Friday 30 May 2014

CERITA MINYAK IKAN LAGI!!!

Okay Kak As nak sambung lagi cerita minyak ikan.

Memang banyak nak cerita ... sebab Kak As membesar bersama minyak ikan. Dan Kak As pun peminat ikan terutama ikan cencaru belah belakang dan kari kepala ikan ikan jenahak (hujan2 ni terasa lapar nak mencicah roti benggali dengan kari  le pulokk)


Sekarang ni ramai yang jadikan minyak ikan sebagai supplement wajib untuk seisi keluarga.  Nak tau kenapa??
  • Minyak ikan membantu menurunkan trigliserida dan kolesterol, mencegah pengerasan arteri dan mencegah kelainan kadar degupan jantung 
  • Omega 3 membantu menjaga sel-sel supaya sentiasa sihat dan normal dan mengelak dari bermutasi menjadi tumor kanser (terutama kanser payudara, usus dan prostat)
  • Kehadiran EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) membantu mengawal kolesterol dalam darah.
  • Pengambilan minyak ikan secara berterusan dan teratur dapat menyembuhkan hipertensi dan sangat berkesan untuk mengatasi masalah obesiti.
  • Penggunaan bagi tempoh jangka panjang dari minyak berkesan untuk mengurang dan mencegah kesakitan akibat artritis.
  • Omega-3 menawarkan perlindungan terhadap degenerasi makula (AMD) dari mata dan juga mengurangkan sindrom mata kering.
  • Minyak ikan membantu mengurangkan risiko penyakit saraf saperti demensia dan Alzheimer.
  • Omega 3 membantu mengekalkan kelembapan kulit, menghasilkan kolagen, meredakan peradangan kulit dan meremajakan wajah (awet muda).
  • Kadar protein dalam minyak ikan membantu pertumbuhan rambut yang kuat dan sihat.
  • Omega-3 memiliki anti inflamasi yang membantu menurunkan tekanan darah. Peredaran darah akan lebih lancar ke seluruh tubuh dan mengurangkan  tekanan kepada jantung.
  • Ini membantu mengurangi serangan asma dan membantu untuk bernafas dengan lebih mudah.
  • Omega-3 di dalam minyak ikan mengatur keseimbangan mineral dalam tulang dan jaringan di sekitarnya yang membantu mengekal kesihatan tulang
  • Minyak ikan baik untuk ibu hamil kerana kandungan DHA di dalamnya membantu perkembangan mata dan otak bayi, menghindari kelahiran prematur, berat badan rendah  dan risiko keguguran.
  • Minyak ikan berkesan untuk mengurangkan peradangan dalam darah, gangguan pencernaan, sindrom usus pendek dan penyakit inflamasi kronik.
  • Minyak ikan membantu meningkatkan memori dan fokus.  Aliran darah yang lancar mempengaruhi hormon dan sistem kekebalan tubuh yang akhirnya mempengaruhi fungsi otak.
  • Satu kajian menemukan bahawa minyak ikan dapat mencegah peradangan pada sel-sel lemak. Peradangan sel lemak akan mewujudkan resistensi insulin yang seterusnya  mengakibatkan berlaku diabetesType 2.


CERITA MINYAK IKAN !!!

Apa kenangan uoll dgn minyak ikan?

Kak As ingat masa kecik2 dulu cukup susah hati kalau Emak Kak As nak bagi makan minyak ikan. Waktu tu minyak ikan tu dalam bentuk cecair warna putih macam susu. Pekat sangat. Yang paling tak tahan baunya. Memang bau ikan, hanyirrr ... rasa nak termuntah.


Adik2 Kak As lebih beruntung. Masa mereka membesar dah ada minyak ikan perisa oren. Klau tak silap haliborange kut nama dia. Rasa pun dah boleh tahan sedapnya. Bau hanyir pun dah kurang sebab ada bau oren. Sedap2 pun kami memang liat nak minum. jenuh kena kejar dengan Emak ... hehehe!. Memang supplement bentuk cecair kurang popular dekat family Kak As.

Lagipun kalau bentuk cecair ni nak kena simpan dalam peti sejuk. Kalau pergi makan angin mana2 memang cuti la tak minum minyak ikan sebab memang leceh nak bawak.  Bayangkan botol minyak ikan tu pecah dalam beg baju .... yukkkerk!!!


Alhamdulillah berkat usaha Emak dan Bapa yg berfikiran jauh masa tu utk jaga kesihatan anak2, kami semua sihat walafiat semasa kecik. Jarang lah nak demam, batuk dan selsema, walaupun kami minat main hujan. Main dekat paya dan lopak pun masih sihat, kulit pun tak berkudis.

Cuma bila dah meningkat remaja dan tinggal jauh dari Emak dan Bapa, amalan mengambil minyak ikan ni terhenti terus. Sebab macam Kak As cakap tadi lah leceh nak angkut botol tu. Lagipun Emak tak ada kat asrama untuk bebelkan kami .... kehkehkeh.

Kesiannya kat anak2 Kak As. Semasa mereka kecil dulu Kak As tak bertegas sangat untuk mereka ambil minyak ikan ni, jadi tu lah mudah sangat terkena selsema, penglihatan mudah kabur (semua pakai spek), mudah lenguh badan dan macam2 komplen lagi.



Tak per, better late than never!!! Mulai hari ni Kak As nak bagi mereka minyak ikan Omega Guard Shaklee. Mudah jer nak makan. Cantik pulak tu diisi dalam kapsul gel lembut warna keemasan. Yg penting takder le bau hanyir tu!!!