamin C0%
      Calcium0%Iron2%
      Vitamin D0%Vitamin B-60%
      Vitamin B-120%Magnesium2%
      *Percent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
    Feedback
    Sources include: USDA

Makanya Kak As pun bertanyalah kepada Miss Google macamana nak buat hummus ni.  Ohhh senang jer rupanya.  Ada macam2 versi tetapi lebihkurang jer bahan asas dan cara membuatnya.

Ini adalah resipi yang Kak As cuba hari ni :


2 ulas bawang putih - dicincang kasar2

1/4 cawan jus lemon
1/4 cawan air
1 tin 400 gm kacang kuda dalam tin - Kak As guna chickpeas/garbanzo jenama Kimball
1/2 cawan tahini
garam (ikut sesedap rasa)




Tapi Kak As tak jumpa tahini tu. Semalam pergi cari kat Kedai Syarikat Perniagaan Ghaffar yang jual barangan dari negara2 Arab, tapi tak ada.  Mujur Kak As jumpa cara2 nak buat sendiri tahini ni. Caranya satu paket bijan Kak As goreng tanpa minyak atas api sampai kuning dan garing. Blend dgn minyak zaiton sampai halus macam kerisik tu. Baunya punyalah harum!!  Lepas tu boleh campurkan ke dalam bahan2 untuk membuat hummus. Baki tahini ni janganlah dibuang, simpan dalam tupperware letak je dalam peti sejuk. Nanti boleh guna di lain kali.

Ok .. macamana nak buat hummus ni. Punyalah senang.  Tapiskan kacang kuda dan bilas sedikit. Masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain dan blend sampai halus. Siap!!!!


Macamana nak makan??  Ada orang yang suka makan terus begitu jer.  Ada yang suka tambah sikit cili merah dicincang, atau lada hitam. Kak As tambah paprika dengan olive oil lagi.  

Boleh makan dengan roti sandwich yang dibakar, dimakan dengan roti pita, dimakan dgn sayuran mentah (daun salad, timun, carrot dsbnya) dan sebagai inti sandwich, burger dan lain2 lagi. Tak ada limit kepada kreativiti!!!

Oh yer ... kalau dah selesai makan, masih ada berbaki hummus tu, boleh jer simpan dalam peti sejuk kerana ianya tahan seminggu dalam keadaan bertutup rapi.

Macamana hummus yang Kak As buat?? hrmmm sedappp ... macam kat kedai arab le juga walaupun tak dapat tahini yang sebenarnya. Ini kes POYO (Proud of your own).  Jommm makan ... Bismillahhirrahmanirrohim


Tuesday 23 September 2014

Pengalaman Baru Sebagai Blogger

Diam tak diam dah 6 bulan Kak As mempunyai blog sendiri.

Kak As ni sebagai "orang lama" agak kurang mahir dalam membina blog yang betul2 cun dan tangkap mata.  Alhamdulillah, kerana Kak As diberi peluang menyertai group Fighters Shaklee. Semua ahli group ni telah diajar asas2 membina blog.  Walaupun Kak As agak slow dan terkial-kial, tapi berjaya juga sudahnya. Alhamdulillah.


Terimakasih kepada semua mentor dan kawan2 dalam komuniti Shaklee yang saling berkongsi ilmu. Tak perlu pun nak keluar wang mengupah pakar blog atau mengikuti kursus2 khas membina blog.

Sebenarnya Kak As belum begitu puashati dengan blog http://sayangdirispectrum.blogspot.com/  ni dan sentiasa mengemaskini settingnya dari semasa ke semasa.  Ada beberapa bahagian yang masih belum sempurna dan perlukan penambahbaikan. 

Hari ni Kak As berpeluang belajar satu lagi ilmu untuk blogger iaitu "blogwalking".  Apa tu?? nak cerita secara teknikal Kak As pun tak pandai. Senang faham, blogwalking macam kita singgah rumah sahabat kita, bertanya khabar dan tinggalkan jejak. Melalui blogwalking kita berpeluang menambah bilangan pengunjung ke blog kita pula.


