Monday, 30 June 2014

Buah Nenas ... Enak Beb!!!

Bila teringat nenas, air liur mesti kecur.  Bila puasa ni teringat ler macam2 benda pulak kan?? Macam zaman budak2 pulak Kak As ni.


Memang Kak As ni peminat nenas.  Buat jus, makan begitu saja, makan dengan kuah rojak, masuk dalam puding, buat pajeri (mesti ada ikan masin gebu2 tu), buat acar timun-nenas,  semua sedap.  Tapi Kak As tak suka yang muda, nanti makan sikit dah gatal lidah. Kalau beli mesti pilih yang masak ranum, manissss sangat.

Nenas mengandungi banyak Vitamin A dan C yang berperanan sebagai anti-oksidan.  Terdapat juga kalsium, magnesium, zat besi, dektrosa, sukrosa dan enzim bromelin.  Enzim bromelin ni banyak khasiatnya sebagai antiradang, membantu proses penghadaman dan dapat membantu mencegah pertumbuhan sel2 kanser dalam tubuh.  Serat yang tinggi dalam buah ni amat baik untuk mengatasi masalah sembelit.

Kalau ikut orang2 lama, khasiat nenas ni banyak.  Walaupun mungkin tak ada kajian saintifik dibuat untuk buktikan petua tu betul, tidak salah kalau kita mau mencuba kan?

  • Jus Nenas
  • mengatasi masalah cacing dalam usus, mengurangkan masalah sakit keronkong (janganlah bubuh ketul2 ais pulak, memang tak menjadilah), mengatasi masalah pencernaan dan menurunkan berat badan (yang ni paling best ... hihihi)
  • untuk mengatasi sembelit boleh juga minum jus nenas tetapi pastikan nenasnya tidak begitu masak dan agak masam.

  • Daun Nenas
  • cuci bersih, buang duri2 tu, tumbuk, tempek pada tempat ynag sakit.  Sesuai untuk masalah bisul, gatal2 dan luka akibat terbakar atau melecur
  • Isi Nenas
  • parut sebiji nenas yang masak. tapiskan dan ambil isinya sahaja (airnya jangan buang ... boleh minum sebagai jus nenas). Ramas isi tadi di kepala yang mengalami masalah kelemumur. Balut dan biarkan selama yang mungkin.  Sebaiknya buat waktu malam dan bersihkan rambut keesukan pagi. Amalkan 2 kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur.
  • isi parutan juga boleh digunakan untuk digosok pada kulit yang mengalami masalah kering dan bersisik. Sebaiknya dilakukan malam hari dan dicuci keesukan harinya.  Lakukan setiap hari.
  • memakan hirisan nenas muda dikatakan dapat mengatasi masalah haid tidak teratur

Walau bagaaimanapun, terdapat beberapa batasan untuk memakan nenas ni.  Bukan semua orang boleh makan nenas sesuka hati terutama pengidap diabetik.  Nenas yang masak ranum dan manis mengandungi gula yang tinggi.  Nenas muda pula berpotensi sebagai Abortivum yang boleh menyebabkan keguguran kandungan.  Nenas juga kadangkalanya boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang mengidap radang sendi.  Tapi kalau teringin juga, makanlah sikit ... sekadar menghilangkan gian!!!


Ehhh tiba2 Kak As teringat TAT NENAS.  Apa la baru 2 hari jer kita berpuasa, Kak As dah teringat kuih raya.  Sabo jer la.

Selamat berpuasa buat semua sahabat Kak As dan pembaca blog ini.


Thursday, 26 June 2014

Kenangan Puasa

Kak As masa kecik2 dulu cukup kuat berpuasa. Suasana berpuasa dulu2 memang menyeronokkan.  Sebab dah tau dekat nak raya ... ada baju baru, kasut baru, duit raya, kuih raya.  Ye lah dulu2 hidup tak mewah, memang hari raya setahun 2 kali jer baru merasa nak bermewah2.  Alhamdulillah.

Rasanya cuaca kat kampung waktu tu sungguh nyaman. Walaupun panas, masih boleh bertahan. Kak As boleh main lagi waktu petang selepas balik mengaji Al-Quran.


