Latest Posts

Saturday, 3 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 & SALAM MAULIDUR RASUL.

Salam sayang buat adik2 Kak As semua.  Jangan marah yer, lama sungguh Kak As tak bercerita ceriti di sini.  Kenapa???  Biarlah rahsia .... cewahhhh!!

Okay dah masuk tahun baru ni, kita mulakan semuanya baru.  Semangat baru, tenaga baru, perancangan baru, tindakan baru, pendek kata semua barulah .... brand new belaka.  Tapi jangan pulak buang yang lama tu. Yang lama adalah pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna.  Yang baik kita jadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Insyaallah lepas ni Kak As tak nak culas2 dah.  Kak As akan menulis dan terus menulis, berkongsi macam2 cerita dan info dengan uolls. Biar sampai uolls pitam nak baca macam2. Hihihihi ... ni kira azam tahun 2015 Kak As le ni.


Ok sebelum terlambat (ari ni dah hari ke-3 tahun 2015), Kak As ingin mengucapkan selamat tahun baru 2015. Semoga kita semua lebih sukses, lebih sihat, jadi manusia yang lebih baik berbanding tahun2 sebelum ni.  Aamiin.


Kak As juga mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga kita menjadi umat Nabi saw yang berjaya di dunia dan akhirat.  Aamiin.

Friday, 7 November 2014

Supplement dulu, kini dan selamanya!!!

Wah ni supplement baru ke ... dulu, kini dan selamanya??

Takder lah.  Sebetulnya Kak As nak survey apa supplement yang uolls makan dari kecil, sampai dewasa sampai ke tua. Opppps ... jangan sebut tua.  Sensitif you!!


Apa supplement yang istimewa bagi uolls yer?? Vitamin C? Kalsium? Multivitamin? Bagi Kak As tentulah minyak ikan.  Kak As dah makan minyak ikan ni sejak kecil lagi. Masa tu minyak ikan ni dijual dalam bentuk cecair, baunya punyalah hanyir. Tapi Kak As kena nganga juga bila Emak sudukan ke mulut. Kalau tak mau makan, mesti kena cubit dan leter ... aduhh!! Sebenarnya Emak sayangkan Kak As sebab dari kecil selalu jer sakit, demam dan selsema memanjang.


Lepas tu ada pula Haliborange - minyak ikan yang diadun dengan perisa oren. Walaupun  rasanya lebih sedap dan baunya lebih wangi, tapi Kak As masih tak begitu suka dengan minyak ikan.  Ohh yer lupa nak bagitau uolls, berkat usaha ikhlas Emak beri makan minyak ikan bertahun2, Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Kak As semasa di sekolah rendah. Alhamdulillah, Jarang sekali Kak As selsema atau demam, malahan cergas pulak tu (Emak kata Kak As buas ... hehehehhe).

Bila pergi sekolah menengah, Kak As duduk di asrama.  Mulalah culas nak ambil supplement walaupun Emak tak jemu2 bekalkan sebotol minyak ikan setiap kali cuti penggal.  Sampai expired dah minyak tu, tak sampai separuh pun yang Kak As minum. Last2 buang jer dalam tong sampah. Berdosanya Kak As membuang rezeki dan menipu Emak.


Begitulah hinggalah dewasa, Kak As terus tinggalkan minyak ikan. Mulalah penyakit datang satu persatu sebab kita tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Hidup pun sudah tak aktif dan penuh stress.  Zat tidak cukup dalam badan untuk menjadi pendinding serangan pelbagai virus, bakteria dan racun2 di sekeliling kita. Bukankah Allah suruh kita berusaha, tapi kita tak mau berusaha meningkatkan tahap kesihatan sendiri!!!


Mulalah Kak As kembali mencari minyak ikan bila terasa semakin hari semakin lemah sistem imun tubuh.  Kak As dah jumpa minyak ikan yang terbaik di pasaran ... Omega Guard keluaran Shaklee. Dengan mengamalkan konsep selamat, semulajadi dan berkesan, produk Shaklee ini memenuhi keperluan harian kita.  Didatangkan dalam kapsul lembut, senang sungguh nak telan 2 atau 3 kapsul serentak.

