Showing posts with label Resipi Sihat. Show all posts
Showing posts with label Resipi Sihat. Show all posts

Friday, 31 October 2014

Bayam ... bayam ... resipi bayam

Seperti dijanjikan, Kak As nak bagi uolls beberapa resipi macamana nak memasak bayam.  Senang jer sebetulnya, saja Kak As nak buat kecoh :

1.  SAYUR BAYAM MASAK AIR

  • 1 ikat bayam, tak kiralah bayam merah atau hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • sejemput ikan bilis atau udang kecil
  • garam
  • gula
  • minyak masak
  • air


  • potong bayam, asingkan daun dan batangnya. Bersihkan hingga tak ada sisa2 pasir
  • hiriskan bawang merah, bawang putih dan cili merah
  • panaskan minyak tumis bawang dan cili
  • masukkan pula udang atau ikan bilis dan kacau hingga naik bau
  • masukkan sedikit air, garam, gula dan batang bayam
  • masukkan daun bayam
  • jangan masak terlalu lama, bayam yang layu langsung tak enak!!!
Inilah cara masakan bayam yang emak Kak As selalu masak. Kuahnya kalau dihirup punyalah sedap. Masa kecik2 dulu berebut2 kami adik-beradik.

2.  SAYUR LEMAK BAYAM
  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 biji keledek oren
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • setengah cawan udang kecil
  • setengah cawan santan pekat
  • garam
  • gula 
  • air
  • potong bayam dan bersihkan
  • hiris bawang dan cili merah
  • potong keledek kecik2 dan rebus sampai hampir empuk. 
  • dalam rebusan yang sama, masukkan bawang, cili dan udang dan batang bayam (adjust air ikut keperluan kuah, kalau banyak sangat, boleh dibuang, kalau sikit sangat, tambah lagi air)
  • selepas air mendidih, masukkan bayam dan santan, kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  • masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar jangan sampai terlalu layu.
Masakan ni memang sedap, apalagi kalau ada sambal tumis udang petai. Tapi masakan bersantan ni tak boleh dimakan selalu. Sebenarnya boleh juga kalau nak guna bayam merah, tapi Kak As tak suka sebab kuahnya nampak macam air bandung!!

3.  SAYUR MANIS
  • 1 ikat bayam
  • 1 ikat kangkung
  • 5 batang kacang panjang
  • 1 biji keledek oren saiz kecil
  • 1 biji terung ungu saiz kecil
  • setengah cawan udang kecil
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu belacan
  • garam
  • gula 
  • air
  • bersihkan semua sayur, asingkan batang dengan daun bayam dan kangkung
  • potong terung, kacang panjang dan keledek kecil2 (lebihkurang 3 cm gitu)
  • tumbuk cili merah, bawang merah, belacan agak kasar2
  • jerang air secukupnya dan masukkan bahan ditumbuk serta udang segar
  • masukkan keledek dan masak hingga separuh empuk
  • masukkan terung dan kacang panjang serta batang2 bayam dan kangkung
  • sesuaikan masin dan manisnya
  • setelah terung empuk, masukkan daun bayam dan kangkung, masak sebentar sebelum diangkat
Ini lagi satu feveret Kak As. Fuhhh terangkat menghirup kuahnya yang sedap berperisa belacan tu. Tapi selalunya Kak As tak masukkan kangkung dan kacang panjang, sebab tak suka. Tapi kalau emak Kak As yang masak, semua bahan mesti lengkap macam resipi asal. Jangan cuba2 nak ubahsuai ekk.

Cukuplah 3 resipi dulu ekk. Yang ni semua resipi yang Kak As selalu masak untuk keluarga. Nanti Kak As try cari resipi lain yang menggunakan bayam dan kongsi dengan uolls di sini lagi okay.  Taaaa!!!


Thursday, 23 October 2014

Resipi ESP yang mantop

Macamana cara uolls minum susu soya ESP? Ramai yang minum macam tu jer, maksud Kak As cuma campurkan 3 sudu besar ESP dengan air suam atau susu suam.  Itu memang cara asas yang disarankan oleh Shaklee.


