Friday, 25 April 2014

Vivix - Gunakan Purple Carrot

Macam Kak As bagitau ari tu, selain anggor muscadine, Vivix juga mggunakan satu lagi tumbuhan istimewa Purple Carrot atau lobak ungu.


Purple Carrot ni kaya dgn Anthocyanins iatu sejenis antioksidan,  Ia juga kaya dgn Vitamin A, beta-carotene dan phytochemical. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa pigment warna ungu ini berkeupayaan meningkatkan daya ingatan dan daya penglihatan, melindungi serangan jantung, bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-radang. Beta-carotene dan phytochemical pula didapati mampu megurangkan risiko mendapat kanser.


Carrot ini rasanya manis dan rangup kalau dimakan mentah sebagai salad.  Di dalam Vivix semua kebaikan tersebut disatukan dalam pekatan yang sungguh enak dan berkhasiat tinggi.


Tuesday, 22 April 2014

Anggur Muscadine - Ramuan Penting Dalam Vivix

Dah pernah minum Vivix? Kalau belum Kak As nak bagitau rasanya sedap sangat. Rasanya masam2 manis, ada rasa kelat sikit.  Bolehlah kita umpamakan macam rasa minuman ribena tapi lebih pekat, lebih kaw2 ... mungkin 5 kali  lebih pekat dari ribena.


Apa kandungan istimewa Vivix ni?  Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatom, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah bahan fitokimia yang terdiri dpd sebatian tanaman yang kaya khasiat antioksidan dan kebaikan antipenuaan.

Jadi hari ni Kak As nak cerita tentang keistimeaan bahan utamanya iaitu anggur muscadine.  
  1. Muscadine ialah spesis anggur yang berasal dari Amerika Selatan dan memerlukan suhu panas lembab untuk tumbuh subur. Kini ianya banyak ditanam  di Alabama, Arkansas, Kentucky, Texas dan beberapa negeri lagi di Amerika Syarikat.  Anggur ini berbeza dengan anggur biasa yang memerlukan suhu sejuk dingin.
  2. Buah yang masak selalunya berwarna ungu gelap atau hitam. Buah ini mempunyai  isi dan kulit yang pejal dan tegap.
  3. Dikenali juga sebagai "super grape" kerana ia boleh membesar sehingga sebesar bola golf.
  4. Anggur muscadine mampu menahan dirinya dari serangan bakteria dan fungus dan tidak perlu disembur racun serangga
  5. Anggur biasa mempunyai 19 pasang kromosom manakala anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom menjadikan lebih tahan lasak kpd gangguan persekitaran
  6. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang paling tinggi yg pernah mereka kaji, 6-8 kali lebih tinggi berbanding buah blueberries.
  7. Kaya dgn antioksidan yg dikenali sbagai Oligomeric Proanthocyanidin (OPC). Antioksidan ini lebih tinggi berbanding dgn yg terdapat di dalam Vitamin C dan Vitamin E
  8. Mempunyai resveratrol yg 6 kali lebih tinggi dpd anggur merah - melindungi dari bacteria dan fungus
  9. Satu2nya spesis anggur yang mempunyai Ellagic Acid yg bersifat antikanser dan antiradang

Shaklee menggunakan keseluruhan anggur muscadine ini kerana mempunyai fungsinya yg unik :
  1. Kulit anggur  - antioksidan dan phytonutrient yang tinggi
  2. Biji anggur - kandungan resveratrol yang tinggi
  3. Isi anggur  - nilai nutrient yang penting
Patut pun Vivix sangat tinggi nilainya. Kalau 1 tumbuhan utama sahaja dah banyak khasiatnya, bagaimana pula gabungan 4 tumbuhan eksklusif.  Insyaallah lepas ni Kak As nak cerita tentang khasiat 3 lagi tumbuhan yang terdapat dalam Vivix.

Pastikan setiap kita mendapat kebaikan dari sirap istimewa ini.




Monday, 21 April 2014

Solat Atas Katil Hospital

Dalil dari al-Quran ;

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا


Yang bermaksud ; Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya. –An-Nisa : 103.


Begitulah Allah SWT mewajibkan solat bagi sesiapa saja yang mengaku dirinya Islam apabila telah memenuhi syarat2 yang ditetapkan iaitu 

-  Islam
-  Baligh
-  Berakal
-  Suci dari haid dan nifas  

Perintah menunaikan solat ini merangkumi dalam keadaan apa sekalipun kita ketika itu - sedang bekerja, dalam musafir, sedang sakit, sedang istirehat atau sebagainya.  



