Saturday, 6 September 2014

Apa Jenis Kulit Muka Anda??

Kak As ni bukanlah jenis yang begitu ambil berat tentang kecantikan kulit.  Dulu2 kalau cuci muka pun pakai sabun mandi jer. Alhamdulillah kulit muka Kak As tak ada masalah besar macam jerawat atau jeragat.  Kulit pun tak kering atau berminyak, biasa2 jer. 

Tapi bila Kak As dah mula bekerja dan makan gaji, dah ada duit sendiri, mulalah Kak As nak mengikut peredaran waktu. Masa tu beberapa jenama terkenal sedang rancak di pasaran. Semua jenis penglupasan kulit. Tengok gambar model2 produk kecantikan tu hati Kak As jadi cemburu. Punya lah licin, macam telur dikupas kulitnya.



Kak As mulakan dengan jenama A, bertahan 3 bulan. Kulit Kak As jadi rosak.  Muka merah macam terbakar dan pedihhh sangat.  Bila dah pulih, tinggallah parut kehitaman. Tak puashati Kak As try pulak jenama B, seterusnya jenama C.  Memang semuanya merosakkan kulit Kak As. Sedih!!!! Kulit yang dulunya tak ada masalah, akhirnya rosak akibat kesalahan sendiri.

Jadi pendapat Kak As, sebelum kita mencuba apa2 produk pun, pastikan kita tahu jenis kulit kita. Selepas itu barulah kita pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah kita.

Jenis2 kulit wajah :

1.  Kulit Normal
2.  Kulit Kering
3.  Kulit Berminyak
4.  Kulit Kombinasi
5.  Kulit Bermasaalah
6.  Kulit Sensitif

KULIT NORMAL
Kulit jenis normal atau biasa selalunya kelihatan halus dan bersih - seumpama kulit bayi. Penjagaan kulit sebegini seharusnya tidak begitu melampau sehingga mungkin merosakkannya.



KULIT KERING

Kulit kering kebiasaannya akibat dari kekurangan minyak atau kelembapan semulajadi dalam kulit. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi dengan buih berlebihan), kurang minum air dalam badan dan kesan pengambilan sesetengah ubat (Roaccutane).

Masalah yang biasa dihadapi oleh mereka berkulit kering adalah:
  • Mudah wujud kedut atau garis2 halus di wajah
  • Bintik2 hitam (freckles)
  • Whitehead (Milia Seed)
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Kulit muka kering dan kusam

KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak kebiasaannya dipenuhi oleh pori2 terbuka. Pori2 ini mudah tersumbat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.  Akibatnya kulit menjadi tidak sihat dan timbul jerawat yang banyak. Faktor hormon tidak seimbang (terutama bagi remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi dan berminyak juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah yang sering dihadapi mereka yang kulit berminyak adalah:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit yang bersesuaian harus diamalkan supaya kulit kekal bersih dan gebu. Walau bagaimanapun, keadaan kulit boleh bertukar2, bergantung pada cara penjagaan kulit, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan tahap keseimbangan hormon.


Masalah mereka berkulit kombinasi adalah :
  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering di beberapa bahagian
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead (Milia Seed)
KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon terutama di kalangan remaja merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Apabila pori2 di wajah mengeluarkan minyak berlebihan, ia akan merangsang pembiakan bakteria yang menggalakkan pertumbuhan jerawat. Oleh itu, pembersihan kulit yang teratur dan sempurna amatlah perlu. Remaja perempuan pula sering mengalami ketidakseimbangan hormon semasa kitaran haid bulanan yang menyebabkan munculnya jerawat di sekitar mulut, dagu dan dahi. walaupun masalah ini bersifat sementara, pembersihan kulit yang sempurna perlu diamalkan.

Masalah kulit yang akan dihadapi  adalah :
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka


KULIT SENSITIF
Kulit sensitif sangat peka terhadap rangsangan faktor luar seperti perubahan cuaca, alahan kepada bahan kimia (pencuci muka atau alat solek), persekitaran tempat tinggal atau tempat kerja yang tidak sesuai, menghadapi tekanan emosi, pengambilan makanan tertentu dan sebagainya.  mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu peka terhadap faktor penyebab ini dan berusaha mengelakkannya. .