Menu bersahur sangatlah simple.  Selalu mesti ada lauk goreng dengan lauk pedas. Kadang2 Emak masak pajeri, mesti bersama telor masin atau ikan masin. Kadang2 sambal sardin, mesti ada telor mata kerbau dicurah kicap dan bawang.  Atau kadang2 sambal ikan bilis, mesti ada ikan masak lemak. Selalu Emak akan letak ulam timun atau buncis goreng atau kobis goreng waktu sahur.  Yang pasti, nasi wajib dimasak subuh2 tu, fresh berasap dari periuk. Tak cerewet pun, kami makan penuh selera. Waktu tu tak jumpa ayam langsung.  Ayam adalah makanan luxury khas untuk rendang hari raya jer. Sob sob sob!!

Tapi anak2 Kak As sekarang ni cukuplah cerewet. Mereka akan tolak ikan terus dari menu.  Yang mereka suka ayam, ayam, ayam!!!! jenuh lah Kak As mereka menu bersahur ... ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam lemak cili padi, ayam halia, rendang ayam,  ayam goreng salut teung atau ayam bakar dalam pemanggang ajaib. Ayam kari?? No no no!! Takut sakit perut kononnya. Sayur? No no no!!! Tak ada selera.

Hrmm ... bila cerewet macam tu,  makan pun secuit jer.  Esok pukul 10 dah terlepek.  Balik rumah waktu petang terus flat ... tak ada chance nak minta tolong di dapor. Kalau tarawih pun mau 8 rakaat jer. Waktu tazkirah nampak gelisah ... letih dan teringat bantal di rumah.

Itu cerita Ramadhan tahun lepas. Tahun ni Kak As dah jumpa penawarnya, Insyaallah.  Set Mighty 3 Gems yang sesuai untuk orang2 yang banyak akal ni.  Pasal apa Kak As yakin Mighty 3 Gems ni dapat membantu?  Jom kita tengok fungsi setiap supplement yang terdapat dalam set ni :


ESP  
  • susu soya berperisa vanilla ini memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
  • indeks glisemiknya yang rendah memberikan lebih tenaga
  • berkeupayaan menghalang dari gastrik
  • menjadi "milk booster" bagi ibu2 yang menyusukan bayi
  • menjadikan kulit lembut dan anjal
Meal Shakes
  • membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa letih
  • lengkap dengan nutrisi diperlukan tubuh (vitamin, zat galian, kalsium, protin dll)
  • mengandungi serat yg membantu mengatasi sembelit
Performance Drink
  • minuman tenaga berperisa oren yg lazat
  • mengekalkan kandungan air dalam badan
  • mampu mencegah dehidrasi akibat keletihan
  • mengawal bekalan gula dalam darah
Hahahah ... lepas ni takder alasan tak mau solat tarawih 20 rakaat campur tazkirah 1 jam campur tadarus 1 jam.  Hehehehhe melawak jer.  Yang penting bukan kuantiti tetapi kualiti ibadah tu ... betul kan???


Sunday, 22 June 2014

Minuman Kecantikan

Kak As baru jumpa satu resipi sihat untuk jadikan kulit kita cantik GLOWING gitu.  Haaa ... raya dah dekat nih, sepanjang Ramadhan ni kalau kita amalkan resipi ni, Insyaallah raya nanti wajah glowing2 semua.  Apa pun, cahaya keimanan dan ketakwaan kita kerana ikhlas beribadah kepada Allah itu lebih utama diharapkan.

Sekali tengok resipi tu Kak As rasa macam tak lalu jer,  sebab beberapa jenis sayur2 dijadikan jus minuman. Kalau buah2 tu biasalah kan, nak jus apa? Epal, nenas, oren, tembikai ... semua sedap.  Alahai, panas2 ni teringin jus tembikai buh ais la pulak ... slurppp!!!  heheheh kita kena tukar ni. Mulai sekarang kita cuba jus sayur le pulak.


Okay dah melalut le pulak.

Kak As sebut jus glowing le senang.  Jus ni Kak as dapat dari penulis OSHA KEY ... tq dear, I am sharing your knowledge with others. Lets glowing everybody!!!

Menurutnya, semakin kita berumur, semakin susut kolagen dalam kulit kita. Itu sebab kulit kita semakin kering, kurang anjal dan mudah berkedut.  Jadi Osha Key cadangkan kita cuba minuman kegemarannya :

Kobis merah, oren dan limau nipis  - tinggi kandungan Vitamin C yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan tinggi juga antioksidan yang mengawal sel2 sihat dari serangan radikal bebas

Beetroots mengandungi zink dan copper yang penting utk kesihatan kulit.  Beetroots juga penting utk kesihatan hati yang merupakan organ penting utk penapisan darah. Darah yang bersih dan kulit yang sihat adalah saling berkaitan.