Maka timbul pertanyaan bagaimana nak menunaikan solat di hospital atau ketika sakit, tidak mampu berdiri, rukuk dan sujud. Nak ke surau hospital jauh dan tak mampu nak berjalan. Mungkin mudarat terjatuh semasa berjalan itu. Maha Suci Allah Yang Pengasih dan Penyayang; diberi kemudahan untuk kita bersolat samada secara berdiri sempurna, duduk di kerusi, duduk di atas katil, berbaring hatta dengan isyarat mata sekalipun.  Begitulah betapa pentingnya kita melaksanakan perintah untuk menunaikan ibadah solat.


Di atas adalah cara menunaikan solat di atas katil hospital.  Maka dengan  keringanan tersebut tidak ada alasan lagi utk kita tidak menjalankan perintah Allah yang paling utama ini.


Sunday, 20 April 2014

Bangun Bangun Bangun ... Ceriakan Pagi Anda!!!!



Adik bangun!! Kakak Bangun!! isyyy mentang2 hari ni Ahad, lepas solat subuh hangpa sambung tidor balik yer. Tak elok tidor selepas subuh tau, nanti rezeki payah nak masuk.

Alahh Mama ni bebel pulak. Sehari jer dalam seminggu kami nak bangun lambat. Hari2 lain pukul 6 kami dah siap mandi dah .... blablabla (menjawab tu).

Amboi anak2 dara ni. Macamana badan nak sihat sebab hangpa tak cergas langsung. Lepas tu bising kenapa berat badan susah nak turun. Jangan pulak kata supplement Shaklee ni tak bantu berat badan turun tau. Memang hangpa dah amik Alfafa + Lecithin + Herblax mengikut sukatan, tapi selalu sangat hangpa langgar diet tu. Sesekali makan kat luar ... hrm chicken chops, nasi kandaq, char kow teow semua dibedal. Berapa ribu kalori tu??? But you lack exercise .... banyak kalori dan lemak nak kena bakar.

Tengok tikus2 kat dalam video ni, semua gemuk2. Tapi semangat depa kuat. Exercise macam nak giler, last sekali slim ... hensem lagi beb.  

What Mama? tikus hensem?? kahkahkahkah

Ok lah, moral of the storynya kalau hendak seribu daya ... nak sesuatu mesti ada usaha. walaupun video ni sebetulnya promote kereta Kia ... tak kisahlah kan. Yang penting semangat tikus ni. So utk orang2 yang nak kurus tu ... kena ada usaha yg kuat. Ambil supplement bersesuaian, jaga diet harian dan bersenam !!!!



Thursday, 17 April 2014

Sup Ikan


Saperti dijanjikan sebelum ni, dalam blog kesihatan ni Kak As nak selitkan juga resipi sihat.  Apa  yang dimaksudkan dengan resipi sihat? Resipi sihat ialah resipi yang menggunakan bahan2 semulajadi yang segar, tidak atau kurang menggunakan lemak, minyak dan bahan perasa tiruan.

Hari ni Kak As nak kongsi resipi Sup Ikan yang Kak As dapat dari blog DelimaZamrud.my. Terimakasih dear, semoga ilmu yang dikongsi ini menjadi saham akhirat kelak.

Resipi ni sesuai untuk mereka yang gemar makan sup, atau sedang sakit atau demam, sedang dalam pantang atau yang sedang mengamalkan diet untuk bagi turun berat badan.  Jadi customer Kak As yang ambil set menurunkan berat badan kombinasi 1 (Alfafa + Lecithin + ESP) atau kombinasi 2 (Herblax + Lecithin + Cinch Tea + Cinch Shake Mix) bolehlah masukkan resipi ini dalam menu diet harian you all yer.

Jom kita tengok resipi mudah yang sedap ni!!

Bahan-bahan

3 potong ikan merah (dicuci bersih dengan sebiji limau nipis)
1 bungkus sup bunjut ikan cap Adabi
1 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dihiris kasar2
1 biji tomato dibelah 4
1 biji carrot dipotong panjang2
3 batang celery dipotong serong
2 inci halia dihiris nipis
6 biji cili api di belah 2 (kalau tak mau pedas bolehlah dikurangkan)
1 liter air
Garam dan lada hitam secukup rasa


Cara Memasak

1.  Panaskan air hingga menggelegak
2.  Masukkan halia, bawang putih dan bawang besar
3. Masukkan ikan dan biar hingga bertukar warna
4. Masukkan sup bunjut, carrot, garam dan lada hitam
5. Setelah rasa sesuai, masukkan pula celery, tomato dan cili padi.
6. Kacau2 sebentar dan tutup api