Sabtu ke-2, kerja2 spring cleaning diteruskan.
Dua buah almari pakaian 2 pintu dibeli. Tambahan kepada yang dah sedia ada. Satu untuk bilik belakang satu untuk bilik tengah. Dah penuh perabut le pulak. Yang penting semua barang disorok dalam almari, biar nampak kemas. Tak mau dah bubuh dalam storage boxes.
Mulalah askar2 Kak As bawa keluar semua baju, tuala, selimut, underwear dari almari masing2. Tengok dan asingkan mana yang nak digunakan lagi, mana yang nak dibuang, mana yang nak disedeqahkan. Mengeluh2 mereka penat dan panas.
Sebagai ibu yang baik ... kehkehkeh, Kak As bagi depa minum Performance Drink sejuk. Bagi mereka Vitamin C supaya tak selsema bertarung dengan habuk. Lepas tu masak nasi ayam kegemaran mereka tu. Abah pulak tolong berangkut beberapa kali ke tempat buang sampah, buang kotak2 dan barangan buangan yang berlambak2. Dah macam pekerja majlis perbandaran le pulak.
Terimakasih semua. Luvv uolls. Walaupun penat, tapi uolls ceria. Sepanjang sesi gotong-royong kukkik-kukkik uolls bergelak ketawa. Hati Kak As berbunga2 bahagia.