Sunday, 22 June 2014

Minuman Kecantikan

Kak As baru jumpa satu resipi sihat untuk jadikan kulit kita cantik GLOWING gitu.  Haaa ... raya dah dekat nih, sepanjang Ramadhan ni kalau kita amalkan resipi ni, Insyaallah raya nanti wajah glowing2 semua.  Apa pun, cahaya keimanan dan ketakwaan kita kerana ikhlas beribadah kepada Allah itu lebih utama diharapkan.

Sekali tengok resipi tu Kak As rasa macam tak lalu jer,  sebab beberapa jenis sayur2 dijadikan jus minuman. Kalau buah2 tu biasalah kan, nak jus apa? Epal, nenas, oren, tembikai ... semua sedap.  Alahai, panas2 ni teringin jus tembikai buh ais la pulak ... slurppp!!!  heheheh kita kena tukar ni. Mulai sekarang kita cuba jus sayur le pulak.


Okay dah melalut le pulak.

Kak As sebut jus glowing le senang.  Jus ni Kak as dapat dari penulis OSHA KEY ... tq dear, I am sharing your knowledge with others. Lets glowing everybody!!!

Menurutnya, semakin kita berumur, semakin susut kolagen dalam kulit kita. Itu sebab kulit kita semakin kering, kurang anjal dan mudah berkedut.  Jadi Osha Key cadangkan kita cuba minuman kegemarannya :

Kobis merah, oren dan limau nipis  - tinggi kandungan Vitamin C yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan tinggi juga antioksidan yang mengawal sel2 sihat dari serangan radikal bebas

Beetroots mengandungi zink dan copper yang penting utk kesihatan kulit.  Beetroots juga penting utk kesihatan hati yang merupakan organ penting utk penapisan darah. Darah yang bersih dan kulit yang sihat adalah saling berkaitan.

Halia mengandungi antiradang dan antioksidan. Antiradang mampu mengurang sebarang kesan radang kulit.

Timun mengandungi 96% air dan memberi kesan pelembapan pada kulit secara semulajadi.

Lobak merah mengandungi antioksidan beta-carotene yang baik untuk kesihatan kulit.  

Okay .... cara nak buat Jus Glowing ni (utk minuman seorang yer, kalau nak minum ramai2, tambah darab semua bahan2 nye yer.
  • ½  biji kobis merah
  • 1 biji beetroots bersaiz sederhana
  • 1 biji lobak merah
  • 1 timun bersaiz sederhana
  • 1 biji oren
  • ½  biji limau nipis
  • 2 inci halia
Cara nak buat :
  • Bersihkan semua bahan. Sebaiknya gunakan sumber organik untuk lebih sihat
  • Perah oren dan limau nipis menggunakan pemerah tangan
  • Kisar bahan2 yang lain menggunakan mesin pengisar jus.
  • Satukan bahan yang dikisar dengan perahan limau dalam satu gelas dan ENJOYYY.
ni rupa Glowing Juice yg disarankan oleh Osha Key

Errr ... kalau Kak As nak modified sikit boleh tak? Kak as nak bubuh 2 titik stevia sebagai pemanis dan beberapa kiub air batu. Baru le lebih NIKMATTTTT.

Selain daripada Jus Glowing ni, kita boleh juga cantikkan kulit bagi glow2 juga dengan menggunakan prduk Shaklee.

Untuk kecantikan dalaman, terdapat beberapa supplement yang berfungsi menjadikan kulit sihat, anjal dan berseri.


Untuk kecantikan luaran pulak, Shaklee mempunyai 2 regim pembersihan kulita yang utama iaitu Nutriwhite dan Enfusselle.  Penerangan lanjuta tentang set kecantikan dalaman dan luaran ni akan Kak As sentuh dalam artikel yang akan datang yer.  Tunggu!!!!




Tapi kalau uolls tak sabar nak tunggu next entry, boleh jer hubungi Kak As untuk keterangan lanjut. nak tau pasal supplement pun boleh, pasal set skin care pun boleh.  Beli awal2 supaya glowing sebelum raya yerk!!