Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Bayam ... bayam ... bayam

Ari tu Kak As pergi shopping kat Giant. Tengok dia jual bayam RM5 untuk 3 ikat. besar2 dan nampak fresh jer bayamnya. Apa lagi Kak As angkat 3 ikat - pilih 2 bayam merah 1 bayam hijau. Memang Kak As dan keluarga peminat bayam.  Bukan sebab terpengaruh dengan kartun popeye tu, hihihi ... tapi sebab memang dari kecik Kak As dah terbiasa makan bayam.


Dulu emak Kak As tanam jer bayam kat belakang rumah. Tugas utama Kak As ialah tolong siram pokok bayam tu waktu petang2. Bila pokok tu dah besar, emak akan kutip dan masak. Memang seronok balik dari sekolah makan nasi dengan ikan goreng, kicap dan sayur bayam jer. Kak As siap hirup slurpp slurpp kuah bayam tu ... memang sedap sangat. Kak As tak pernah pun jemu makan bayam. Sekarang anak2 pun dah terikut2 suka makan bayam, sebab emak mereka selalu masak bayam ler tu hihihihi.


Cuma yang tak tahannya tu proses mencucinya.  Selepas disiang, bayam mesti dicuci beberapa kali untuk pastikan semua pasir yang terdapat pada sayur tu hilang semuanya.  kalau tengah sedap2 makan, tiba2 terkunyah pasir ... grrrr hilang selera!!!

Sebenarnya ada beberapa cara memasak sayur bayam ni. Nanti Kak As kongsikan dalam entri akan datang yekk.

Bayam sebenarnya kaya dengan Vitamin A, B, C, E dan K serta zat2 galian saperti zat besi, fosforus, kalium, kalsium, mangan dan  zink.

Sekarang Kak As nak cerita apa kelebihan sayur bayam ni.  Banyak tau :

bayam merah
  1. Pencegah Kanser Yang Berkesan. Pengambilan bayam secara kerap diharap mampu menghindari penyakit kanser. Kandungan flavanoid yang terdapat di dalam bayam didapati  berkesan untuk mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser payudara dan prostat.
  2. Nutrisi Sempurna Untuk Jantung. Gaya hidup yang tidak sihat pada masa sekarang menyebabkan kita terdedah kepada masalah jantung yang merupakan pembunuh utama di negara ini. Justeru itu, amalan memakan bayam yang mengandungi  Vitamin A dan C serta asid folat dan magnesium amatlah membantu.
  3. Peningkatan Daya Memori. Semakin meningkat usia seseorang, semakin merosot daya ingatannya. Kandungan Vitamin K yang banyak di dalam bayam mampu meningkatkan sistem saraf dan fungsi otak.
  4. bayam hijau
  5. Penglihatan Yang Lebih Baik. Bayam mengandungi Vitamin A dan Lutein (salah satu karotenoid) yang penting untuk kesihatan organ mata. Zat makanan ini  penting untuk mengatasi dan mencegah masalah penglihatan seperti katarak.
  6. Menyehatkan Organ Pencernaan. Kandungan serat yang tinggi dalam bayam sangat penting untuk kesihatan organ pencernaan dan mampu mencegah pelbagai gangguan dalam organ tersebut seperti sembelit.
  7. Sumber Antioksidan.  Kandungan Vitamin C dan E serta mangan, beta-karotin dan selenium di dalam bayam merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan penting untuk ketahanan tubuh.
  8. Membekal Nutrisi untuk Tulang dan Sendi. Kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi dalam bayam mampu menguatkan dan mengatasi masalah  tulang atau osteoporosis. 
  9. Memberi Tenaga. Bayam merupakan salah satu sayuran yang memiliki kandungan zat besi yang cukup tinggi. Kandungan zat besi ini membantu tubuh sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Kalau yang tak suka makan bayam macamana pulak??  Hrmmm ... makanlah sayur2 hijau yang lain yang banyak khasiatnya.  Kalau yang tak suka makan sayur, makanlah buah segar. Di samping itu, sokongan supplement berkualiti amat perlu untuk mendapatkan semua nutrisi penting untuk tubuh. 

Bagi produk Shaklee, kita menawarkan makanan tambahan susu soya ESP atau Meal Shakes atau tablet Vitalea (multivitamin yang lengkap).  Sila rujuk link entri sebelum ni iaitu ESP, atau Meal Shakes atau Vitalea untuk mengetahui khasiat yang terkandung dalam setiap supplement tersebut.




Nak tau lebih lanjut, contact jer Kak As.

Kita sedia membantu.

Oh yer jangan lupa, next entri Kak As nak cerita pasal resipi bayam pulak. Tunggu!!!!


Thursday, 23 October 2014

Resipi ESP yang mantop

Macamana cara uolls minum susu soya ESP? Ramai yang minum macam tu jer, maksud Kak As cuma campurkan 3 sudu besar ESP dengan air suam atau susu suam.  Itu memang cara asas yang disarankan oleh Shaklee.