Tapi yang pentingnya, kita kena rajin dan konsisten.  Setiap hari kita perlu melawat paling kurang 10 blog, baca artikel yang ditulis, beri komen2 positif atau membina di ruangan komen yang disediakan. Rutin ni mesti dilakukan setiap hari.  Dan lebih penting, kita mesti selalu update blog kita. Jangan hidangkan cerita yang basi kepada pembaca.  Mereka hendak baca cerita yang berbeza setiap hari.


Paling penting blog mesti santai dan tak memeningkan kepala pembaca.

Nampak macam mudah, tapi bagi Kak As ianya agak sukar.  Setiap hari perlu memerah idea untuk menulis di blog.  Tapi bukanlah pula sesuatu yang mustahil.  Yang penting mestilah ada perancangan dan disiplin. Jom kita mulakan, kalau tak mulakan sekarang ... sampai bila pun ianya takkan menjadi!!!!

Monday 22 September 2014

7 TIPS ELAKKAN WAJAH BERJERAWAT

     Minggu ni Kak As nak concentrate tentang hal2 berkaitan kecantikan kulit muka. Sebab perkara yang paling Kak As suka bila memandang wajah seorang wanita ialah kulitnya yang halus mulus.  Hidung mancung ker, mata bulat ker, bibir terukir ker ... itu merupakan anugerah Allah yang tak boleh kita ubah.  Tapi kekurangan atau masalah kulit perlu kita usaha mengatasinya.


Selain dari mengamalkan rutin mencuci muka yang sesuai serta mengambil supplement kecantikan kulit secara konsisten, kita juga hendaklah mengkaji punca masalah kulit,  terutama kulit yang berjerawat.  Kadang2 kita tau penyebabnya.  Kadang2 kita tak tau.  

Berikut Kak As sertakan tips untuk mengelakkan jerawat mengganggu kulit wajah uolls.
  • Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun atau pencuci muka yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan pencuci muka jenis pengawalan minyak contohnya, Enfuselle Purifying Cleasing Gel.
  •       Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera, kentang goreng, kuih2 bergoreng dsbnya.
  •       Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, ada sesetengah orang tak boleh makan ayam juga)

  •   .   Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Ini juga bergantung kepada individu berkenaan, ada juga yang tidak boleh makan kekacang lain saperti kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Kita perlu peka dengan sensitiviti kulit masing2)
  •       Elakkan daripada menggunakan tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit muka adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang berasingan atau menggunakan tisu pengelap khas.
  •       Mengamalkan supplemen Vitamin C atau lebihkan makanan tinggi kandungan vitamin tersebut dalam diet harian (sayur dan buah-buahan segar). Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

  •      Pastikan mendapat tidor yang secukupnya. Apabila kurang tidur, seseorang akan menjadi murung  dan mempengaruhi keseimbangan hormon tubuhnya

Sebetulnya ada banyak lagi tips untuk mengelakkan jerawat bertandang ke wajah kita.  Mungkin uolls boleh kongsikan. Kalau ada, sila tuliskan di ruangan komen supaya teman2 lain mendapat manafaat dari perkongsian maklumat uolls.  Itu pun dikiranya sedeqah tu!!


Sunday 21 September 2014

Set penuh Nutriwhite

Nutriwhite mempunyai set penuh yang mengandungi 7 jenis produk.  Memang banyak.  Kalau uoll jenis rajin menjaga muka, berdisiplin ikut jadual pemakaian dan ada bajet lebih,  boleh ajer beli kesemua 7 produk ni. Mesti hasilnya tip-top sangat. Itu Kak As guarantee.


