Bila sebut kita yang pertama di dunia mesti kita jadi megah giler kan?? Ya lah, peneraju di dunia, sebelum oranglain buat, kita dah buat dulu. Hebat benar tu!!
Itulah yang Kak As nak cerita hari ni. Tentang VITALEA - multivitamin keluaran Shaklee.
Pada tahun 1915, Dr Forrest C. Shaklee telah memperkenalkan Vitalized Minerals. Setelah beberapa ketika, hasil dari peningkatan teknologi dan inovasi, Vitalized Minerals ini telah diubah bentuknya kepada tablet dan dikenali sebagai Vitalea.
Setiap tablet ini mengandungi 28 jenis vitamin dan minerals saperti Vitamin A, B, C, D, E, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik, Iodin, Kalsium, Magnesium, Zink, Boron, zat besi dan lain2 lagi. Setiap nutrisi ini adalah penting untuk membantu mengekalkan kesihatan tubuh seseorang apabila diambil secara berterusan :
- meningkatkan kesihatan dan kecergasan
- menyokong kesihatan hati, usus dan mata
- meningkatkan kesihatan tulang dan sistem imunisasi
- memberi perlindungan kepada sel daripada serangan radikal bebas
Kenapa Kak As kata Vitalea ni berbeza daripada multivitamin jenama lain yang terkenal di pasaran? Sebabnya :
- keberkesanan Vitalea adalah disokong oleh 7 kajian klinikal
- teknologi salutan mikro pada tablet Vitalea memudahkannya untuk membebaskan asid folik dan Vitamin B yang kemudiannya akan diserap oleh tubuh untuk menghasil dan memelihara sel2 baru
- Vitalea telah menjalani 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk tersebut
Tengok tu, punyalah hebatnya Vitalea ni. Dengan 2 tablet sehari secara berterusan, Vitalea direka khas untuk memenuhi keperluan seorang dewasa.
Lagipun cuba bayangkan yer. Dah 100 tahun hayat Vitalea, masih kekal di pasaran. Kenapa yer?? Sudah tentu kerana kehebatan dan keberkesanan Vitalea ini memang diperakui di seluruh dunia. Permintaan terhadap produk ini tidak pernah putus sama sekali.
Jom .... sediakan sebotol Vitalea di rumah kita untuk kesejahteraan seisi rumah. Insyaallah.
0 comments:
Post a Comment