Thursday 10 July 2014

Diabetes/Kencing Manis ... Bukanlah Sesuatu Manis Untuk Dihidapi

Untuk hari ini Kak As nak fokus kepada keperluan membeli Vivix untuk membantu ibubapa, saudaramara atau sahabat kita yang mengidap diabetes.



Mula2 jom kita kenali apa itu diabetes. Diabetes mellitus atau kencing manis terbahagi kepada beberapa kategori :

Type I  -  iaitu diabetes di mana pesakitnya bergantung kpd insulin.  Pesakit ini perlu sentiasa menerima suntikan insulin. Diabetes jenis ini biasanya berpunca dpd masalah genetik di mana seseorang dilahirkan dgn pankreas yg tidak boleh menghasilkan insulin semulajadi yg mencukupi utk menukar glukosa kpd tenaga. Diabetes jenis ini juga berlaku apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas yang berfungsi menghasilkan insulin secara semulajadi.


Type II  -  pesakit diabetes jenis ini adalah bebas insulin,  di mana badan menghadapi RINTANGAN INSULIN. Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut pada permukaan membran sel utk membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel bagi digunakan oleh tubuh.

Diabetes ketika hamil  -  kebiasaannya terjadi kpd wanita hamil apabila kandungan dalam darah meningkat naik dan perlu dikawal supaya tidak mendatangkan masalah lain. Kebiasaannya selepas bersalin, wanita tersebut akan bebas dari diabetes.


Jika anda memiliki diabetes jenis apa sekalipun, itu bererti anda memiliki terlalu banyak glukosa di dalam darah.. Terlalu banyak glukosa dalam darah akan menyebabkan masalah yang serius. Glukosa yang normal sangat penting bagi kesihatan kerana merupakan sumber energi utama bagi otot dan jaringannya.

Bagaimana pula Vivix boleh membantu?

Macam dalam beberapa post Kak As sebelum ni, ada diterangkan bahawa Vivix yang dihasilkan dari Anggur Muscadine mengandungi polifenol dan resveratrol yang tinggi.


Ada dua cara resveratrol membantu pesakit diabetes:

1.  Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes.  Diabetes boleh terjadi apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin. Ini menyebabkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah.

Pengambilan resveratrol oleh tubuh akan meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin dan seterusnya mampu mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

2.  Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim yg dikenali sebagai enzim SIRT1 akan diaktifkan oleh resveratrol. Enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Sila maklum yer, Kak As sarankan Vivix diambil sebagai makanan tambahan. Ianya bukan ubat dan tidak boleh diambil menggantikan ubatan yang disarankan oleh doktor2. Vivix dan ubatan doktor mempunyai fungsinya yang tersendiri tetapi saling melengkapi.