Sunday, 6 July 2014

Kurma Kurma Kurma

Bila tiba bulan Ramadhan ni, yang paling sinonim sekali dengan kita ialah kurma atau tamar.  Memang dari kecik lagi, Kak As dah diajar untuk berbuka dengan 3 biji kurma atau tamar. Suka atau tak suka kena makan kurma, lepas tu baru makan benda lain.

Semasa di Madinah dulu Kak As sempat melawat ke ladang
kurma.  Waktu tu kurma sedang masak dan sedia untuk dituai 

Semasa di Mekah dan Madinah kita dapat makan kurma segar yang
manis kelat rasanya  dan rangup isinya. Hrmmm sedap sungguh

3 biji kurma untuk setiap kali berbuka puasa
Waktu tu tak tau pun pasal apa kena makan kurma melainkan nak dapat pahala sunat.  Masa zaman Kak As dulu, kurma ni kita jumpa bulan Ramadhan dan masa orang balik dari Mekah jer. Masa2 lain susah betul nak jumpa kurma.

semua nak beli bila berada dekat kedai Syarikat Abdul Ghaffar ni!!!

Tapi sekarang senang sungguh nak jumpa makan kurma. Pergi jer mana2 supermarket, pasar malam, ekspo pertanian ... sepanjang masa ada kurma. Atau macam Kak As di Penang ni, pergi je ke kawasan Little India banyak kedai mamak jual kurma. Atau pergi ke Bukit Tengah ... ada gudang Yusof Taiyoob atau Syarikat Abdul Ghaffar.  Pilihlah nak kurma jenis apa, import dari mana, semua ada.


Rupa2 nya banyak sungguh yer khasiat kurma ni.  Bukan saja dari sudut agama, malah dari pandangan perubatan dan kesihatan juga.  Apabila kita berbuka puasa dengan 3 biji kurma, segelas air dan doa memohon keberkatan dari Allah, Insyaallah tubuh badan kita jadi segar untuk kita meneruskan aktiviti ibadah malam pula.


Subhanallah.  Kurma mengandungi pelbagai nutrisi yang memenuhi keperluan tubuh yang hampir 15 jam berpuasa dengan berlapar dahaga.  Jom kita amalkan memakan kurma sebagai makanan harian, bukan semata2 di bulan Ramadhan sahaja.


Friday, 4 July 2014

Oprah dedicates her Going Green special to Shaklee - Better than a franchise



Setiap kita menginginkan suasana dalam rumah yang bersih dan selamat. Macam Oprah, dia pun peminat Basic H dari Shaklee.  Guna beberapa titik ajer untuk mendapatkan hasil yang amazing!!

Akak memang menggunakan Basic H kerana yakin dengan Shaklee yang menekankan 4 konsep berikut dalam menghasilkan produk2 kegunaan dalam rumah :

SAFE CLEAN (BERSIH DAN SELAMAT)
-  rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat di dunia ini

POWERFUL CLEAN (BERSIH DAN BERKESAN)
-  membersih secara berkesan semua kekotoran dalam rumah

GREEN CLEAN (BERSIH DAN MESRA ALAM)
-  penjagaan dalam rumah tidak sepatutnya mencemarkan alam sekitar

SMART CLEAN (BERSIH DAN MENJIMATKAN)
-   penggunaan dalam jumlah yang sangat kecil dapat membersihkan ruang yang luas

Ini bukan omongan kosong tau. Dulu Kak As menggunakan pencuci pelbagai jenama untuk menghilangkan kesan2 minyak di lantai dapur.  Satu penutup bahan pencuci untuk dicampur setimba air.  Katanya tak perlu bilas. Tapi kalau tak bilas lantai pulak melekit2.  Dengan Basic H, Kak As masukkan beberapa titik jer dalam bekas penyembur. Kemudian campurkan dengan air secukupnya ikut sukatan ditetapkan. Sembur jer atas lantai dan terus mop. Insyaallah kesan minyak hilang dan tak melekit langsung.