Tapi Kak As tak boleh telan kalau minum macam tu.  Mesti nak ada perisa sedap2 baru boleh lepas saluran tekak ni. Hehhh ... hubby Kak As kata ngada2, suka memanjakan tekak. Huhhh sentap!!!

So macamana Kak As buat untuk bagi lalu minum ESP ni?? Sebenarnya ada macam2 cara ... apa yang penting kena kreatif, berani dan rajin mencuba la. Cuma perlu patuh beberapa peraturan ni :

  • jangan bancuh dengan air panas
  • jangan minum lebih dari 3 sudu besar (28 gram sehari)
Resipi pertama yang Kak As dah cuba dan sedap lagi mengenyangkan adalah macam ni :

2 sudu ESP
1 biji pisang emas
satu skop ais krim vanilla
setengah cawan air peti sejuk
beberapa kiub ais


Kak As masuk dalam blender semua bahan dan blend sampai sebati.  Minuman smoothie ni memang mengenyangkan sesuai menggantikan makan malam Kak As.  Nak diet boleh jer, tak perlu makan malam.  Khasiat protin, kalsium, zat  besi boleh kita dapat dari ESP, aiskrim kaya dengan kalsium, pisang pulak kaya dengan serat, vitamin A dan C, magnesium dan beberapa mineral lain.

Resipi lain pula kalau malas nak mem'blend' ni, Kak As campurkan horlick suam atau milo suam dengan 1 atau 2 sudu ESP. Lepas tu tabur serbuk milo bagi terapung dalam mug tu, minum macam tak hingat dunia ... walla.


Tapi untuk semua resipi Kak As memang tak masukkan langsung gula sebab memang dah manis. Aiskrim dah manis, pisang dah manis, milo dah manis.  Kalau uolls rasa perlu juga nak rasa manis, Kak As cadangkan uoll tambah jer madu asli atau gunakan stevia. Kak As ada juga jual stevia jenis cecair ni. Cuma bubuh 1 atau 2 titik sudah  memadai.


Ada banyak lagi resipi untuk dicuba.  Resipi akan diberi kepada setiap pembeli ESP secara percuma. Boleh dapatkan ESP untuk kegunaan seisi keluarga pada harga istimewa untuk bulan Oktober ni. Lepas tu beli juga Mealshake untuk si manja pada istimewa hanya untuk bulan Oktober juga.  Ada seminggu jer lagi!!!


Wednesday, 24 September 2014

Resipi Hari Ini - Hummus

Dah lama dah Kak As teringin nak buat sendiri hummus.  Selalu jumpa di restoran menjual makanan arab jer. Nampak macam senang jer nak buat, yang penting rasa pun mesti sedap dan sedap!!!

Apa hummus ni??
  1. Hummus or houmous is a Levantine food dip or spread made from cooked, mashed chickpeas blended with tahini, olive oil, lemon juice, salt and garlic. Wikipedia
    1. Nutrition Facts
      Hummus, commercial
      Amount Per 1 tbsp (15 g)
      Calories 25
    2. % Daily Value*
      Total Fat 1.4 g2%
      Saturated fat 0.2 g1%
      Polyunsaturated fat 0.5 g
      Monounsaturated fat 0.6 g
      Cholesterol 0 mg0%
      Sodium 57 mg2%
      Potassium 34 mg0%
      Total Carbohydrate 2.1 g0%
      Dietary fiber 0.9 g3%
      Protein 1.2 g2%
      Vitamin A0%Vitamin C0%
      Calcium0%Iron2%
      Vitamin D0%Vitamin B-60%
      Vitamin B-120%Magnesium2%
      *Percent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
    Feedback
    Sources include: USDA

Makanya Kak As pun bertanyalah kepada Miss Google macamana nak buat hummus ni.  Ohhh senang jer rupanya.  Ada macam2 versi tetapi lebihkurang jer bahan asas dan cara membuatnya.