Tapi kalau uoll macam Kak As, bajet terhad dan masa pun terhad (Kak As bizi sangat tau!!!), boleh jer ambil set basic jer.  Apa set basic tu? Set basic hanya mengandungi pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam.  Yang 3 lagi optional lah  kan.

Tapi elok Kak As  cerita fungsi setiap produk tu. Lepas tu uoll fikirlah produk mana yang uoll perlukan.  Ohh yer, sebeum tu sekali lagi Kak As nak ingatkan :

Nutriwhite adalah mereka yang mempunyai kulit normal dan tidak bermasalah atau kurang bermasalah atau kulit jenis kombinasi (kalau takat jerawat sikit2 tu ok jer guna Nutriwhite ni)

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • membersih dan menyegarkan kulit
  • rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel2 mati dan menegangkan kulit
  • alga hijau menyahtoksin dan melembabkan
  • strawberi begonia mencerahkan kulit dan menyeimbangkan pigmentasi
  • lembut dan menyegarkan

Nutriwhite Action Makeup Remover
  • menjadikan kulit licin, lembut dan berseri
  • menanggalkan mekap dan juga sel mati secara lembut
  • aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • lembut dan tidak berminyak

Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
  • lembut dan menyeimbangkan pH kulit
  • rosemary menyegar dan menegangkan kulit
  • marshmallow melembabkan kulit

Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
  • bearberry mencerah dan menegangkan kulit
  • strawberi begonia mencerahkan kulit dan menyeimbangkan pigmentasi
  • kacang soya melembut dan mengurangkan tompok2 hitam
  • mulberi mencegah kerosakan akibat pancaran matahari
  • Vitamin C memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah
  • lembut dan mudah diserap kulit

Nutriwhite Spot Whitening Treatment
  • memperbaiki kesan panahan matahari dan jeragat pada kulit
  • likoris dan peony mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • cat claw menegangkan kulit
  • Vitamin C memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah

Ultimate Protection Whitening Lotion
  • mulberi mencegah kerosakan kulit
  • mountain arnica menghilangkan radang kulit 
  • bertindak sebagai pelembab kulit
  • melindungi dari kesan cahaya matahari
  • membina ketahanan kulit dari pencemaran sekitar

Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
  • memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit semasa tidur
  • linden melembabkan kulit
  • scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah


Tapi kan, pakai set nutriwhite ni memang best. Baunya wangi dan segar sebab dihasilkan dari bahan2 semulajadi berasaskan bunga-bungaan dan pelbagai jenis berry. Sapu dekat muka tu, rasa macam sedap jer. Heeee heee!!!  


Lebih cepat berkesannya apabila ada penjagaan dari dalam dengan mengambil supplement saperti Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder atau susu soya ESP.  So kalau uoll nak beli mana2 produk dan nak dapatkan khidmat nasihat mengenainya, sila contact Kak As. Nanti Kak As berikan jadual pemakaian produk atau pemakanan supplement tu yer. 


Friday 19 September 2014

Penjagaan Kulit - Cara Kak As

Dah 3 bulan Kak As pakai Nutriwhite ni ... tak habis2 lagi. Ambil seco'et jer, bubuh atas tapak tangan, bubuh air sikit, gosok2 sampai berbuih terus bubuh kat muka.

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
Buat pusingan circular, alah gosok dalam pusingan bulat2 tu, mula2 kat pipi, dahi, dagu, tepi2 anak rambut, tepi2 hidung. Kira bagi puas hatilah semua kawasan kena cuci sempurna.  Tapi jangan gosok kuat2 sangat, nanti kulit muka cepat kedut ... hahahah ini baru kes teraniaya, niat nak cantik gebu, terus dapat kulit kedut!!!


Lepas tu bilas dengan air biasa jer. Ada yang suka lap dengan sponge basah buang sabun2 tu. lepas tu guna sponge basah yang bersih untuk bilas muka.  Tapi Kak As lebih suka cara santai ... bilas terus air ke muka. Rasa freshhhh sangat2.