Bancuhan yang sama juga Kak As gunakan untuk sembur atas dapur memasak. Lepas tu lap jer dengan kain bersih .... bersih ajer dapur Kak As. Boleh juga sembur kat atas permukaan kabinet, dinding jubin, lap perabut dan cermin tingkap.

Ada 1001 kegunaannya Basic H ni. Jom ler try guna, tak perlu bimbang nak mop kat lantai atau perabut walaupun ada anak2 kecik merangkak dan melepak atas lantai rumah kita.

Oh yer, selain Basic H, ada juga produk lain saperti HAND DISH WASH CONCENTRATE (untuk mencuci pinggan mangkuk),  FRESH LAUNDRY POWDER (untuk cucian pakaian) dan SOFT FABRIC CONCENTRATE (melembutkan pakaian).



Monday, 30 June 2014

Buah Nenas ... Enak Beb!!!

Bila teringat nenas, air liur mesti kecur.  Bila puasa ni teringat ler macam2 benda pulak kan?? Macam zaman budak2 pulak Kak As ni.


Memang Kak As ni peminat nenas.  Buat jus, makan begitu saja, makan dengan kuah rojak, masuk dalam puding, buat pajeri (mesti ada ikan masin gebu2 tu), buat acar timun-nenas,  semua sedap.  Tapi Kak As tak suka yang muda, nanti makan sikit dah gatal lidah. Kalau beli mesti pilih yang masak ranum, manissss sangat.

Nenas mengandungi banyak Vitamin A dan C yang berperanan sebagai anti-oksidan.  Terdapat juga kalsium, magnesium, zat besi, dektrosa, sukrosa dan enzim bromelin.  Enzim bromelin ni banyak khasiatnya sebagai antiradang, membantu proses penghadaman dan dapat membantu mencegah pertumbuhan sel2 kanser dalam tubuh.  Serat yang tinggi dalam buah ni amat baik untuk mengatasi masalah sembelit.

Kalau ikut orang2 lama, khasiat nenas ni banyak.  Walaupun mungkin tak ada kajian saintifik dibuat untuk buktikan petua tu betul, tidak salah kalau kita mau mencuba kan?

  • Jus Nenas
  • mengatasi masalah cacing dalam usus, mengurangkan masalah sakit keronkong (janganlah bubuh ketul2 ais pulak, memang tak menjadilah), mengatasi masalah pencernaan dan menurunkan berat badan (yang ni paling best ... hihihi)
  • untuk mengatasi sembelit boleh juga minum jus nenas tetapi pastikan nenasnya tidak begitu masak dan agak masam.

  • Daun Nenas
  • cuci bersih, buang duri2 tu, tumbuk, tempek pada tempat ynag sakit.  Sesuai untuk masalah bisul, gatal2 dan luka akibat terbakar atau melecur
  • Isi Nenas
  • parut sebiji nenas yang masak. tapiskan dan ambil isinya sahaja (airnya jangan buang ... boleh minum sebagai jus nenas). Ramas isi tadi di kepala yang mengalami masalah kelemumur. Balut dan biarkan selama yang mungkin.  Sebaiknya buat waktu malam dan bersihkan rambut keesukan pagi. Amalkan 2 kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur.
  • isi parutan juga boleh digunakan untuk digosok pada kulit yang mengalami masalah kering dan bersisik. Sebaiknya dilakukan malam hari dan dicuci keesukan harinya.  Lakukan setiap hari.
  • memakan hirisan nenas muda dikatakan dapat mengatasi masalah haid tidak teratur

Walau bagaaimanapun, terdapat beberapa batasan untuk memakan nenas ni.  Bukan semua orang boleh makan nenas sesuka hati terutama pengidap diabetik.  Nenas yang masak ranum dan manis mengandungi gula yang tinggi.  Nenas muda pula berpotensi sebagai Abortivum yang boleh menyebabkan keguguran kandungan.  Nenas juga kadangkalanya boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang mengidap radang sendi.  Tapi kalau teringin juga, makanlah sikit ... sekadar menghilangkan gian!!!