Tapi Kak As tak boleh telan kalau minum macam tu.  Mesti nak ada perisa sedap2 baru boleh lepas saluran tekak ni. Hehhh ... hubby Kak As kata ngada2, suka memanjakan tekak. Huhhh sentap!!!

So macamana Kak As buat untuk bagi lalu minum ESP ni?? Sebenarnya ada macam2 cara ... apa yang penting kena kreatif, berani dan rajin mencuba la. Cuma perlu patuh beberapa peraturan ni :

  • jangan bancuh dengan air panas
  • jangan minum lebih dari 3 sudu besar (28 gram sehari)
Resipi pertama yang Kak As dah cuba dan sedap lagi mengenyangkan adalah macam ni :

2 sudu ESP
1 biji pisang emas
satu skop ais krim vanilla
setengah cawan air peti sejuk
beberapa kiub ais


Kak As masuk dalam blender semua bahan dan blend sampai sebati.  Minuman smoothie ni memang mengenyangkan sesuai menggantikan makan malam Kak As.  Nak diet boleh jer, tak perlu makan malam.  Khasiat protin, kalsium, zat  besi boleh kita dapat dari ESP, aiskrim kaya dengan kalsium, pisang pulak kaya dengan serat, vitamin A dan C, magnesium dan beberapa mineral lain.

Resipi lain pula kalau malas nak mem'blend' ni, Kak As campurkan horlick suam atau milo suam dengan 1 atau 2 sudu ESP. Lepas tu tabur serbuk milo bagi terapung dalam mug tu, minum macam tak hingat dunia ... walla.


Tapi untuk semua resipi Kak As memang tak masukkan langsung gula sebab memang dah manis. Aiskrim dah manis, pisang dah manis, milo dah manis.  Kalau uolls rasa perlu juga nak rasa manis, Kak As cadangkan uoll tambah jer madu asli atau gunakan stevia. Kak As ada juga jual stevia jenis cecair ni. Cuma bubuh 1 atau 2 titik sudah  memadai.


Ada banyak lagi resipi untuk dicuba.  Resipi akan diberi kepada setiap pembeli ESP secara percuma. Boleh dapatkan ESP untuk kegunaan seisi keluarga pada harga istimewa untuk bulan Oktober ni. Lepas tu beli juga Mealshake untuk si manja pada istimewa hanya untuk bulan Oktober juga.  Ada seminggu jer lagi!!!


Monday, 13 October 2014

Ceritalah Sikit!!!

Sempena promosi ESP di bulan Oktober ni,  grup Kak As nak bagi hadiah cash bonus tau.  Ye lah, dah uoll pakai produk ESP sejak dulu lagi, mesti uoll puashati hasilnya. Tu sebab tiap2 bulan uoll terus beli dan beli dan beli kan?? Bila dah seronok pakai, tentu uoll nak kongsi pengalaman tu dengan oranglain sama, biar mereka pun dapat merasa kebaikan menggunakan ESP.  Sharing is caring dear!!!


Macamana cara nak kongsi pengalaman tu. Senang jer ... sembang dengan kawan2, share dekat FB, whatsapp, wechat, blog, instagram dan sebagainya.

Tapi kali ni kalau uoll share pengalaman tu secara bertulis kepada Kak As, kami akan buat pemilihan testimoni mana yang ditulis secara menarik dan menyebabkan orang tertarik untuk membaca dan seterusnya membeli ESP ... kita bagi CASH RM50.  Kita pilih berdasarkan testimoni paling best!!  So sapa2 ada bakat menulis tu, inilah masanya untuk keluarkan idea2 bernas dan tonjolkan bakat uoll yang klass tu.



Syaratnya senang jer :
  • beli set combo ESP (maksudnya ESP + supplement shaklee yang lain macam set menyusu, set kecantikan, set ibu hamil, set kesuburan, set gastrik dan sebagainya)
  • selepas dua bulan, sila kemukakan testimoni uolls pada Kak As, sebaiknya disokong dengan gambar dulu dan sekarang.  Contoh set kulit  - apa perubahan wajah sebelum guna set kulit ESP dan bagaimana hasilnya selepas 2 bulan digunakan
  • pm/whatsapp testimoni uoll tu kepada Kak As yer - dua bulan selepas tarikh pembelian
  • penyertaan hanya untuk set combo ESP yang dibeli dalam bulan Oktober jer - ada lagi 17 hari sebelum tempoh tamat !!!
So ... jangan tunggu lagi.  Kita mulakan sekarang!!  Pritttttttt!!!!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[GOOD NEWS!!]

Buat anda PENGGUNA TEGAR SHAKLEE~


Dapatkan SET COMBO ESP SHAKLEE dengan HARGA DISKAUN LUAR BIASA sepanjang OCTOBER ini dan seterusnya kongsikan PENGALAMAN/TESTIMONI anda bersama kami!


10 Pengalaman paling menarik bakal berpeluang memenangi CASH BONUS RM50 ! 

Tunggu apa lagi?? PM/ Wasap Kak As sekarang untuk pembelian anda!!


Sunday, 12 October 2014

Offer Berkembar


Hari ni dah 12 Oktober 2014. Hrmmm .... cepat kan masa berjalan??

