Kak As masa kecik2 dulu cukup kuat berpuasa. Suasana berpuasa dulu2 memang menyeronokkan. Sebab dah tau dekat nak raya ... ada baju baru, kasut baru, duit raya, kuih raya. Ye lah dulu2 hidup tak mewah, memang hari raya setahun 2 kali jer baru merasa nak bermewah2. Alhamdulillah.
Rasanya cuaca kat kampung waktu tu sungguh nyaman. Walaupun panas, masih boleh bertahan. Kak As boleh main lagi waktu petang selepas balik mengaji Al-Quran.
Menu bersahur sangatlah simple. Selalu mesti ada lauk goreng dengan lauk pedas. Kadang2 Emak masak pajeri, mesti bersama telor masin atau ikan masin. Kadang2 sambal sardin, mesti ada telor mata kerbau dicurah kicap dan bawang. Atau kadang2 sambal ikan bilis, mesti ada ikan masak lemak. Selalu Emak akan letak ulam timun atau buncis goreng atau kobis goreng waktu sahur. Yang pasti, nasi wajib dimasak subuh2 tu, fresh berasap dari periuk. Tak cerewet pun, kami makan penuh selera. Waktu tu tak jumpa ayam langsung. Ayam adalah makanan luxury khas untuk rendang hari raya jer. Sob sob sob!!
Tapi anak2 Kak As sekarang ni cukuplah cerewet. Mereka akan tolak ikan terus dari menu. Yang mereka suka ayam, ayam, ayam!!!! jenuh lah Kak As mereka menu bersahur ... ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam lemak cili padi, ayam halia, rendang ayam, ayam goreng salut teung atau ayam bakar dalam pemanggang ajaib. Ayam kari?? No no no!! Takut sakit perut kononnya. Sayur? No no no!!! Tak ada selera.
Hrmm ... bila cerewet macam tu, makan pun secuit jer. Esok pukul 10 dah terlepek. Balik rumah waktu petang terus flat ... tak ada chance nak minta tolong di dapor. Kalau tarawih pun mau 8 rakaat jer. Waktu tazkirah nampak gelisah ... letih dan teringat bantal di rumah.
Itu cerita Ramadhan tahun lepas. Tahun ni Kak As dah jumpa penawarnya, Insyaallah. Set Mighty 3 Gems yang sesuai untuk orang2 yang banyak akal ni. Pasal apa Kak As yakin Mighty 3 Gems ni dapat membantu? Jom kita tengok fungsi setiap supplement yang terdapat dalam set ni :
ESP
- susu soya berperisa vanilla ini memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
- indeks glisemiknya yang rendah memberikan lebih tenaga
- berkeupayaan menghalang dari gastrik
- menjadi "milk booster" bagi ibu2 yang menyusukan bayi
- menjadikan kulit lembut dan anjal
Meal Shakes
- membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa letih
- lengkap dengan nutrisi diperlukan tubuh (vitamin, zat galian, kalsium, protin dll)
- mengandungi serat yg membantu mengatasi sembelit
Performance Drink
- minuman tenaga berperisa oren yg lazat
- mengekalkan kandungan air dalam badan
- mampu mencegah dehidrasi akibat keletihan
- mengawal bekalan gula dalam darah
Hahahah ... lepas ni takder alasan tak mau solat tarawih 20 rakaat campur tazkirah 1 jam campur tadarus 1 jam. Hehehehhe melawak jer. Yang penting bukan kuantiti tetapi kualiti ibadah tu ... betul kan???
0 comments:
Post a Comment