Ehhh tiba2 Kak As teringat TAT NENAS.  Apa la baru 2 hari jer kita berpuasa, Kak As dah teringat kuih raya.  Sabo jer la.

Selamat berpuasa buat semua sahabat Kak As dan pembaca blog ini.


Thursday, 26 June 2014

Kenangan Puasa

Kak As masa kecik2 dulu cukup kuat berpuasa. Suasana berpuasa dulu2 memang menyeronokkan.  Sebab dah tau dekat nak raya ... ada baju baru, kasut baru, duit raya, kuih raya.  Ye lah dulu2 hidup tak mewah, memang hari raya setahun 2 kali jer baru merasa nak bermewah2.  Alhamdulillah.

Rasanya cuaca kat kampung waktu tu sungguh nyaman. Walaupun panas, masih boleh bertahan. Kak As boleh main lagi waktu petang selepas balik mengaji Al-Quran.


Menu bersahur sangatlah simple.  Selalu mesti ada lauk goreng dengan lauk pedas. Kadang2 Emak masak pajeri, mesti bersama telor masin atau ikan masin. Kadang2 sambal sardin, mesti ada telor mata kerbau dicurah kicap dan bawang.  Atau kadang2 sambal ikan bilis, mesti ada ikan masak lemak. Selalu Emak akan letak ulam timun atau buncis goreng atau kobis goreng waktu sahur.  Yang pasti, nasi wajib dimasak subuh2 tu, fresh berasap dari periuk. Tak cerewet pun, kami makan penuh selera. Waktu tu tak jumpa ayam langsung.  Ayam adalah makanan luxury khas untuk rendang hari raya jer. Sob sob sob!!

Tapi anak2 Kak As sekarang ni cukuplah cerewet. Mereka akan tolak ikan terus dari menu.  Yang mereka suka ayam, ayam, ayam!!!! jenuh lah Kak As mereka menu bersahur ... ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam lemak cili padi, ayam halia, rendang ayam,  ayam goreng salut teung atau ayam bakar dalam pemanggang ajaib. Ayam kari?? No no no!! Takut sakit perut kononnya. Sayur? No no no!!! Tak ada selera.

Hrmm ... bila cerewet macam tu,  makan pun secuit jer.  Esok pukul 10 dah terlepek.  Balik rumah waktu petang terus flat ... tak ada chance nak minta tolong di dapor. Kalau tarawih pun mau 8 rakaat jer. Waktu tazkirah nampak gelisah ... letih dan teringat bantal di rumah.

Itu cerita Ramadhan tahun lepas. Tahun ni Kak As dah jumpa penawarnya, Insyaallah.  Set Mighty 3 Gems yang sesuai untuk orang2 yang banyak akal ni.  Pasal apa Kak As yakin Mighty 3 Gems ni dapat membantu?  Jom kita tengok fungsi setiap supplement yang terdapat dalam set ni :


ESP  
  • susu soya berperisa vanilla ini memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
  • indeks glisemiknya yang rendah memberikan lebih tenaga
  • berkeupayaan menghalang dari gastrik
  • menjadi "milk booster" bagi ibu2 yang menyusukan bayi
  • menjadikan kulit lembut dan anjal
Meal Shakes
  • membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa letih
  • lengkap dengan nutrisi diperlukan tubuh (vitamin, zat galian, kalsium, protin dll)
  • mengandungi serat yg membantu mengatasi sembelit
Performance Drink
  • minuman tenaga berperisa oren yg lazat
  • mengekalkan kandungan air dalam badan
  • mampu mencegah dehidrasi akibat keletihan
  • mengawal bekalan gula dalam darah
Hahahah ... lepas ni takder alasan tak mau solat tarawih 20 rakaat campur tazkirah 1 jam campur tadarus 1 jam.  Hehehehhe melawak jer.  Yang penting bukan kuantiti tetapi kualiti ibadah tu ... betul kan???


