Showing posts with label Pengenalan Diri. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan Diri. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 & SALAM MAULIDUR RASUL.

Salam sayang buat adik2 Kak As semua.  Jangan marah yer, lama sungguh Kak As tak bercerita ceriti di sini.  Kenapa???  Biarlah rahsia .... cewahhhh!!

Okay dah masuk tahun baru ni, kita mulakan semuanya baru.  Semangat baru, tenaga baru, perancangan baru, tindakan baru, pendek kata semua barulah .... brand new belaka.  Tapi jangan pulak buang yang lama tu. Yang lama adalah pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna.  Yang baik kita jadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Insyaallah lepas ni Kak As tak nak culas2 dah.  Kak As akan menulis dan terus menulis, berkongsi macam2 cerita dan info dengan uolls. Biar sampai uolls pitam nak baca macam2. Hihihihi ... ni kira azam tahun 2015 Kak As le ni.


Ok sebelum terlambat (ari ni dah hari ke-3 tahun 2015), Kak As ingin mengucapkan selamat tahun baru 2015. Semoga kita semua lebih sukses, lebih sihat, jadi manusia yang lebih baik berbanding tahun2 sebelum ni.  Aamiin.


Kak As juga mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga kita menjadi umat Nabi saw yang berjaya di dunia dan akhirat.  Aamiin.

Tuesday, 23 September 2014

Pengalaman Baru Sebagai Blogger

Diam tak diam dah 6 bulan Kak As mempunyai blog sendiri.

Kak As ni sebagai "orang lama" agak kurang mahir dalam membina blog yang betul2 cun dan tangkap mata.  Alhamdulillah, kerana Kak As diberi peluang menyertai group Fighters Shaklee. Semua ahli group ni telah diajar asas2 membina blog.  Walaupun Kak As agak slow dan terkial-kial, tapi berjaya juga sudahnya. Alhamdulillah.


Terimakasih kepada semua mentor dan kawan2 dalam komuniti Shaklee yang saling berkongsi ilmu. Tak perlu pun nak keluar wang mengupah pakar blog atau mengikuti kursus2 khas membina blog.

Sebenarnya Kak As belum begitu puashati dengan blog http://sayangdirispectrum.blogspot.com/  ni dan sentiasa mengemaskini settingnya dari semasa ke semasa.  Ada beberapa bahagian yang masih belum sempurna dan perlukan penambahbaikan. 

Hari ni Kak As berpeluang belajar satu lagi ilmu untuk blogger iaitu "blogwalking".  Apa tu?? nak cerita secara teknikal Kak As pun tak pandai. Senang faham, blogwalking macam kita singgah rumah sahabat kita, bertanya khabar dan tinggalkan jejak. Melalui blogwalking kita berpeluang menambah bilangan pengunjung ke blog kita pula.


Tapi yang pentingnya, kita kena rajin dan konsisten.  Setiap hari kita perlu melawat paling kurang 10 blog, baca artikel yang ditulis, beri komen2 positif atau membina di ruangan komen yang disediakan. Rutin ni mesti dilakukan setiap hari.  Dan lebih penting, kita mesti selalu update blog kita. Jangan hidangkan cerita yang basi kepada pembaca.  Mereka hendak baca cerita yang berbeza setiap hari.


Paling penting blog mesti santai dan tak memeningkan kepala pembaca.

Nampak macam mudah, tapi bagi Kak As ianya agak sukar.  Setiap hari perlu memerah idea untuk menulis di blog.  Tapi bukanlah pula sesuatu yang mustahil.  Yang penting mestilah ada perancangan dan disiplin. Jom kita mulakan, kalau tak mulakan sekarang ... sampai bila pun ianya takkan menjadi!!!!

Monday, 15 September 2014

Idola ku .....

Kak As suka sangat kalau tengok orang-orang Melayu Islam kita yang kaya-raya.  Kak As suka baca artikel2 yang ditulis tentang kisah hidup dan kejayaan tokoh2 saperti Syed Mokhtar Al-Bukhari, Sultan Brunei, Shahril dan Shahriman Shamsuddin (adik-beradik; syarikat Sapura Kenchana), SM Faisal dan SM Nasamuddin (adik-beradik; syarikat Naza Motors) dan beberapa individu lagi.  