Masalah apabila kulit sensitif adalah :
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.


Pesan utama Kak As, kalau menghadapi semua masalah di atas terutama kulit bermasalah dan kulit sensitif, sebaiknya berjumpa pakar kulit.  Juga elakkan menggunakan produk2 kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate

Wednesday, 27 August 2014

Resipi Orang Dalam Pantang

Hari ni Kak As banyak meronda kat FB. Jumpa macam2 artikel menarik untuk dikongsi dengan uolls.  Antaranya resipi untuk orang2 yang baru bersalin, dalam pantang.


Memang masyarakat Melayu ni terkenal dengan kuat berpantangnya. Macam Kak As dulu betul2 stress masa dalam pantang, minum air banyak tak boleh, makan sayur tak boleh.  Takut angin le, takut kembang urat le ... tapi bila kita menyusu badan, kita jadi dahaga sangat. Bila tak makan sayur kita dapat sembelit.  Disebabkan Emak bersusahpayah menjaga Kak As semasa dalam pantang, terpaksalah Kak As ikut jer  pantang-larang tu kerana bimbang melawan cakap Emak. Kak As diam dan patuh aje lah. Alhamdulillah, itu kisah bertahun2 yang lalu ... dah jadi kenangan silam kihkihkih!!!

Ok jom kita tengok resipi orang berpantang. Kalau bukan pantang bersalin pun, kalau teringin nak mencuba apa salahnya. Cuma satu pesan Kak As, pastikan makan dengan nasi panas2 ... hrmm mesti berselera.


************************************************************************************************

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam
Cara-cara:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
Cara-cara:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dihiris.

Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:

  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak


Cara-cara:

Goreng ikan bilis hingga ranggup
Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:

  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam


Cara-cara:

Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:

  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang
Cara-cara:
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:

  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa


Cara-cara:

Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air
Cara-cara:
Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
Panggang ayam
Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
Bahan B
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)


Cara-cara:

Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan B, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
Bila dah pekat, boleh disiram ke atas ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
Cara-cara:
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah
Cara-cara:
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE 

kredit Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Tuesday, 26 August 2014

GLA 6 + 1 - maklumat berkaitan Cyst

Salam buat sahabat2 Kak As semua,
Hari ni Kak As nak share satu artikel yang Kak As baca di Facebook pagi ni. Sangat berkaitan dengan artikel Kak As sebelum ni mengenai masalah kaum wanita.
Kredit kepada pemilik artikel tu Rahsia Hawa.
Jom kita baca. Apa yang patut kita elakkan, apa yang patut kita amalkan. Semoga usaha kita mendapat bantuan dari Allah.
oppp .... sebelum tu, promosi GLA 6 + 1 akan berakhir pada 31 Ogos ni. 31 Ogos tu Hari Merdeka, public holiday kan?? So sapa2 yang nak order tu, boleh contact Kak As segera.  

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.


Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.

Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.

Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) Kawal pemakanan

Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.


Berikut adalah maklumat tambahan Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/ Adenomyosis/ Fibroid/ Cyst/ PCOS 

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
DIGALAKKAN PENGAMBILAN :
  • Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
  • Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
  • Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
  • Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
  • Buah-buahan - Nenas & betik
  • Ubi kayu
  • Sup miso (sejenis pes yg dibuat dari kacang soya yg diperam dicampur ke dlm sup utk dijadikan miso sup)
  • Teh hijau

ELAKKAN/KURANGKAN PENGAMBILAN :
  • Daging merah (kambing & lembu)
  • Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
  • Produk tenusu seperti keju
  • Ikan haruan
  • Gamat
  • Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
  • Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
  • Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
  • Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
  • Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
  • Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst


BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.



ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Friday, 22 August 2014

GLA dan masalah kesuburan

Sekarang dah mula musim kenduri. Tiap2 minggu Kak As terima banyak jemputan. Jemputan rumah terbuka belum selesai, dah disambung dengan jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, aman makmur rakyat Malaysia ni.