Halia mengandungi antiradang dan antioksidan. Antiradang mampu mengurang sebarang kesan radang kulit.

Timun mengandungi 96% air dan memberi kesan pelembapan pada kulit secara semulajadi.

Lobak merah mengandungi antioksidan beta-carotene yang baik untuk kesihatan kulit.  

Okay .... cara nak buat Jus Glowing ni (utk minuman seorang yer, kalau nak minum ramai2, tambah darab semua bahan2 nye yer.
  • ½  biji kobis merah
  • 1 biji beetroots bersaiz sederhana
  • 1 biji lobak merah
  • 1 timun bersaiz sederhana
  • 1 biji oren
  • ½  biji limau nipis
  • 2 inci halia
Cara nak buat :
  • Bersihkan semua bahan. Sebaiknya gunakan sumber organik untuk lebih sihat
  • Perah oren dan limau nipis menggunakan pemerah tangan
  • Kisar bahan2 yang lain menggunakan mesin pengisar jus.
  • Satukan bahan yang dikisar dengan perahan limau dalam satu gelas dan ENJOYYY.
ni rupa Glowing Juice yg disarankan oleh Osha Key

Errr ... kalau Kak As nak modified sikit boleh tak? Kak as nak bubuh 2 titik stevia sebagai pemanis dan beberapa kiub air batu. Baru le lebih NIKMATTTTT.

Selain daripada Jus Glowing ni, kita boleh juga cantikkan kulit bagi glow2 juga dengan menggunakan prduk Shaklee.

Untuk kecantikan dalaman, terdapat beberapa supplement yang berfungsi menjadikan kulit sihat, anjal dan berseri.


Untuk kecantikan luaran pulak, Shaklee mempunyai 2 regim pembersihan kulita yang utama iaitu Nutriwhite dan Enfusselle.  Penerangan lanjuta tentang set kecantikan dalaman dan luaran ni akan Kak As sentuh dalam artikel yang akan datang yer.  Tunggu!!!!




Tapi kalau uolls tak sabar nak tunggu next entry, boleh jer hubungi Kak As untuk keterangan lanjut. nak tau pasal supplement pun boleh, pasal set skin care pun boleh.  Beli awal2 supaya glowing sebelum raya yerk!!


Saturday, 21 June 2014

Makanan dan Kesannya Kepada Penyakit Kanser

Kali ni Kak As nak cerita pasal makanan yang memberi kebaikan kepada penyakit kanser.  Maklum sekarang ni tiap2 hari kita dengar ramai sahabat, saudara-mara atau orang2 terkenal yang mengidap penyakit merbahaya ini.  Ada yang masih berjuang menentang kanser, ada yang telah sembuh sepenuhnya (Alhamdulillah) dan ada yang ditakdirkan meninggal dunia kerana penyakit ini.

Kos perubatan yang mahal serta prosidur rawatan yang menyakitkan menyebabkan semua orang gerun dengan penyakit ni.  Kak As kadang2 sesak dada mendengar kawan2 menceritakan betapa peritnya menjalani pembedahan dan rawatan chemotherapy. 

Ok jom kita kongsikan maklumat yang Kak As dapat dari kawan Kak As.  maaf yer ... artikel ni dalam Bahasa Inggeris.

*******************************************************************************
Malaysia Breast Cancer Network  -  Anticancer Foods

Green Tea - Reduces the growth of the new vessels needed for tumor growth and metastases. Japanese green tea (Sencha, Gyokuro, Matcha, etc.) is more effective than Chinese green tea.
Tumeric and Curry - the most powerful natural anti-inflammatory identified today. It also helps stimulate apoptosis in cancer cells and inhibits angiogenesis. In laboratory, it enhances the effectiveness of chemotherapy and reduces tumor growth. note: to be assimilated by the body, tumeric must be mixed with black powder (not simply with peppers). Ideally it must also be dissolved in oil (olive, canola or linseed oil).
Ginger - acts as a powerful anti-inflammatory and an antioxidant. It also helps reduce the creation of new blood vessels. A ginger infusion also helps alleviate nausea from chemotherapy or radiotherapy.
Cruciform Vegetables - Cabbages (Brussels sprouts, bok choi, Chinese cabbage, broccoli, cauliflower, etc.) contain anticancer molecules which are capable of detoxifying certain carcinogenic substances. They prevent pre-cancerous cells from developing into malignant tumors. They also promote the suicide of cancer cells and block angiogenesis.
Garlic, onions, leeks, shallots, chives - The sulfur compounds of this family reduce the carcinogenic effects of nitrosamines and n-nitroso compounds, which are created in over-grilled meat and during tobacco combustion. They promote cell death in colon, breast, lung, and prostate cancer, as well as in leukemia. 