Seterusnya lap muka dengan tuala kering yang bersih. Tapi Kak As tau, ramai jer yang lap dengan tuala mandi kan?? ha .. tengok tu, muka senyum2 kelat nak nafikan.  Tak kisahlah, cuma bimbang tuala yang lap badan tu mungkin akan mengotorkan balik wajah yang dah dicuci bersih2 tadi. Maklumlah, tuala mandi tu kita guna lap rambut, lap kaki, lap celah2 semua ... syyyy!!!

Masa mengelap tu, tekap2 jer kat muka pelan2. Tak perlu gosok kuat2 macam uoll lap rambut. Fuhhh!! boleh punah sel2 halus di kulit muka tu nanti.

Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener (toner)

Dah selesai mengelap tu, bolehlah guna kapas untuk bubuh toner. Hrmmm segar sungguh rasa muka waktu ni. Lepas tu pilihlah moisturizer yang sesuai ... kalau siang jenis lain, waktu malam pulak jenis lain.  Simple jer peraturan asas menjaga kulit. Tapi kita selalu malas kan? Macam Kak As pun sama juga, kadang2 missed toner dengan moisturizer tu terutama bila sibuk.


Apa kata kita pakat2 konsisten lepas ni.  Nak kulit sihat dan cantik kan??

Tuesday 16 September 2014

Kenapa LEMON???

Beberapa hari Kak As dok berkawan dengan Mister Google dok cari maklumat mengenai pemakanan yang baik untuk mereka yang disyaki menghidap masalah hati/liver.

Daripada beberapa artikel yang Kak As baca, tak sangka kebanyakannya menyarankan untuk mengamalkan LEMON sebagai makanan/minuman harian.  Mengapa LEMON??


Lemon mengandungi pelbagai nutrient seperti Vitamin C, B Complex, kalsium, iron, magnesium, potassium dan fiber. jadi dari pembacaan Kak As, selain daripada menjaga kesihatan hati, lemon juga ada pelbagai kebaikan yang melimpah-ruah. Teringat pulak pada iklan yg terkenal tusatu masa dulu "Beribu-ribu lemon!!!!"

Berikut ialah beberapa kebaikan lemon :

Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Lemon yang kaya dengan Vitamin C sangat penting untuk membantu meningkatkan sistem imun yang mempengaruhi kesihatan keseluruhan tubuh kita.

Sumber Utama Potassium

Potassium yang mencukupi amat perlu untuk kesihatan otak, jantung dan saraf.

Membantu Penghadaman

Mengurangkan simptom ketidak-hadaman saperti kembung perut, sendawa tanpa henti, gastrik dan pedih hati. Cuba minum segelas sebaik sahaja bangun dari tidor


Meningkatkan Sistem Pembersihan Tubuh/Detoks

Mengeluarkan toksin dari tubuh dengan melancarkan fungsi enzim hempedu dan hati. Lemon juga baik untuk membersihkan hati, buahpinggang dan darah.  Hati yang bekerja keras untuk perkumuhan dan penapisan darah, sentiasa dipenuhi pelbagai toksin dan radikal bebas yang perlu dinyah dari tubuh.  Hati yang sihat akan menyebabkan kita juga berasa lebih sihat dan bertenaga

Menyegarkan Nafas

Nafas yang segar adalah berkaitan dengan sistem penghadaman yang sihat. Lemon mengandungi ciri2 antioksida dan antiseptik yang mengurangkan bau badan

Mengurangkan Keasidan Tubuh

Tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan berasid yang tinggi. Ini merupakan punca kepada pelbagai masalah kesihatan.  Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon akan membekalkan alkali di dalam tubuh dan mengurangkan kandungan asid.

Membantu Memerangi Jangkitan

Minum lemon suam akan membantu mengatasi masalah jangkitan virus dan sakit tekak.    Malah ia juga membantu mengurangkan lendir dan kahak. Lemon yang tinggi kandungan Vitamin C mampu meningkatkan sistem imun seseorang.

