Showing posts with label Set Kecantikan/Penjagaan Kulit. Show all posts
Showing posts with label Set Kecantikan/Penjagaan Kulit. Show all posts

Monday, 22 September 2014

7 TIPS ELAKKAN WAJAH BERJERAWAT

     Minggu ni Kak As nak concentrate tentang hal2 berkaitan kecantikan kulit muka. Sebab perkara yang paling Kak As suka bila memandang wajah seorang wanita ialah kulitnya yang halus mulus.  Hidung mancung ker, mata bulat ker, bibir terukir ker ... itu merupakan anugerah Allah yang tak boleh kita ubah.  Tapi kekurangan atau masalah kulit perlu kita usaha mengatasinya.


Selain dari mengamalkan rutin mencuci muka yang sesuai serta mengambil supplement kecantikan kulit secara konsisten, kita juga hendaklah mengkaji punca masalah kulit,  terutama kulit yang berjerawat.  Kadang2 kita tau penyebabnya.  Kadang2 kita tak tau.  

Berikut Kak As sertakan tips untuk mengelakkan jerawat mengganggu kulit wajah uolls.
  • Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun atau pencuci muka yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan pencuci muka jenis pengawalan minyak contohnya, Enfuselle Purifying Cleasing Gel.
  •       Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera, kentang goreng, kuih2 bergoreng dsbnya.
  •       Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, ada sesetengah orang tak boleh makan ayam juga)

  •   .   Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Ini juga bergantung kepada individu berkenaan, ada juga yang tidak boleh makan kekacang lain saperti kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Kita perlu peka dengan sensitiviti kulit masing2)
  •       Elakkan daripada menggunakan tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit muka adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang berasingan atau menggunakan tisu pengelap khas.
  •       Mengamalkan supplemen Vitamin C atau lebihkan makanan tinggi kandungan vitamin tersebut dalam diet harian (sayur dan buah-buahan segar). Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

  •      Pastikan mendapat tidor yang secukupnya. Apabila kurang tidur, seseorang akan menjadi murung  dan mempengaruhi keseimbangan hormon tubuhnya

Sebetulnya ada banyak lagi tips untuk mengelakkan jerawat bertandang ke wajah kita.  Mungkin uolls boleh kongsikan. Kalau ada, sila tuliskan di ruangan komen supaya teman2 lain mendapat manafaat dari perkongsian maklumat uolls.  Itu pun dikiranya sedeqah tu!!


Sunday, 21 September 2014

Set penuh Nutriwhite

Nutriwhite mempunyai set penuh yang mengandungi 7 jenis produk.  Memang banyak.  Kalau uoll jenis rajin menjaga muka, berdisiplin ikut jadual pemakaian dan ada bajet lebih,  boleh ajer beli kesemua 7 produk ni. Mesti hasilnya tip-top sangat. Itu Kak As guarantee.


Tapi kalau uoll macam Kak As, bajet terhad dan masa pun terhad (Kak As bizi sangat tau!!!), boleh jer ambil set basic jer.  Apa set basic tu? Set basic hanya mengandungi pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam.  Yang 3 lagi optional lah  kan.

Tapi elok Kak As  cerita fungsi setiap produk tu. Lepas tu uoll fikirlah produk mana yang uoll perlukan.  Ohh yer, sebeum tu sekali lagi Kak As nak ingatkan :

Nutriwhite adalah mereka yang mempunyai kulit normal dan tidak bermasalah atau kurang bermasalah atau kulit jenis kombinasi (kalau takat jerawat sikit2 tu ok jer guna Nutriwhite ni)

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • membersih dan menyegarkan kulit
  • rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel2 mati dan menegangkan kulit
  • alga hijau menyahtoksin dan melembabkan
  • strawberi begonia mencerahkan kulit dan menyeimbangkan pigmentasi
  • lembut dan menyegarkan

Nutriwhite Action Makeup Remover
  • menjadikan kulit licin, lembut dan berseri
  • menanggalkan mekap dan juga sel mati secara lembut
  • aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • lembut dan tidak berminyak

Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
  • lembut dan menyeimbangkan pH kulit
  • rosemary menyegar dan menegangkan kulit
  • marshmallow melembabkan kulit

Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
  • bearberry mencerah dan menegangkan kulit
  • strawberi begonia mencerahkan kulit dan menyeimbangkan pigmentasi
  • kacang soya melembut dan mengurangkan tompok2 hitam
  • mulberi mencegah kerosakan akibat pancaran matahari
  • Vitamin C memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah
  • lembut dan mudah diserap kulit

Nutriwhite Spot Whitening Treatment
  • memperbaiki kesan panahan matahari dan jeragat pada kulit
  • likoris dan peony mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • cat claw menegangkan kulit
  • Vitamin C memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah

Ultimate Protection Whitening Lotion
  • mulberi mencegah kerosakan kulit
  • mountain arnica menghilangkan radang kulit 
  • bertindak sebagai pelembab kulit
  • melindungi dari kesan cahaya matahari
  • membina ketahanan kulit dari pencemaran sekitar

Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
  • memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit semasa tidur
  • linden melembabkan kulit
  • scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah


Tapi kan, pakai set nutriwhite ni memang best. Baunya wangi dan segar sebab dihasilkan dari bahan2 semulajadi berasaskan bunga-bungaan dan pelbagai jenis berry. Sapu dekat muka tu, rasa macam sedap jer. Heeee heee!!!  


Lebih cepat berkesannya apabila ada penjagaan dari dalam dengan mengambil supplement saperti Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder atau susu soya ESP.  So kalau uoll nak beli mana2 produk dan nak dapatkan khidmat nasihat mengenainya, sila contact Kak As. Nanti Kak As berikan jadual pemakaian produk atau pemakanan supplement tu yer. 


Friday, 19 September 2014

Penjagaan Kulit - Cara Kak As

Dah 3 bulan Kak As pakai Nutriwhite ni ... tak habis2 lagi. Ambil seco'et jer, bubuh atas tapak tangan, bubuh air sikit, gosok2 sampai berbuih terus bubuh kat muka.

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
Buat pusingan circular, alah gosok dalam pusingan bulat2 tu, mula2 kat pipi, dahi, dagu, tepi2 anak rambut, tepi2 hidung. Kira bagi puas hatilah semua kawasan kena cuci sempurna.  Tapi jangan gosok kuat2 sangat, nanti kulit muka cepat kedut ... hahahah ini baru kes teraniaya, niat nak cantik gebu, terus dapat kulit kedut!!!


Lepas tu bilas dengan air biasa jer. Ada yang suka lap dengan sponge basah buang sabun2 tu. lepas tu guna sponge basah yang bersih untuk bilas muka.  Tapi Kak As lebih suka cara santai ... bilas terus air ke muka. Rasa freshhhh sangat2.


Seterusnya lap muka dengan tuala kering yang bersih. Tapi Kak As tau, ramai jer yang lap dengan tuala mandi kan?? ha .. tengok tu, muka senyum2 kelat nak nafikan.  Tak kisahlah, cuma bimbang tuala yang lap badan tu mungkin akan mengotorkan balik wajah yang dah dicuci bersih2 tadi. Maklumlah, tuala mandi tu kita guna lap rambut, lap kaki, lap celah2 semua ... syyyy!!!

Masa mengelap tu, tekap2 jer kat muka pelan2. Tak perlu gosok kuat2 macam uoll lap rambut. Fuhhh!! boleh punah sel2 halus di kulit muka tu nanti.

Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener (toner)

Dah selesai mengelap tu, bolehlah guna kapas untuk bubuh toner. Hrmmm segar sungguh rasa muka waktu ni. Lepas tu pilihlah moisturizer yang sesuai ... kalau siang jenis lain, waktu malam pulak jenis lain.  Simple jer peraturan asas menjaga kulit. Tapi kita selalu malas kan? Macam Kak As pun sama juga, kadang2 missed toner dengan moisturizer tu terutama bila sibuk.


Apa kata kita pakat2 konsisten lepas ni.  Nak kulit sihat dan cantik kan??

