Bila teringat nenas, air liur mesti kecur. Bila puasa ni teringat ler macam2 benda pulak kan?? Macam zaman budak2 pulak Kak As ni.
Memang Kak As ni peminat nenas. Buat jus, makan begitu saja, makan dengan kuah rojak, masuk dalam puding, buat pajeri (mesti ada ikan masin gebu2 tu), buat acar timun-nenas, semua sedap. Tapi Kak As tak suka yang muda, nanti makan sikit dah gatal lidah. Kalau beli mesti pilih yang masak ranum, manissss sangat.
Nenas mengandungi banyak Vitamin A dan C yang berperanan sebagai anti-oksidan. Terdapat juga kalsium, magnesium, zat besi, dektrosa, sukrosa dan enzim bromelin. Enzim bromelin ni banyak khasiatnya sebagai antiradang, membantu proses penghadaman dan dapat membantu mencegah pertumbuhan sel2 kanser dalam tubuh. Serat yang tinggi dalam buah ni amat baik untuk mengatasi masalah sembelit.
Kalau ikut orang2 lama, khasiat nenas ni banyak. Walaupun mungkin tak ada kajian saintifik dibuat untuk buktikan petua tu betul, tidak salah kalau kita mau mencuba kan?
- Jus Nenas
- mengatasi masalah cacing dalam usus, mengurangkan masalah sakit keronkong (janganlah bubuh ketul2 ais pulak, memang tak menjadilah), mengatasi masalah pencernaan dan menurunkan berat badan (yang ni paling best ... hihihi)
- untuk mengatasi sembelit boleh juga minum jus nenas tetapi pastikan nenasnya tidak begitu masak dan agak masam.
- Daun Nenas
- cuci bersih, buang duri2 tu, tumbuk, tempek pada tempat ynag sakit. Sesuai untuk masalah bisul, gatal2 dan luka akibat terbakar atau melecur
- Isi Nenas
- parut sebiji nenas yang masak. tapiskan dan ambil isinya sahaja (airnya jangan buang ... boleh minum sebagai jus nenas). Ramas isi tadi di kepala yang mengalami masalah kelemumur. Balut dan biarkan selama yang mungkin. Sebaiknya buat waktu malam dan bersihkan rambut keesukan pagi. Amalkan 2 kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur.
- isi parutan juga boleh digunakan untuk digosok pada kulit yang mengalami masalah kering dan bersisik. Sebaiknya dilakukan malam hari dan dicuci keesukan harinya. Lakukan setiap hari.
- memakan hirisan nenas muda dikatakan dapat mengatasi masalah haid tidak teratur
Walau bagaaimanapun, terdapat beberapa batasan untuk memakan nenas ni. Bukan semua orang boleh makan nenas sesuka hati terutama pengidap diabetik. Nenas yang masak ranum dan manis mengandungi gula yang tinggi. Nenas muda pula berpotensi sebagai Abortivum yang boleh menyebabkan keguguran kandungan. Nenas juga kadangkalanya boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang mengidap radang sendi. Tapi kalau teringin juga, makanlah sikit ... sekadar menghilangkan gian!!!
Ehhh tiba2 Kak As teringat TAT NENAS. Apa la baru 2 hari jer kita berpuasa, Kak As dah teringat kuih raya. Sabo jer la.
Selamat berpuasa buat semua sahabat Kak As dan pembaca blog ini.