Jadi uoll jangan ralit2 sangat tau, nanti uoll terlepas offer extravaganza bulan ni. Bulan Oktober ni ada promosi berkembar, minuman kesihatan ESP dan Meal Shakes.  Jadi memang berbaloi2 sangat kalau kita nak shopping. Lepas ni tak pastilah pulak samada Shaklee nak buat lagi ker offer hebat2 macam ni.

Kenapa Kak As kata offer ni hebat sangat?? Jom kita lihat satu persatu :

Offer # 1. 
  • beli 6 tin ESP, uoll akan dapat percuma 1 tin lagi. Nilai setin ESP percuma tu RM150. Woww, bahagianya dapat FREE gift bernilai RM150?? Besar nilai tu!!!
  • lepas tu layak pulak dapat FREE membership - jadi ahli Shaklee seumur hidup untuk mendapat pelbagai kemudahan. 
  • tak mau ker grab offer istimewa ni??
Offer # 2.
  • beli 3 tin Meal Shake dapat percuma 1 tin lagi. Nilai setin Meal Shake percuma tu RM113.75. Wahh, seronok kan kalau dapat FREE gift mahal macam tu?
  • lepas kita boleh BERAMAL lagi. Sejumlah 10% daripada wang pembelian Meal Shake 3 +1 tu akan disalurkan kepada rumah2 kebajikan anak2 kurang bernasib baik. 
  • inilah peluang kita untuk beramal di samping mendapat kebaikan produk Shaklee
Kalau ada yang berminat untuk memilih offer # 1 atau offer # 2 atau kedua2nya sekali, sila sms atau whatsapp Kak As di talian 017-4778746.


Friday, 10 October 2014

ESP Datang Lagi

Pada bulan Mac yang lepas, Kak As dah pening lalat sebab hebatnya penangan promosi ESP. Sampai tak menang tangan melayan handset berdering2 tak henti2 sebab banyaknya masuk whatsapp, FB message dan sms dari customer lama dan baru.  Semua nak rebut order ESP.


Kenapa semua orang berebut2 sangat dengan promosi ESP ni?? Sebab ianya sangat menguntungkan. Dengan membeli 6 tin ESP,  uolls boleh dapat percuma 1 tin ESP lagi yang nilainya RM150!!! Lepas tu, dapat pulak keahlian percuma bernilai RM65 lagi!! Hahh, tak kan tak mau rebut promosi giler2 macam tu??

Lagi pun, ESP ni kan ke produk paling fofular di Shaklee.  Macam2 khasiatnya samada untuk kecantikan atau kesihatan.  Ianya boleh diminum dengan mencampurkan air suam atau digabungkan dengan supplement lain untuk mendapatkan khasiat yang pelbagai.


Ohhh, jangan lupa yer ... untuk bulan Oktober ni, promosi untuk Meal Shakes 3 + 1 masih berjalan. Kiranya promosi berkembarlah bulan ni. 


Untuk pertanyaan lanjut tentang promosi ESP atau Meal Shakes, keahlian percuma, khasiat setiap suplement dan sebagainya, sila hubungi Kak As yer.  



Friday, 28 March 2014

Hari-hari Terakhir

Haaa ,,,  jangan terkejut dengan tajuk post makcik kali ni.  Hari-hari terakhir?? Sensitif jer kan bunyi nya.

Sebetulnya makcik nak cerita pasal promosi ESP beli 6 percuma 1 tu.  Promosi tu akan berakhir 31 Mac 2014 ni, ada 3 hari jer lagi.  So kalau uolls memang pengguna setia ESP, yakin dengan kebaikannya, dan sudah  merasai manafaatnya ... janganlah bertangguh nak buat keputusan. GRABBBBB jer.

Selepas 31 Mac ni, kalau uolls beli 100 tin pun tak der percuma dah ekkk.  

Sekali lagi nak peringat, kalau berminat nak beli ESP 6 + 1 ni, sms atau whatsapp makcik cepat2 ekkk. Nanti stock kehabisan, uoll menggigit jari!!!






Thursday, 20 March 2014

Promosi 6 + 1



Bulan Mac ni bulan ESP.  Semua nak guna ESP. nak cantik ESP, nak kurus ESP, nak cergas ESP, nak menyusu baby pun ESP, nak ... macam-macam boleh buat dengan ESP.

Sebagai meraikan kemeriahan permintaan ESP, Shaklee telah menawarkan promosi beli 6 percuma 1 untuk produk ini.  Bayangkan berapa banyak kita dapat berjimat dengan promosi ni.

1 tin ESP    =  RM 150
6 tin ESP    =  RM 900
kalau dapat percuma 1 tin, bermakna harga setiap tin ialah  RM 900/7     = RM 129

WOW JIMAT   =  RM 21 setiap tin

Takkan nak biarkan jer promosi ni berlalu begitu je. Mungkin tahun depan baru promosi ni datang balik. tak rugi beli 6 pun, boleh simpan untuk stok setahun.

Tunggu apa lagi, jom order sekarang sebelum stok kehabisan

Ptttt : dengar cerita stok semakin susut di gudang Shaklee!!!