Saturday, 6 September 2014

Apa Jenis Kulit Muka Anda??

Kak As ni bukanlah jenis yang begitu ambil berat tentang kecantikan kulit.  Dulu2 kalau cuci muka pun pakai sabun mandi jer. Alhamdulillah kulit muka Kak As tak ada masalah besar macam jerawat atau jeragat.  Kulit pun tak kering atau berminyak, biasa2 jer. 

Tapi bila Kak As dah mula bekerja dan makan gaji, dah ada duit sendiri, mulalah Kak As nak mengikut peredaran waktu. Masa tu beberapa jenama terkenal sedang rancak di pasaran. Semua jenis penglupasan kulit. Tengok gambar model2 produk kecantikan tu hati Kak As jadi cemburu. Punya lah licin, macam telur dikupas kulitnya.



Kak As mulakan dengan jenama A, bertahan 3 bulan. Kulit Kak As jadi rosak.  Muka merah macam terbakar dan pedihhh sangat.  Bila dah pulih, tinggallah parut kehitaman. Tak puashati Kak As try pulak jenama B, seterusnya jenama C.  Memang semuanya merosakkan kulit Kak As. Sedih!!!! Kulit yang dulunya tak ada masalah, akhirnya rosak akibat kesalahan sendiri.

Jadi pendapat Kak As, sebelum kita mencuba apa2 produk pun, pastikan kita tahu jenis kulit kita. Selepas itu barulah kita pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah kita.

Jenis2 kulit wajah :

1.  Kulit Normal
2.  Kulit Kering
3.  Kulit Berminyak
4.  Kulit Kombinasi
5.  Kulit Bermasaalah
6.  Kulit Sensitif

KULIT NORMAL
Kulit jenis normal atau biasa selalunya kelihatan halus dan bersih - seumpama kulit bayi. Penjagaan kulit sebegini seharusnya tidak begitu melampau sehingga mungkin merosakkannya.



KULIT KERING

Kulit kering kebiasaannya akibat dari kekurangan minyak atau kelembapan semulajadi dalam kulit. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi dengan buih berlebihan), kurang minum air dalam badan dan kesan pengambilan sesetengah ubat (Roaccutane).

Masalah yang biasa dihadapi oleh mereka berkulit kering adalah:
  • Mudah wujud kedut atau garis2 halus di wajah
  • Bintik2 hitam (freckles)
  • Whitehead (Milia Seed)
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Kulit muka kering dan kusam

KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak kebiasaannya dipenuhi oleh pori2 terbuka. Pori2 ini mudah tersumbat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.  Akibatnya kulit menjadi tidak sihat dan timbul jerawat yang banyak. Faktor hormon tidak seimbang (terutama bagi remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi dan berminyak juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah yang sering dihadapi mereka yang kulit berminyak adalah:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit yang bersesuaian harus diamalkan supaya kulit kekal bersih dan gebu. Walau bagaimanapun, keadaan kulit boleh bertukar2, bergantung pada cara penjagaan kulit, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan tahap keseimbangan hormon.


Masalah mereka berkulit kombinasi adalah :
  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering di beberapa bahagian
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead (Milia Seed)
KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon terutama di kalangan remaja merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Apabila pori2 di wajah mengeluarkan minyak berlebihan, ia akan merangsang pembiakan bakteria yang menggalakkan pertumbuhan jerawat. Oleh itu, pembersihan kulit yang teratur dan sempurna amatlah perlu. Remaja perempuan pula sering mengalami ketidakseimbangan hormon semasa kitaran haid bulanan yang menyebabkan munculnya jerawat di sekitar mulut, dagu dan dahi. walaupun masalah ini bersifat sementara, pembersihan kulit yang sempurna perlu diamalkan.

Masalah kulit yang akan dihadapi  adalah :
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka


KULIT SENSITIF
Kulit sensitif sangat peka terhadap rangsangan faktor luar seperti perubahan cuaca, alahan kepada bahan kimia (pencuci muka atau alat solek), persekitaran tempat tinggal atau tempat kerja yang tidak sesuai, menghadapi tekanan emosi, pengambilan makanan tertentu dan sebagainya.  mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu peka terhadap faktor penyebab ini dan berusaha mengelakkannya. .