Seronok baca kisah mereka yang berjaya ni. Hati kita bangga berbunga2.  Itu baru baca kisah orang lain. Kalaulah Kak As sendiri yang kaya macamana agaknya??? Hehehehe ... dulu2 Kak As selalu berangan, kalau Kak As kaya nak pergi travel, nak pergi melawat tempat2 yang menarik dan cantik. Nak pergi Turki, Kashmir, New Zealand, Sepanyol, Maldives dll.  Kak As bukan kaki shopping, so tak minat langsung nak ke tempat shopping macam Paris atau London tu.



Itu dulu .... selepas umur makin matang, fokus Kak As tentang kaya dah lain. Kak As kalau ditakdirkan kaya, nak gunakan kekayaan tu untuk sharing dgn orang2 yang Kak As sayang .... anak2, Emak, adik-beradik, kawan2, saudara-mara. Nak share juga kekayaan tu dengan orang2 kurang bernasib baik macam orang2 susah, anak2 yatim, orang2 sakit yg tak ada sumber kewangan, anak2 bijak yg terhad peluang untuk belajar tinggi.  Ahhhh ... kalau nak list memang tak abih.


Sebab nak kaya tu, Kak As mencuba perniagaan Shaklee ni.  Kak As tengok pelan perniagaannya menarik.  Cara pelaksanaan bisnes tu pun bagus. Lebih hebat di dalam organisasi Shaklee Kak As dah tengok rfamai mentor2 yang berjaya mencapai tahap jutawan.  Mereka adalah Muslimah Melayu. Alhamdulillah, banggga sangat2, muda2 dah jadi jutawan.

Seorang daripadanya ialah moyang atas moyang Kak As dalam grup Jutawan iaitu Presidential Master (PM) Cery atau nama sebenarnya Shareeza. 

PM Cery yang merupakan graduan kejuruteraan Univeristi Petronas dan pernah bertugas di Petronas kini merupakan surirumah sepenuh masa yang menumpukan diri kepada perniagaan Shaklee - iaitu bberusaha membimbing lebih ramai wanita Melayu menjadi jutawan Muslimah.  Kejayaannya beliau bukan saja dikagumi di peringkat Shaklee Malaysia malahan Shaklee antarabangsa. Ini dapat dilihat menerusi penghargaan yang diterima beliau di setiap konvensyen peringkat antarabangsa.

Tak hairanlah PM Cery terus menjadi idola semua Distributor Shaklee. Semua Distributor nak jadi macam beliau. Cuma, cukupkah usaha yang kita lakukan untuk jadi macam beliau. Inilah cabarannya sekarang.

Kebetulan majalah Harmoni bulan September memaparkan kisah PM Cery. Apa lagi berebut2 kami serbu mamak di kedai majalah untuk dapatkan naskah istimewa ni ... hehehe. Mesti baca dan simpan majalah ni sebab kami bangga dengan idola kami.



Monday, 8 September 2014

Halal ke Tak Halal??

Susah juga nak menjual produk Shaklee ni kalau tak der pengesahan  halal. Sekarang ramai umat Islam yang prihatin dengan isu halal, haram, subahat, harus semua ni.  Baguslah tu. memang hak kita untuk pastikan setiap makanan yang masuk ke tubuh kita, menjadi darah daging kita tu 100% halal.

Insyaallah produk Shaklee adalah halal. 


Satu badan dikenali sebagai Islamic Services of America (ISA) bertanggungjawab memastikan semua produk ini halal untuk digunakan oleh orang Islam. ISA merupakan sebuah badan Islam di Amerika yang diiktiraf oleh Jakim.  Untuk pengesahan sila layari PORTAL HALAL Jakim.

Jadi selepas ni tak perlulah kita rasa ragu2 lagi untuk menggunakan produk Shaklee yer!!


Thursday, 17 July 2014

Shaklee menyokong Israel??

Sekarang hebuh boikot barangan yang menyokong Israel.

Memang bagus usaha tu, kita pun tak mau menyumbang untuk kemusnahan saudara-mara kita di Palestin. Boikot adalah salah satu cara kita berjihad.

Dalam pada tu hebuh kononnya Shaklee sebagai syarikat yang beroperasi di USA pun terlibat sama menyokong Israel. Pihak management Shaklee Malaysia telah meminta pengesahan dari ibu pejabat Shaklee USA dan inilah jawapannya.

Alhamdulillah Shaklee tidak terlibat dalam sebarang usaha menyokong Zionist. Macam akak boleh ajer menjadi pengedar Shaklee yang menganggotai pertubuhan NGO yang menyokong perjuangan Palestin, Rohingya, Syria atau menjadi penyokong tegar parti2 politik samada PAS, DAP atau Umno. Shaklee tidak akan terlibat langsung dengan aktiviti ahlinya ... sendiri buat sendiri tanggunggungjawab.

So ... uolls jangan bimbang untuk terus menggunakan produk Shaklee yer yang ditanggung bersih, berkesan, semulajadi dan halal.


Wednesday, 16 July 2014

Penafian / Disclaimer


Buat  Semua Pembaca Budiman, 


Laman blog ini diwujudkan sebagai medium untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai produk-produk Shaklee.

Supplement Shaklee adalah makanan tambahan kepada diet seharian dan ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance dijanjikan kepada mana-mana pengguna. Perkongsian maklumat bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat, saranan atau rawatan pakar perubatan, tetapi lebih kepada menyarankan makanan tambahan yang semulajadi untuk menampung kekurangan nutrisi dalam tubuh.  Kekurangan  nutrisi penting merupakan antara penyebab utama pelbagai masalah kesihatan.

Sila ikuti petikan kata2 DR. FORREST C. SHAKLEE SR

"Saya tidak pernah memperlekeh profession perubatan, tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan.  Mereka dilatih untuk merawat,  saya berminat untuk mempertingkatkan kesihatan"


Wednesday, 19 March 2014

SID 1090561



Salam perkenalan buat anda semua,

Hari ni saya nak perkenalkan diri saya. Nama saya ASNIDA AHMAD merupakan Shaklee Independent Distributor (SID) yang sah.  Saya bermula sebagai pembeli barangan Shaklee sahaja. Barangan yang dibeli ialah set kesihatan sendi untuk dimakan oleh Emak saya. Alhamdulillah nampaknya usaha kami berkesan dan Emak memang berpuashati menggunakan supplement tersebut.

Dari situ saya berfikir untuk terlibat secara langsung dengan Shaklee. Saya mendaftarkan diri pada penghujung bulan Disember 2013. Niat asal saya menjadi ahli Shaklee semata-mata untuk membeli bagi kegunaan sendiri dengan kemudahan mendapat harga ahli.

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan upline, perbincangan dalam group tertutup dan testimoni pengguna menyebabkan saya mengubah persepsi saya tentang Shaklee. Saya mula nampak keperluan untuk bergerak gigih bagi berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ramai orang di samping mengambil peluang untuk meningkatkan diri dalam perniagaan ini. Hasil usaha tersebut pada bulan kedua saya berjaya mendapat bonus pertama. Walaupun tidaklah lumayan sangat, tetapi sudah lebih dari cukup untuk menjadi pemangkin usaha yang berterusan.

Kami di Shaklee sentiasa dibimbing oleh keluarga besar, tak kira berpangkat Master, Coordinator, Supervisor maupun sesama SID yang lain. Niat kami untuk membantu sesama sendiri dan berkongsi kelebihan produk Shaklee dengan semua orang.

Kiranya ada antara anda yang berminat untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat, sila hubungi saya seperti berikut :-

Shaklee Independent Distributor - 1090561
(cod kawasan Butterworth)
whatsapp/sms 017-4778746
FB Page :  SpectrumBeautyHouse
Ig : ASNIDAAHMAD