Ini adalah resipi yang Kak As cuba hari ni :


2 ulas bawang putih - dicincang kasar2

1/4 cawan jus lemon
1/4 cawan air
1 tin 400 gm kacang kuda dalam tin - Kak As guna chickpeas/garbanzo jenama Kimball
1/2 cawan tahini
garam (ikut sesedap rasa)




Tapi Kak As tak jumpa tahini tu. Semalam pergi cari kat Kedai Syarikat Perniagaan Ghaffar yang jual barangan dari negara2 Arab, tapi tak ada.  Mujur Kak As jumpa cara2 nak buat sendiri tahini ni. Caranya satu paket bijan Kak As goreng tanpa minyak atas api sampai kuning dan garing. Blend dgn minyak zaiton sampai halus macam kerisik tu. Baunya punyalah harum!!  Lepas tu boleh campurkan ke dalam bahan2 untuk membuat hummus. Baki tahini ni janganlah dibuang, simpan dalam tupperware letak je dalam peti sejuk. Nanti boleh guna di lain kali.

Ok .. macamana nak buat hummus ni. Punyalah senang.  Tapiskan kacang kuda dan bilas sedikit. Masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain dan blend sampai halus. Siap!!!!


Macamana nak makan??  Ada orang yang suka makan terus begitu jer.  Ada yang suka tambah sikit cili merah dicincang, atau lada hitam. Kak As tambah paprika dengan olive oil lagi.  

Boleh makan dengan roti sandwich yang dibakar, dimakan dengan roti pita, dimakan dgn sayuran mentah (daun salad, timun, carrot dsbnya) dan sebagai inti sandwich, burger dan lain2 lagi. Tak ada limit kepada kreativiti!!!

Oh yer ... kalau dah selesai makan, masih ada berbaki hummus tu, boleh jer simpan dalam peti sejuk kerana ianya tahan seminggu dalam keadaan bertutup rapi.

Macamana hummus yang Kak As buat?? hrmmm sedappp ... macam kat kedai arab le juga walaupun tak dapat tahini yang sebenarnya. Ini kes POYO (Proud of your own).  Jommm makan ... Bismillahhirrahmanirrohim


Wednesday, 27 August 2014

Resipi Orang Dalam Pantang

Hari ni Kak As banyak meronda kat FB. Jumpa macam2 artikel menarik untuk dikongsi dengan uolls.  Antaranya resipi untuk orang2 yang baru bersalin, dalam pantang.


Memang masyarakat Melayu ni terkenal dengan kuat berpantangnya. Macam Kak As dulu betul2 stress masa dalam pantang, minum air banyak tak boleh, makan sayur tak boleh.  Takut angin le, takut kembang urat le ... tapi bila kita menyusu badan, kita jadi dahaga sangat. Bila tak makan sayur kita dapat sembelit.  Disebabkan Emak bersusahpayah menjaga Kak As semasa dalam pantang, terpaksalah Kak As ikut jer  pantang-larang tu kerana bimbang melawan cakap Emak. Kak As diam dan patuh aje lah. Alhamdulillah, itu kisah bertahun2 yang lalu ... dah jadi kenangan silam kihkihkih!!!

Ok jom kita tengok resipi orang berpantang. Kalau bukan pantang bersalin pun, kalau teringin nak mencuba apa salahnya. Cuma satu pesan Kak As, pastikan makan dengan nasi panas2 ... hrmm mesti berselera.


************************************************************************************************

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam
Cara-cara:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
Cara-cara:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dihiris.

Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:

  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak


Cara-cara:

Goreng ikan bilis hingga ranggup
Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:

  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam


Cara-cara:

Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:

  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang
Cara-cara:
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:

  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa


Cara-cara:

Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air
Cara-cara:
Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
Panggang ayam
Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
Bahan B
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)


Cara-cara:

Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan B, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
Bila dah pekat, boleh disiram ke atas ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
Cara-cara:
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah
Cara-cara:
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE 

kredit Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia