Tuesday 16 September 2014

Kenapa LEMON???

Beberapa hari Kak As dok berkawan dengan Mister Google dok cari maklumat mengenai pemakanan yang baik untuk mereka yang disyaki menghidap masalah hati/liver.

Daripada beberapa artikel yang Kak As baca, tak sangka kebanyakannya menyarankan untuk mengamalkan LEMON sebagai makanan/minuman harian.  Mengapa LEMON??


Lemon mengandungi pelbagai nutrient seperti Vitamin C, B Complex, kalsium, iron, magnesium, potassium dan fiber. jadi dari pembacaan Kak As, selain daripada menjaga kesihatan hati, lemon juga ada pelbagai kebaikan yang melimpah-ruah. Teringat pulak pada iklan yg terkenal tusatu masa dulu "Beribu-ribu lemon!!!!"

Berikut ialah beberapa kebaikan lemon :

Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Lemon yang kaya dengan Vitamin C sangat penting untuk membantu meningkatkan sistem imun yang mempengaruhi kesihatan keseluruhan tubuh kita.

Sumber Utama Potassium

Potassium yang mencukupi amat perlu untuk kesihatan otak, jantung dan saraf.

Membantu Penghadaman

Mengurangkan simptom ketidak-hadaman saperti kembung perut, sendawa tanpa henti, gastrik dan pedih hati. Cuba minum segelas sebaik sahaja bangun dari tidor


Meningkatkan Sistem Pembersihan Tubuh/Detoks

Mengeluarkan toksin dari tubuh dengan melancarkan fungsi enzim hempedu dan hati. Lemon juga baik untuk membersihkan hati, buahpinggang dan darah.  Hati yang bekerja keras untuk perkumuhan dan penapisan darah, sentiasa dipenuhi pelbagai toksin dan radikal bebas yang perlu dinyah dari tubuh.  Hati yang sihat akan menyebabkan kita juga berasa lebih sihat dan bertenaga

Menyegarkan Nafas

Nafas yang segar adalah berkaitan dengan sistem penghadaman yang sihat. Lemon mengandungi ciri2 antioksida dan antiseptik yang mengurangkan bau badan

Mengurangkan Keasidan Tubuh

Tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan berasid yang tinggi. Ini merupakan punca kepada pelbagai masalah kesihatan.  Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon akan membekalkan alkali di dalam tubuh dan mengurangkan kandungan asid.

Membantu Memerangi Jangkitan

Minum lemon suam akan membantu mengatasi masalah jangkitan virus dan sakit tekak.    Malah ia juga membantu mengurangkan lendir dan kahak. Lemon yang tinggi kandungan Vitamin C mampu meningkatkan sistem imun seseorang.

Meningkatkan Tenaga

Apabila cecair lemon memasuki sistem penghadaman tubuh, ia akan membekalkan tenaga.  Ia juga membantu mengurangkan keresahan dan rasa tertekan (malah bauan lemon mampu menenangkan emosi seseorang)

Mengurangkan Kekejangan

Apabila tubuh beralkali, secara berterusan ia akan mengurangkan jumlah asid urik di dalam tubuh. Lebihan asid urik adalah penyebab kepada masalah kekejangan dan kesakitan sendi dan saraf.


Mengurangkan Berat Badan

Lemon mengandungi pectin fiber yang membantu mengurangkan selera makan.  Malah ia juga boleh membantu memecahkan lemak2 degil dan mengurangkan berat badan.

Mencantikkan Kulit Wajah

Nilai antioksidan dan Vitamin C dalam lemon bukan sahaja mengurangkan tanda2 cela di wajah, malah mengurangkan kedut!!!  Ini yang nak beli lemon2 banyak2 ni ... hehehehe

Baik Untuk Perkumuhan

Apabila diamalkan, lemon mampu mengatasi masalah sembelit.

Mempertahan Tubuh Dari Kanser

Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa lemon mempunyai Limonoid Glucoside iaitu sejenis flavonoid yang mampu membantu tubuh daripada serangan sel2 kanser. Kita berusaha, Allah jua yang menyembuh dan memelihara kita dari musibah merbahaya ini

**  walau bagaimanapun,  tidaklah digalakkan menggosok gigi selepas minum lemon, kerana dikhuatiri menyebabkan kerosakan gigi!! Untuk menyelamatkan hakisan enamel gigi, disarankan gosok gigi dulu baru minum lemon.  Atau ikut cara Kak As, minum lemon menggunakan straw, air terus jer masuk ke tekak tanpa menyentuh gigi.


Rasanya banyak lagi khasiat yang tak sempat Kak As catatkan.  Tapi eloklah kita cuba amalkan.  Kak As baru beli lemon di market pagi tadi, sebiji harganya RM1. Potong 2 atau 3 hirisan dan rendamkan dalam gelas berisi air suam.  Jadikan minuman dari pagi sampai ke malam seolah2 kita minum air kosong.

Kak As suka minum macam tu jer.  Takat 2 atau 3 hirisan, tak masam sangatlah. Tapi kalau nak campur madu pun boleh, tapi pastikan madu asli lah, bukan madu bercampur gula pasir. Atau campur aje dengan setitik stevia. Stevia merupakan bahan pemanis dari tumbuhan yang baik untuk kesihatan. Klau nak, boleh ajer oder dengan Kak As ... selit promosi, hehehehe.


Begitu Maha Pemurahnya Allah. Semua benda yang dijadikan ada khasiatnya. Nanti2 Kak As try cari resipi2 makanan atau minuman yang menggunakan lemon sebagai bahan penyedap yang berkhasiat. Sebelum tu kita mulakan dengan minum rendaman lemon dulu ekk.

  1. Nutrition Facts
    Lemon
    Amount Per 1 fruit (2-1/8" dia) (58 g)
    Calories 17
  2. % Daily Value*
    Total Fat 0.2 g0%
    Saturated fat 0 g0%
    Polyunsaturated fat 0.1 g
    Monounsaturated fat 0 g
    Cholesterol 0 mg0%
    Sodium 1 mg0%
    Potassium 80 mg2%
    Total Carbohydrate 5 g1%
    Dietary fiber 1.6 g6%
    Sugar 1.4 g
    Protein 0.6 g1%
    Vitamin A0%Vitamin C51%
    Calcium1%Iron2%
    Vitamin D0%Vitamin B-60%
    Vitamin B-120%Magnesium1%
    *Percent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
Feedback
Sources include: USDA