Dah pernah minum Vivix? Kalau belum Kak As nak bagitau rasanya sedap sangat. Rasanya masam2 manis, ada rasa kelat sikit. Bolehlah kita umpamakan macam rasa minuman ribena tapi lebih pekat, lebih kaw2 ... mungkin 5 kali lebih pekat dari ribena.
Apa kandungan istimewa Vivix ni? Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatom, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah bahan fitokimia yang terdiri dpd sebatian tanaman yang kaya khasiat antioksidan dan kebaikan antipenuaan.
Jadi hari ni Kak As nak cerita tentang keistimeaan bahan utamanya iaitu anggur muscadine.
- Muscadine ialah spesis anggur yang berasal dari Amerika Selatan dan memerlukan suhu panas lembab untuk tumbuh subur. Kini ianya banyak ditanam di Alabama, Arkansas, Kentucky, Texas dan beberapa negeri lagi di Amerika Syarikat. Anggur ini berbeza dengan anggur biasa yang memerlukan suhu sejuk dingin.
- Buah yang masak selalunya berwarna ungu gelap atau hitam. Buah ini mempunyai isi dan kulit yang pejal dan tegap.
- Dikenali juga sebagai "super grape" kerana ia boleh membesar sehingga sebesar bola golf.
- Anggur muscadine mampu menahan dirinya dari serangan bakteria dan fungus dan tidak perlu disembur racun serangga
- Anggur biasa mempunyai 19 pasang kromosom manakala anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom menjadikan lebih tahan lasak kpd gangguan persekitaran
- Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang paling tinggi yg pernah mereka kaji, 6-8 kali lebih tinggi berbanding buah blueberries.
- Kaya dgn antioksidan yg dikenali sbagai Oligomeric Proanthocyanidin (OPC). Antioksidan ini lebih tinggi berbanding dgn yg terdapat di dalam Vitamin C dan Vitamin E
- Mempunyai resveratrol yg 6 kali lebih tinggi dpd anggur merah - melindungi dari bacteria dan fungus
- Satu2nya spesis anggur yang mempunyai Ellagic Acid yg bersifat antikanser dan antiradang
Shaklee menggunakan keseluruhan anggur muscadine ini kerana mempunyai fungsinya yg unik :
- Kulit anggur - antioksidan dan phytonutrient yang tinggi
- Biji anggur - kandungan resveratrol yang tinggi
- Isi anggur - nilai nutrient yang penting
Patut pun Vivix sangat tinggi nilainya. Kalau 1 tumbuhan utama sahaja dah banyak khasiatnya, bagaimana pula gabungan 4 tumbuhan eksklusif. Insyaallah lepas ni Kak As nak cerita tentang khasiat 3 lagi tumbuhan yang terdapat dalam Vivix.
Pastikan setiap kita mendapat kebaikan dari sirap istimewa ini.
0 comments:
Post a Comment