Meningkatkan Tenaga

Apabila cecair lemon memasuki sistem penghadaman tubuh, ia akan membekalkan tenaga.  Ia juga membantu mengurangkan keresahan dan rasa tertekan (malah bauan lemon mampu menenangkan emosi seseorang)

Mengurangkan Kekejangan

Apabila tubuh beralkali, secara berterusan ia akan mengurangkan jumlah asid urik di dalam tubuh. Lebihan asid urik adalah penyebab kepada masalah kekejangan dan kesakitan sendi dan saraf.


Mengurangkan Berat Badan

Lemon mengandungi pectin fiber yang membantu mengurangkan selera makan.  Malah ia juga boleh membantu memecahkan lemak2 degil dan mengurangkan berat badan.

Mencantikkan Kulit Wajah

Nilai antioksidan dan Vitamin C dalam lemon bukan sahaja mengurangkan tanda2 cela di wajah, malah mengurangkan kedut!!!  Ini yang nak beli lemon2 banyak2 ni ... hehehehe

Baik Untuk Perkumuhan

Apabila diamalkan, lemon mampu mengatasi masalah sembelit.

Mempertahan Tubuh Dari Kanser

Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa lemon mempunyai Limonoid Glucoside iaitu sejenis flavonoid yang mampu membantu tubuh daripada serangan sel2 kanser. Kita berusaha, Allah jua yang menyembuh dan memelihara kita dari musibah merbahaya ini

**  walau bagaimanapun,  tidaklah digalakkan menggosok gigi selepas minum lemon, kerana dikhuatiri menyebabkan kerosakan gigi!! Untuk menyelamatkan hakisan enamel gigi, disarankan gosok gigi dulu baru minum lemon.  Atau ikut cara Kak As, minum lemon menggunakan straw, air terus jer masuk ke tekak tanpa menyentuh gigi.


Rasanya banyak lagi khasiat yang tak sempat Kak As catatkan.  Tapi eloklah kita cuba amalkan.  Kak As baru beli lemon di market pagi tadi, sebiji harganya RM1. Potong 2 atau 3 hirisan dan rendamkan dalam gelas berisi air suam.  Jadikan minuman dari pagi sampai ke malam seolah2 kita minum air kosong.

Kak As suka minum macam tu jer.  Takat 2 atau 3 hirisan, tak masam sangatlah. Tapi kalau nak campur madu pun boleh, tapi pastikan madu asli lah, bukan madu bercampur gula pasir. Atau campur aje dengan setitik stevia. Stevia merupakan bahan pemanis dari tumbuhan yang baik untuk kesihatan. Klau nak, boleh ajer oder dengan Kak As ... selit promosi, hehehehe.


Begitu Maha Pemurahnya Allah. Semua benda yang dijadikan ada khasiatnya. Nanti2 Kak As try cari resipi2 makanan atau minuman yang menggunakan lemon sebagai bahan penyedap yang berkhasiat. Sebelum tu kita mulakan dengan minum rendaman lemon dulu ekk.

  1. Nutrition Facts
    Lemon
    Amount Per 1 fruit (2-1/8" dia) (58 g)
    Calories 17
  2. % Daily Value*
    Total Fat 0.2 g0%
    Saturated fat 0 g0%
    Polyunsaturated fat 0.1 g
    Monounsaturated fat 0 g
    Cholesterol 0 mg0%
    Sodium 1 mg0%
    Potassium 80 mg2%
    Total Carbohydrate 5 g1%
    Dietary fiber 1.6 g6%
    Sugar 1.4 g
    Protein 0.6 g1%
    Vitamin A0%Vitamin C51%
    Calcium1%Iron2%
    Vitamin D0%Vitamin B-60%
    Vitamin B-120%Magnesium1%
    *Percent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
Feedback
Sources include: USDA