Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

Ostematrix Dan Sakit Sendi

Bila umur dah meningkat, badan pun mulalah meragam.  Mula sakit sana sakit sini. Klau dah duduk lama2, bila nak bangun punya lah siksa. Pinggang sakit wooo!!


Nak solat 4 rakaat pun punyalah menguji kesabaran terutama masa nak turun sujud dan nak bangun berdiri selepas sujud. Aduhh rasa nak meletup2 tulang lutut.  Itu belum campur nak solat sunat rawatib, solat sunat awwabin, solat sunat tasbih dan lain2 solat sunat lagi.  Yang paling hampir kita nak solat sunat tarawih lagi 2 bulan.  Kalau sakit sendi2 lutut ni mampu ker nak buat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat?? Campur lagi solat witir. Memang akan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyempurnakannya.


Memanglah boleh solat duduk di lantai atau solat duduk di kerusi. Tapi nikmatnya tak sama. Tanyalah pada emak2 kita tu ... mereka kata solat berdiri tegak, rukuk dan sujud secara sempurna adalah yang paling nikmat.  Subhanallah.

Sebenarnya selain dari lumrah kehidupan setiap orang yang meningkat usia, masalah sendi juga berpunca dari amalan kita semasa muda. Amalan pemakanan yg tidak seimbang saperti kurang mengambil kalsium menyebabkan tulang kita semakin lemah dan rapuh.  Kurang pergerakan badan spt beriadah juga menyebabkan sendi kita tidak digunakan secara teratur. Berat badan berlebihan juga memberi beban kpd tulang kita. Mengambil ubat sintetik dari hospital secara berpanjangan juga memberi kesan buruk ada tulang. Malah banyak lagi lah sebab2 yang buat kekuatan dan ketumpatan tulang dan sendi kita semakin merosot.



Tapi takkan lah kita nak menyerah pada takdir semata2. Wajiblah kita berusaha untuk kembali sihat atau sekurang2nya dapat bergerak dengan lebih cergas. Kenalah kita cari di mana penawarnya.  

Di Shaklee terdapat OSTEMATRIX yang memainkan peranan besar sebagai pembekal kalsium untuk tubuh.  Selain kalsium, supplement ini juga mengandungi Vitamin D, Magnesium, Zink, Kuprum, Boron dan Manganese.  Gabungan ini membantu membina tulang yang kuat,  membantu pergerakan otot dan mengurangkan kekejangan dan kebas2 kaki.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih optimum, supplement ini perlu diambil bersama2 dua lagi supplement hebat Shaklee iaitu AJHT dan Omega Guard.


AJHT singkatan dari ADVANCED JOINT HEALTH TABLET mengandungi ekstrak Boswellia, Zink, Kuprum dan Vitamin C serta glukosamina yang berfungsi memberi keselesaan sendi, mengekalkan tulang rawan yang sihat dan memeliharan tisu penyambung yang sihat di sendi.

OMEGA GUARD mengandungi pula asid lemak omega-3 semulajadi yang tinggi.  Supplement ini dapat memelihara fungi2 sendi yang sihat.

Nak tau lebih lanjut mengenai kebaikan ketiga2 supplement ni, hubungi SID Anda.


Saturday, 12 April 2014

Apa Itu Ostematrix

Ramai yang tertanya-tanya produk apa sebenarnya Ostematrix ni. Bagi pengguna Shaklee memang tak der masalah, dah kenal lama dah dengan supplement ni. Tapi bagi yang pertama kali bertemu Cik Oste ni, mari Kak As perkenalkan yer.


Apa Itu Ostematrix

Ostematrix ialah supplemen kalsium yang dilengkapi dengan pelbagai zat dan mineral penting yang lain saperti magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.

1 tablet ostematrix mempunyai kebaikan sama seperti 1 gelas susu tinngi kalsium atau 80 biji badam. Setiap tablet mengandungi 250 mg kalsium dan 100 mg magnesium sebagai bahan utama.