Kanak2 pun boleh telan kapsul lembut ni. Kalau masih gagal nak telan, boleh jer cucuk kapsul  tu dengan pin dan picit keluarnya minyaknya dan letakkan ke dalam sudu. Bagi Kak As minyak ikan Omega Guard ni tak lah hanyir macam2 yang dulu2 tu!!


Friday, 31 October 2014

Bayam ... bayam ... resipi bayam

Seperti dijanjikan, Kak As nak bagi uolls beberapa resipi macamana nak memasak bayam.  Senang jer sebetulnya, saja Kak As nak buat kecoh :

1.  SAYUR BAYAM MASAK AIR

  • 1 ikat bayam, tak kiralah bayam merah atau hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • sejemput ikan bilis atau udang kecil
  • garam
  • gula
  • minyak masak
  • air


  • potong bayam, asingkan daun dan batangnya. Bersihkan hingga tak ada sisa2 pasir
  • hiriskan bawang merah, bawang putih dan cili merah
  • panaskan minyak tumis bawang dan cili
  • masukkan pula udang atau ikan bilis dan kacau hingga naik bau
  • masukkan sedikit air, garam, gula dan batang bayam
  • masukkan daun bayam
  • jangan masak terlalu lama, bayam yang layu langsung tak enak!!!
Inilah cara masakan bayam yang emak Kak As selalu masak. Kuahnya kalau dihirup punyalah sedap. Masa kecik2 dulu berebut2 kami adik-beradik.

2.  SAYUR LEMAK BAYAM
  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 biji keledek oren
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • setengah cawan udang kecil
  • setengah cawan santan pekat
  • garam
  • gula 
  • air
  • potong bayam dan bersihkan
  • hiris bawang dan cili merah
  • potong keledek kecik2 dan rebus sampai hampir empuk. 
  • dalam rebusan yang sama, masukkan bawang, cili dan udang dan batang bayam (adjust air ikut keperluan kuah, kalau banyak sangat, boleh dibuang, kalau sikit sangat, tambah lagi air)
  • selepas air mendidih, masukkan bayam dan santan, kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  • masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar jangan sampai terlalu layu.
Masakan ni memang sedap, apalagi kalau ada sambal tumis udang petai. Tapi masakan bersantan ni tak boleh dimakan selalu. Sebenarnya boleh juga kalau nak guna bayam merah, tapi Kak As tak suka sebab kuahnya nampak macam air bandung!!

3.  SAYUR MANIS
  • 1 ikat bayam
  • 1 ikat kangkung
  • 5 batang kacang panjang
  • 1 biji keledek oren saiz kecil
  • 1 biji terung ungu saiz kecil
  • setengah cawan udang kecil
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu belacan
  • garam
  • gula 
  • air
  • bersihkan semua sayur, asingkan batang dengan daun bayam dan kangkung
  • potong terung, kacang panjang dan keledek kecil2 (lebihkurang 3 cm gitu)
  • tumbuk cili merah, bawang merah, belacan agak kasar2
  • jerang air secukupnya dan masukkan bahan ditumbuk serta udang segar
  • masukkan keledek dan masak hingga separuh empuk
  • masukkan terung dan kacang panjang serta batang2 bayam dan kangkung
  • sesuaikan masin dan manisnya
  • setelah terung empuk, masukkan daun bayam dan kangkung, masak sebentar sebelum diangkat
Ini lagi satu feveret Kak As. Fuhhh terangkat menghirup kuahnya yang sedap berperisa belacan tu. Tapi selalunya Kak As tak masukkan kangkung dan kacang panjang, sebab tak suka. Tapi kalau emak Kak As yang masak, semua bahan mesti lengkap macam resipi asal. Jangan cuba2 nak ubahsuai ekk.

Cukuplah 3 resipi dulu ekk. Yang ni semua resipi yang Kak As selalu masak untuk keluarga. Nanti Kak As try cari resipi lain yang menggunakan bayam dan kongsi dengan uolls di sini lagi okay.  Taaaa!!!