Masalah apabila kulit sensitif adalah :
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.


Pesan utama Kak As, kalau menghadapi semua masalah di atas terutama kulit bermasalah dan kulit sensitif, sebaiknya berjumpa pakar kulit.  Juga elakkan menggunakan produk2 kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate

Tuesday, 15 April 2014

Nak cantik??

Semua wanita memang nak cantik kan? Cantik tu luas maknanya. Ada yang nak cantik wajah, kulit mulus, hidung mancung, mata macam doll, bibir macam Angelina Jolie, dagu macam .... sila isi sendiri, Kak As pun tak tau sapa yang ada wajah perfect macam tu.

Ada yang nak cantik kulit badan, Nak kulit putih bersih tanpa ada tanda cela atau parut.  Jerawat atau kutil2 semua tak mau.

Ada yang nak cantik bentuk badan, cantik  pakaian, cantik hiasan. Semua tu duniawi belaka.

Ada yang nak cantik akhlaknya, cantik amalannya, cantik perkataan yang keluar dari mulutnya, cantik bahasa yang ditulis di FB, blog, whatsapp dan sbgainya. Itulah kecantikan rohani, kecantikan yang akan menentukan siapa kita di sisi Allah Azza Wajalla.

***********************************************

Ok hari ni Kak As nak cerita pasal cantik wajah. Sebenarnya kulit kita ni semulajadinya halus dan tanpa cela. Tengok kulit baby tu ... eee geram gebu halus sangat kan!!!Tetapi semakin umur meningkat, kulit wajah kita pun turut berubah mengikut perubahan usia dan persekitaran.  Bagi yang berkulit sensitif, jerawat dan jeragat mudah muncul. Masalah ini timbul kerana sebab2 berikut :-


1.  perubahan hormon
2.  faktor pemakanan yang tidak seimbang zat/vitamin, fiber, mineral dsbnya
3.  sentiasa tertekan atau stress
4.  kegemaran bertukar2 alat mekap
5.  tidak mencuci wajah dgn betul
6.  tidak bersenam bagi mengeluarkan toksin dalam tubuh melalui peluh
7.  sering tidor lewat

Perkara utama untuk memperbaiki masalah jerawat dan jeragat ini adalah dengan menukar cara hidup dan penjagaan kulit dpd negatif kpd positif.  Kalau sebelum ni pemakanan tak seimbang, asyik bergoreng, makanan segera atau tinggi kalori, ubah lah dengan banyakkan makan buah dan sayur2an. Kalau dulu asyik stress, cuba ubah dengan memperbaiki jadual harian, lebihkan riadah, amalan rohani dsbnya. Begitu juga perkara2 lain yang menyumbangkan kepada ketidakstabilan hormon.


Selain dpd itu itu, Kak As cadangkan u all cuba ambil supplement juga.  Ada pelbagai supplement yang berfungsi untuk membantu memperbaiki masalah jerawat dan jeragat ni :

VITAMIN C
~  mempunyai antioksidan yang tinggi
~  meransang pembentukan kolagen
~  membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan penuaan
~  meningkatkan sistem imun


VITAMIN E
~  membantu memulihkan struktur kulit dgn mengurangkan kedut, parut dan kesan bintik
~  memperbaiki kitaran darah di tubuh dan wajah

B COMPLEX
~  mengurangkan stress/tekanan dengan memperbaiki kesihatan saraf
~  membantu meredakan alahan
~  membantu pembinaan sel2 baru

ESP (susu soya)
~  asid amino dlm susu ini meransang pembentukan semula otot dan kulit (awet muda)
~  kaya dgn isoflavones yg baik utk hormon wanita
~  memperbaiki pigmentasi kulit


Jadi kalau u all ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai supplement ni, jangan malu2 contact jer Kak As yer.  Akak sedia membantu ...muahhhh!!!