Manafaat Utama

1.  menguatkan tulang, kuku dan gigi yang kuat
2.  membantu mengekalkan tekanan darah yg normal
3.  membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran saraf
4.  membantu mengurangkan simptom senggugut, kekejangan, kebas2 dan sakit sendi
5.  mengurangkan stress - menenangkan saraf, memelihara denyutan jantung, gementar
6.  Vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium  dan fosforus bagi meninggikan ketumpatan      tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki masalah gigi dan gusi.
7.  Magnesium pula membantu keaktifan tulang, rawan dan saraf

Cara Pemakanan

4 tablet sehari sebelum tidur (sekaligus) atau 
2 tablet diambil 2 kali sehari selepas makan




Monday, 7 April 2014

Keperluan Kalsium Pada Manusia

Sekarang ni bulan promosi ostematrix .... BELI 6 PERCUMA SATU. Jadi adalah yang bertanya Kak As perlu ke nak beli set sampai 7 botol macam tu?  Sebelum Kak As jawab soalan tu,  Kak As nak bagitau ostematrix ni adalah supplement untuk mengatasi kekurangan kalsium dalam badan. Tapi sebenarnya kalsium dari sumber asli  seperti susu, kekacang dsbnya adalah lebih baik untuk tubuh, cuma tak semua orang dapat memastikan mereka mengambil kalsium dalam jumlah yang mencukupi. Justeru itu, ostematrix berperanan untuk menampung kekurangan tersebut.

Keperluan Kalsium Kita

Secara umumnya pengambilan kalsium ditekankan untuk kesihatan tulang. Mengikut cadangan pakar-pakar pemakanan, jumlah kalsium yang diperlukan mengikut umur bagi setiap hari adalah seperti berikut :-


Secara semulajadinya, kalsium boleh diperolehi dari sumber tenusu seperti susu rendah lemak tinggi kalsium, keju dan yogurt. Dari sumber tumbuh2an pula, kalsium terdapat dalam sayur2an (kobis, brokoli dan bayam), buah2an (buahan kering, oren dan jambu batu), kekacang (minuman soya, tauhu, almond, dhall dan kacang panggang), ikan (ikan kembung dan sardin).



Apakah Tanda2 Kekurangan Kalsium

Antara tanda-tanda umum kekurangan kalsium adalah spt berikut :-

1.  Kuku menjadi rapuh
2.  Sering sakit gigi
3.  Sering kejang kaki
4.  Sering mengalami sakit kepala
5.  Nyeri pada bahagian tulang pinggul dan pinggang
6.  Sering sakit sendi
7.  Jantung berdegup kuat

Sila rujuk rajah kat bawah ni untuk lihat lebih banyak tanda2 berkenaan.

Bagaimana Mengatasi Kekurangan Kalsium

Sebenarnya kita boleh mendapat kalsium yang mencukupi dari sumber semulajadi dalam diet harian kita. Tetapi biasalah kan, kekangan masa dan kehidupan harian yang kalut menyebabkan kita mengabaikan keperluan ini. Hatta nak minum susu segar segelas sehari pun susah. Mungkin sekarang kita belum mendapat kesannya, tetapi apabila umur makin meningkat, kita akan merasa peritnya kesakitan sendi, masalah saraf dan sebagainya. Waktu ni bolehlah diibaratkan sudah terlewat untuk memberi bekalan kalsium kepada tulang.  Ingat .... MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.  KOS PERUBATAN ADALAH SANGAT SANGAT TINGGI!!!

Alangkah baiknya kita bermula awal dengan membekalkan kalsium yang mencukupi untuk memastikan tulang dan sendi kita sihat. Disinilah supplement kalsium memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita hari ini.  Untuk mendapatkan supplement kalsium yang baik mestilah dipastikan kandungan kalsiumnya 1000 mg sehari. Supplement tersebut mesti mempunyai Vitamin D yang akan berperanan untuk meransang penyerapan kalsium ke dalam tubuh.


Wednesday, 2 April 2014

Ostematrix 6 + 1 (April 2014)

Wahhh .... baru jer berlalu bulan yang havoc. Bulan promosi ESP 6 + 1.  Hrmmm sampai Shaklee kena extend sehari sebab permintaan yang tak putus-putus.  Tu sebab Kak As selalu sebut ESP ni tok penghulu segala produk Shaklee. Bahagia jer bagi pangkat tok penghulu ... hikhikhik!

Untuk bulan April pulak, keluo produk popular OSEMATRIX 6 + 1.


Nak tau harga.  Cuma RM366 untuk 6 botol atau RM61 sebotol.  Oppp ... jangan lupa, ada sebotol free yer?? Jadi RM366 dibahagi dengan 7 botol, harga nya jadi cuma RM52 sebotol aje ... JIMAT RM9 SETIAP BOTOL ATAU JIMAT RM61 UNTUK PROMOSI NI.

Nak tau lebih lanjut tentang promosi ni ker, produk ker, cara pemakanan ker, cadangan kombinasi terbaik dengan supplement lain?  Hubungi Kak As yer :