Sunday 20 July 2014

Makanan dan Diet Pesakit Kanser

Apabila seseorang itu memaklumkan bahawa dia disahkan menghidap kanser, serta-merta dia akan mendapat khidmat nasihat dari kenalan mengenai diet yang perlu dipatuhi dan dielakkan. Sebenarnya kenalan tu semua berniat baik, tetapi samada nasihatnya itu patut dipatuhi atau sebaliknya ... perlukan sedikit pengetahuan dan nasihat pakar perubatan.



Berdasarkan keada artikel "Food For Thought" dari akhbar Sunday Star bertarikh 13 Julai 2014 terdapat beberapa fakta yang boleh dijadikan panduan.  Maklumat ni berguna kalau kita adalah pesakit kanser atau mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser.

Menurut Pakar Onkologi Dr Ravindran Kanesvaran, 20-30% kanser berpunca dari pemakanan. Contohnya pengambilan alkohol yang berlebihan meningkatkan risiko kanser mulut, tekak (pharynx), kotak suara (larynx), usus, hati dan payudara (tapi kita orang Islam ni tak teringin langsung nak tempoh minuman beralkohol ni ... nauzubillah).


Obesiti pulak meningkatkan risiko mendapat kanser di sekitar perut dan usus, payudara (selepas menopos), buah pinggang, tiroid, dan lain2 organ juga.

Terdapat terlalu sedikit bukti yang mengaitkan peranan buah2an dan sayur2an dengan penurunan risiko kanser. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang kuat bahawa LYCOPENE, yang merupakan sumber KAROTENOID yang diperolehi dari tomato berupaya melindungi dari kanser prostate.  "Pengambilan buah2an dan sayur2an tidak mengurangkan risiko kanser, tetapi berupaya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular", kata Dr Ravindran.  So teruskanlah memakan buah2an dan sayur2an dalam diet harian, tetap ada kebaikannya kan.



Walaupun tidak terdapat bukti yang kukuh pengambilan lemak berlebihan meningkatkan risiko kanser, tetapi risikonya jelas kepada penyakit kardiovaskular. Jadi seeloknya kawallah pengambilan lemak, di samping dapat mengurangkan masalah obesiti.

Terdapat beberapa kajian yang  jelas mengaitkan pengambilan daging merah yang banyak akan meningkatkan risiko kanser saluran perut.  Jadi buat peminat2 daging merah ... mulai sekarang eloklah dikurangkan pengambilannya.  Tapi daging merah ni sumber protin yang utama juga. Mungkin dah tiba masanya untuk kita mencari alternatif kepada sumber protin haiwan.

Juga berhati2 dengan pengambilan gula. Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan hyperinsulinaemia (pengeluaran berlebihan hormon insulin) yang berkemungkinan akan meningkatkan risiko kanser terutama hati dan pankreas.



Kajian oleh American Women's Health Initiative menunjukkkan bahawa pengambilan Kalsium dan Vitamin D secara signifikannya membantu mengurangkan risiko kanser payudara antara 14-20%. Cuma pengambilan secara berlebihan tidak akan memberi sebarang manafaat. Kalau memang dah minum susu tinggi kalsium, dah ambil sayur2an tinggi kandungan Vitamin D dalam kuantiti yang mencukupi untuk keperluan harian, dan dengan cara memasak yang sesuai ... ianya adalah memadai untuk memenuhi diet harian kita.


Dr Ravindran memaklumkan pesakit2 kanser terutama yang menjalani rawatan pencegahan kanser memerlukan lebih kalori dalam diet harian.  Justeru itu peakit perlu berhati2 dengan amalan pantang dalam pemakanan.  Pesakit perlu mengambil protin yang mencukupi untuk mengelakkan anaemia, kehilangan otot, oedema dll masalah kesihatan.

Jika seseorang pesakit mengelak pengambil sesuatu makanan sumber nutrient, dia perlu menggantikan dengan sumber yang lain supaya tubuh mendapat nutrient yang lengkap dan seimbang.  Contohnya jika pesakit mengelak sumber protin dalam daging merah, gantikan dengan sumber protin dalam ikan, ayam atau kacang soya.


Yang jelas, kita makan berpada2 tapi pastikan kita tidak mengalami kekurangan zat2 penting.  Mungkin pesakit boleh mengambil beberapa jenis supplement untuk membantu mereka mengatasi kekurangan nutrient dalam tubuh.


0 comments:

Post a Comment