Sunday, 20 April 2014

Bangun Bangun Bangun ... Ceriakan Pagi Anda!!!!



Adik bangun!! Kakak Bangun!! isyyy mentang2 hari ni Ahad, lepas solat subuh hangpa sambung tidor balik yer. Tak elok tidor selepas subuh tau, nanti rezeki payah nak masuk.

Alahh Mama ni bebel pulak. Sehari jer dalam seminggu kami nak bangun lambat. Hari2 lain pukul 6 kami dah siap mandi dah .... blablabla (menjawab tu).

Amboi anak2 dara ni. Macamana badan nak sihat sebab hangpa tak cergas langsung. Lepas tu bising kenapa berat badan susah nak turun. Jangan pulak kata supplement Shaklee ni tak bantu berat badan turun tau. Memang hangpa dah amik Alfafa + Lecithin + Herblax mengikut sukatan, tapi selalu sangat hangpa langgar diet tu. Sesekali makan kat luar ... hrm chicken chops, nasi kandaq, char kow teow semua dibedal. Berapa ribu kalori tu??? But you lack exercise .... banyak kalori dan lemak nak kena bakar.

Tengok tikus2 kat dalam video ni, semua gemuk2. Tapi semangat depa kuat. Exercise macam nak giler, last sekali slim ... hensem lagi beb.  

What Mama? tikus hensem?? kahkahkahkah

Ok lah, moral of the storynya kalau hendak seribu daya ... nak sesuatu mesti ada usaha. walaupun video ni sebetulnya promote kereta Kia ... tak kisahlah kan. Yang penting semangat tikus ni. So utk orang2 yang nak kurus tu ... kena ada usaha yg kuat. Ambil supplement bersesuaian, jaga diet harian dan bersenam !!!!



0 comments:

Post a Comment