Sunday, 22 June 2014

Minuman Kecantikan

Kak As baru jumpa satu resipi sihat untuk jadikan kulit kita cantik GLOWING gitu.  Haaa ... raya dah dekat nih, sepanjang Ramadhan ni kalau kita amalkan resipi ni, Insyaallah raya nanti wajah glowing2 semua.  Apa pun, cahaya keimanan dan ketakwaan kita kerana ikhlas beribadah kepada Allah itu lebih utama diharapkan.

Sekali tengok resipi tu Kak As rasa macam tak lalu jer,  sebab beberapa jenis sayur2 dijadikan jus minuman. Kalau buah2 tu biasalah kan, nak jus apa? Epal, nenas, oren, tembikai ... semua sedap.  Alahai, panas2 ni teringin jus tembikai buh ais la pulak ... slurppp!!!  heheheh kita kena tukar ni. Mulai sekarang kita cuba jus sayur le pulak.


Okay dah melalut le pulak.

Kak As sebut jus glowing le senang.  Jus ni Kak as dapat dari penulis OSHA KEY ... tq dear, I am sharing your knowledge with others. Lets glowing everybody!!!

Menurutnya, semakin kita berumur, semakin susut kolagen dalam kulit kita. Itu sebab kulit kita semakin kering, kurang anjal dan mudah berkedut.  Jadi Osha Key cadangkan kita cuba minuman kegemarannya :

Kobis merah, oren dan limau nipis  - tinggi kandungan Vitamin C yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan tinggi juga antioksidan yang mengawal sel2 sihat dari serangan radikal bebas

Beetroots mengandungi zink dan copper yang penting utk kesihatan kulit.  Beetroots juga penting utk kesihatan hati yang merupakan organ penting utk penapisan darah. Darah yang bersih dan kulit yang sihat adalah saling berkaitan.

Halia mengandungi antiradang dan antioksidan. Antiradang mampu mengurang sebarang kesan radang kulit.

Timun mengandungi 96% air dan memberi kesan pelembapan pada kulit secara semulajadi.

Lobak merah mengandungi antioksidan beta-carotene yang baik untuk kesihatan kulit.  

Okay .... cara nak buat Jus Glowing ni (utk minuman seorang yer, kalau nak minum ramai2, tambah darab semua bahan2 nye yer.
  • ½  biji kobis merah
  • 1 biji beetroots bersaiz sederhana
  • 1 biji lobak merah
  • 1 timun bersaiz sederhana
  • 1 biji oren
  • ½  biji limau nipis
  • 2 inci halia
Cara nak buat :
  • Bersihkan semua bahan. Sebaiknya gunakan sumber organik untuk lebih sihat
  • Perah oren dan limau nipis menggunakan pemerah tangan
  • Kisar bahan2 yang lain menggunakan mesin pengisar jus.
  • Satukan bahan yang dikisar dengan perahan limau dalam satu gelas dan ENJOYYY.
ni rupa Glowing Juice yg disarankan oleh Osha Key

Errr ... kalau Kak As nak modified sikit boleh tak? Kak as nak bubuh 2 titik stevia sebagai pemanis dan beberapa kiub air batu. Baru le lebih NIKMATTTTT.

Selain daripada Jus Glowing ni, kita boleh juga cantikkan kulit bagi glow2 juga dengan menggunakan prduk Shaklee.

Untuk kecantikan dalaman, terdapat beberapa supplement yang berfungsi menjadikan kulit sihat, anjal dan berseri.


Untuk kecantikan luaran pulak, Shaklee mempunyai 2 regim pembersihan kulita yang utama iaitu Nutriwhite dan Enfusselle.  Penerangan lanjuta tentang set kecantikan dalaman dan luaran ni akan Kak As sentuh dalam artikel yang akan datang yer.  Tunggu!!!!




Tapi kalau uolls tak sabar nak tunggu next entry, boleh jer hubungi Kak As untuk keterangan lanjut. nak tau pasal supplement pun boleh, pasal set skin care pun boleh.  Beli awal2 supaya glowing sebelum raya yerk!!