Wednesday, 29 October 2014

Bayam ... bayam ... bayam

Ari tu Kak As pergi shopping kat Giant. Tengok dia jual bayam RM5 untuk 3 ikat. besar2 dan nampak fresh jer bayamnya. Apa lagi Kak As angkat 3 ikat - pilih 2 bayam merah 1 bayam hijau. Memang Kak As dan keluarga peminat bayam.  Bukan sebab terpengaruh dengan kartun popeye tu, hihihi ... tapi sebab memang dari kecik Kak As dah terbiasa makan bayam.


Dulu emak Kak As tanam jer bayam kat belakang rumah. Tugas utama Kak As ialah tolong siram pokok bayam tu waktu petang2. Bila pokok tu dah besar, emak akan kutip dan masak. Memang seronok balik dari sekolah makan nasi dengan ikan goreng, kicap dan sayur bayam jer. Kak As siap hirup slurpp slurpp kuah bayam tu ... memang sedap sangat. Kak As tak pernah pun jemu makan bayam. Sekarang anak2 pun dah terikut2 suka makan bayam, sebab emak mereka selalu masak bayam ler tu hihihihi.


Cuma yang tak tahannya tu proses mencucinya.  Selepas disiang, bayam mesti dicuci beberapa kali untuk pastikan semua pasir yang terdapat pada sayur tu hilang semuanya.  kalau tengah sedap2 makan, tiba2 terkunyah pasir ... grrrr hilang selera!!!

Sebenarnya ada beberapa cara memasak sayur bayam ni. Nanti Kak As kongsikan dalam entri akan datang yekk.

Bayam sebenarnya kaya dengan Vitamin A, B, C, E dan K serta zat2 galian saperti zat besi, fosforus, kalium, kalsium, mangan dan  zink.

Sekarang Kak As nak cerita apa kelebihan sayur bayam ni.  Banyak tau :

bayam merah
  1. Pencegah Kanser Yang Berkesan. Pengambilan bayam secara kerap diharap mampu menghindari penyakit kanser. Kandungan flavanoid yang terdapat di dalam bayam didapati  berkesan untuk mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser payudara dan prostat.
  2. Nutrisi Sempurna Untuk Jantung. Gaya hidup yang tidak sihat pada masa sekarang menyebabkan kita terdedah kepada masalah jantung yang merupakan pembunuh utama di negara ini. Justeru itu, amalan memakan bayam yang mengandungi  Vitamin A dan C serta asid folat dan magnesium amatlah membantu.
  3. Peningkatan Daya Memori. Semakin meningkat usia seseorang, semakin merosot daya ingatannya. Kandungan Vitamin K yang banyak di dalam bayam mampu meningkatkan sistem saraf dan fungsi otak.
  4. bayam hijau
  5. Penglihatan Yang Lebih Baik. Bayam mengandungi Vitamin A dan Lutein (salah satu karotenoid) yang penting untuk kesihatan organ mata. Zat makanan ini  penting untuk mengatasi dan mencegah masalah penglihatan seperti katarak.
  6. Menyehatkan Organ Pencernaan. Kandungan serat yang tinggi dalam bayam sangat penting untuk kesihatan organ pencernaan dan mampu mencegah pelbagai gangguan dalam organ tersebut seperti sembelit.
  7. Sumber Antioksidan.  Kandungan Vitamin C dan E serta mangan, beta-karotin dan selenium di dalam bayam merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan penting untuk ketahanan tubuh.
  8. Membekal Nutrisi untuk Tulang dan Sendi. Kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi dalam bayam mampu menguatkan dan mengatasi masalah  tulang atau osteoporosis. 
  9. Memberi Tenaga. Bayam merupakan salah satu sayuran yang memiliki kandungan zat besi yang cukup tinggi. Kandungan zat besi ini membantu tubuh sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Kalau yang tak suka makan bayam macamana pulak??  Hrmmm ... makanlah sayur2 hijau yang lain yang banyak khasiatnya.  Kalau yang tak suka makan sayur, makanlah buah segar. Di samping itu, sokongan supplement berkualiti amat perlu untuk mendapatkan semua nutrisi penting untuk tubuh. 

