Bila tiba bulan Ramadhan ni, yang paling sinonim sekali dengan kita ialah kurma atau tamar. Memang dari kecik lagi, Kak As dah diajar untuk berbuka dengan 3 biji kurma atau tamar. Suka atau tak suka kena makan kurma, lepas tu baru makan benda lain.
Semasa di Madinah dulu Kak As sempat melawat ke ladang kurma. Waktu tu kurma sedang masak dan sedia untuk dituai |
Semasa di Mekah dan Madinah kita dapat makan kurma segar yang manis kelat rasanya dan rangup isinya. Hrmmm sedap sungguh |
3 biji kurma untuk setiap kali berbuka puasa |
Waktu tu tak tau pun pasal apa kena makan kurma melainkan nak dapat pahala sunat. Masa zaman Kak As dulu, kurma ni kita jumpa bulan Ramadhan dan masa orang balik dari Mekah jer. Masa2 lain susah betul nak jumpa kurma.
semua nak beli bila berada dekat kedai Syarikat Abdul Ghaffar ni!!! |
Tapi sekarang senang sungguh nak jumpa makan kurma. Pergi jer mana2 supermarket, pasar malam, ekspo pertanian ... sepanjang masa ada kurma. Atau macam Kak As di Penang ni, pergi je ke kawasan Little India banyak kedai mamak jual kurma. Atau pergi ke Bukit Tengah ... ada gudang Yusof Taiyoob atau Syarikat Abdul Ghaffar. Pilihlah nak kurma jenis apa, import dari mana, semua ada.
Rupa2 nya banyak sungguh yer khasiat kurma ni. Bukan saja dari sudut agama, malah dari pandangan perubatan dan kesihatan juga. Apabila kita berbuka puasa dengan 3 biji kurma, segelas air dan doa memohon keberkatan dari Allah, Insyaallah tubuh badan kita jadi segar untuk kita meneruskan aktiviti ibadah malam pula.
Subhanallah. Kurma mengandungi pelbagai nutrisi yang memenuhi keperluan tubuh yang hampir 15 jam berpuasa dengan berlapar dahaga. Jom kita amalkan memakan kurma sebagai makanan harian, bukan semata2 di bulan Ramadhan sahaja.
0 comments:
Post a Comment