Tahun depan mungkin dapat pulak jemputan majlis kesyukuran menyambut bayi, ada aqiqah, ada cukur jambul. Tapi semudah itu ker dapat baby? tahun ni kahwin, tahun depan dapat baby?? Tidak!!! sekarang ni kita tengok begitu banyak pasangan mengalami masalah kesuburan. Dah kahwin bertahun2 belum dapat cahaya mata.


Kenapa masalah ini berlaku?  Ada banyak faktor dikaitkan dengan masalah kesuburan ni. Perlu kita ingat yer, masalah kesuburan bukan melibatkan perempuan jer, tetapi juga lelaki. Jangan jadikan masalah lambat dapat baby sebagai alasan utk lelaki nak menikah lagi. Jomm sama2 pergi jumpa pakar sakit puan, tengok siapa yang sedang menghadapi masalah kesuburan, isteri atau suami? Lepas itu, berusahalah untuk mengatasi masalah tersebut. Jangan suka cari jalan pintas.

Kenapa masalah ini berlaku?? Maaf kali kedua tanya soalan ni, sebab kali pertama tadi tak sempat jawab dah membebel ke lain pulak .... hehehheeh maaf yer. Okay berikut ialah antara punca2nya :

Pihak Suami

Masalah gangguan genetik seperti cystic fibrosis yang menyebabkan lelaki kurang subur.

Gangguan hormon yang boleh menghalang penghasilan sperma yang mencukupi.

Masalah pembengkakan pembuluh darah vena yang terletak di bahagian atas dan kiri buah zakar

Sumbatan saluran sperma yang menyebabkan sperma tidak dapat bergerak lancar

Masalah kesihatan yang menyebabkan berlaku infeksi pada alat kelamin lelaki

Masalah mati pucuk disebabkan kerosakan pembuluh darah atau saraf pada alat kelamin lelaki

Merokok boleh menyebabkan kemandulan pada sesetengah lelaki kerana nikotin dalam rokok mengganggu kepekatan darah

Pengambilan alkohol secara berlebihan akan menurunkan kadar hormon testoron yang akan mengganggu penghasilan sperma

Terdapat beberapa jenis ubat seperti antibiotik, ubat penahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki

Mengidap beberapa penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit saraf yang mempengaruhi kesihatan tubuh untuk menghasilkan sperma yang sihat


Pihak Isteri


Berlaku penyumbatan pada saluran telur yang menghalang sperma masuk ke dalam rahim wanita
Berlaku endometriosis di mana cecair rahim mengganggu laluan saluran telur dan organ pembiakan yang lainnya
Kelainan pada lendir leher rahim - lendir yang pekat mampu menghalang pergerakan sperma, lendir yang berasid mampu melemah atau mematikan sperma
Berat badan yang tidak normal mampu mempengaruhi pengeluaran hormon estrogen
Faktor usia juga mampu mepengaruhi kesuburan seseorang. Selepas usia 35 tahun, tahap kesuburan wanita semakin menurun di mana semakin sedikit sel2 telur yang dihasilkan
Gaya hidup tidak sihat seperti sentiasa menghadapi tekanan boleh mengganggu penghasilan telur yang sihat
Kelainan rahim dan mulut rahim juga mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil
Menghidap penyakit berkaitan hormon atau alat pembiakan wanita seperti senggugut, cyst, barah, fibroid dan sebagainya
Masalah ketiadaan haid
***************************************************
So banyak sekali penyebab ketidaksuburan suami isteri ni.  Bagi yang menghadapi masalah seperti ini sebaiknya mendapatkan khidmat pakar sakit puan bagi mengenalpasti punca sebenar ketidaksuburan itu. Ada masalah yang yang boleh diselesaikan dengan mengambil ubat atau supplement, dan ada pula yang perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan keadaan.


Di Shaklee terdapat beberapa supplement yang dicadangkan untuk memperbaiki masalah yang melibatkan hormon. Supplement paling best ialah GLA.

Nanti untuk artikel akan datang Kak As nak cerita tentang GLA dan beberapa supplement lain yang dapat membantu masalah kesuburan ini. Tungguuuuu!!!!