Bagi produk Shaklee, kita menawarkan makanan tambahan susu soya ESP atau Meal Shakes atau tablet Vitalea (multivitamin yang lengkap).  Sila rujuk link entri sebelum ni iaitu ESP, atau Meal Shakes atau Vitalea untuk mengetahui khasiat yang terkandung dalam setiap supplement tersebut.




Nak tau lebih lanjut, contact jer Kak As.

Kita sedia membantu.

Oh yer jangan lupa, next entri Kak As nak cerita pasal resipi bayam pulak. Tunggu!!!!


Sunday, 26 October 2014

Tips memilih ikan segar - buat anakanda semua

Lepas kawin dulu, bila suami ajak balik rumah parentnya, apa yang paling menakutkan bagi uolls??Kak As paling takut kalau disuruh ke market ... hihihi. Salah satu sebabnya ialah Kak As memang tak kenal ikan. Keduanya pulak Kak As tak tau macamana nak pilih ikan yang elok.

suasana sibuk sebuah pasar ikan
Waktu tu Kak As cuma kenal ikan bawal, ikan pari, ikan cencaru dengan ikan bilis jer ... hihihi. Malu sungguh aih!!! Tapi pengalaman kerap ke market menyebabkan Kak As belajar pelan2 mengenal ikan2 ... kira sekarang dah berkenalan dengan banyak ikanlah .... ikan merah, ikan keli, ikan haruan, ikan talapia, ikan puyu, ikan siakap, ikan sebelah, ikan belut, dan macam2 lagilah.  Sekarang mudah jer bagi uolls ... kalau tak kenal jenis ikan, google je tengok gambar, nak ikan jerung, ikan paus semua ada.

sedap buat kari campur bendi dengan cili muda - nikmatt
Di samping itu Kak As juga belajar pelan2 cara beli ikan yang fresh. Untungnya duduk Penang ni, mudah dapat ikan fresh. So sekarang Kak As nak perturunlah tips macamana nak beli ikan yang fresh di market. Lepas ni anak2 semua, uolls pergi volunteer diri pada emak mertua uolls tu ... kata hari ni ceq nak pergi beli ikan di market. Mesti emak mertua uolls terpana!!! Gunakan tips yang Kak As ajar ni.  Mesti emak mertua tak sabar tunggu uolls balik dari market, nak tengok pandai ker menantu ni beli ikan fresh!!!

bakar pun sedap ... masak asam pedas pun sedapp
  • Bau - ikan fresh ni tak berbau busuk. Yang ada cuma bau hanyir yang asli dari ikan tu
  • Insang - buka insang ikan tu. Ikan fresh insangnya berwarna merah segar. Ikan lama berwarna pucat atau pun kehitaman
  • Mata  -  ikan yang fresh mempunyai mata yang bercahaya dan terletak molek jer pada soket matanya (ikan yang lama matanya kecut dan tenggelam atau terkeluar dari soket mata)
  • Penampilan diri (cewahhh) -  ikan yang fresh memang nampak kesegarannya. Sisiknya terlekat cantik pada badan ikan dan tidak mudah tercabut.  Bagi ikan tidak bersisik, kulitnya melekap rapat pada isi dan tidak mudah terkoyak walau dikuis dengan kuku.
  • Isi ikan -  Apabila dipegang, terasa badannya padat dan pejal. Kalau tekan isinya, ianya segera kembali kepada keadaan asal (isi tidak tenggelam)
yang ini masak lomak cili api dengan potai pun sodap, masak asam pun sodap
  • Perut ikan -  masih mantap dan tidak terburai isi perutnya. Tekan2 pun perutnya tak pecah (kalau pecah, nanti tokey ikan tu jegil uolls!!)
  • Lendir -  ikan yg fresh badannya akan sedikit berlendir.  Ikan yang dah lama dalam ais tu memang tak ada lendir lagi sebab dah kena basuh dengan air ais tu

So ... macamana??? Dah rasa confident ker nak ke market?? Buktikan kehandalan uoll sebagai seorang menantu yang pandai ke market ... hikhikhik!!

jangan cuba cari ikan ni .. memang takkan jumpa!!!