Vegetables and Fruits Rich in Carotenoids - Carrots, yams, sweet potatoes, squash, pumpkin, certain varieties of potimarron squash (also known as Hokkaido squash), tomatoes, persimmons, apricots, beetroot and all the bright-colored fruits and vegetables (orange, red, yellow, green) contain vitamin A and lycopene, which have the proven capacity to inhibit the growth of cells of several cancer lines, some of which are particularly aggressive (such as brain gliomas).
Tomatoes - It has been proven that lycopene in tomatoes leas to longer survival from prostate cancer in men who consumed tomato sauce in at least two meals a week. note: tomatoes must be cooked in order to release their lycopene. Moreover, olive oil improves its assimilation.
Soy - Soy isoflavones (including genistein, daidzein and glycitein) block the simulation of cancer cells by sex hormones (such as oestrogens and testosterone). They also intervene by blocking angiogenesis. note: Isoflavone supplements (in pill form) have been associated with an aggravation of certain breast cancers, but not soy taken in as food. Furthermore, in many areas of the world today, soy is grown from genetically modified organisms (GMOs). The impact of these genetically-modified plants on cancer growth is unknown.

Mushrooms - Shiitake, maitake, enoki, crimini, portabello, oyster mushroom and thistle oyster mushrooms, and trametes (coriolus) all contain polysaccharides and lentinian, which stimulate the reproduction and the activity of immune cells. These mushrooms are often used in Japan as a complement to chemotherapy to support the immune system.
Herbs and Spices - Herbs such as rosemary, thyme, oregano, basil and mint promote apoptosis in cancer cells and reduce their speed by blocking the enzymes they need to invade neighboring tissues. Carnosol in rosemary is also a powerful antioxidant and anti-inflammatory. Its capacity to enhance the effectiveness of certain chemotherapies has been demonstrated. Parsley and celery contain apigenin, an anti-inflammatory that promotes apoptosis and blocks angiogenesis using a mechanism similar to Gleevec's.
Seaweed - Several varieties of seaweed commonly eaten in Asia contain molecules that slow cancer growth, especially breast, prostate, skin and colon cancer.
Omega-3s - Long-chain omega-3s found in fatty fish reduce inflammation. In cell cultures, they reduce cancer cell growth in a large number of tumors (lung, breast, colon, prostate, kidney, etc.). They also act to reduce the spread of tumors in the form of metastases.

********************************************************************************
Sebahagian kita sukar mendapatkan makanan yang disebutkan di atas atau mungkin kurang mahir menyediakan makanan tersebut. macam kebanyakan sayur, tidak sesuai untuk dimasak lama dalam sup atau secara goreng ... sepertimana yang Kak As selalu masak, goreng belacan ler, goreng sos tiram ler  ... memang sedap tapi semua sayur jadi kecut. Lebih sesuai celor atau makan mentah jer supaya khasiatnya tak hilang.

Selain mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak, adalah baiknya kita mengambil supplement sebagai tambahan.  Terdapat pelbagai produk Shaklee yang dapat menampung keperluan kepada khasiat makanan di atas ;

Green Tea - terdapat dalam CINCH ENERGY TEA MIX
Ginger  -  terdapat dalam PEPPERMINT-GINGER PLUS
Garlic  -  terdapat dalam GARLIC COMPLEX
Sayur kaya Carotenoid,  Cruciform vegetables dan Seaweed   -  terdapat dalam CAROTOMAX
Soya  -  terdapat dalam ESP (Soy Protein Isolate Powder yang diproses dpd soya non.GMO)
Herbs & Spices   -  rosemary dan spearmint juga terdapat di dalam GARLIC COMPLEX
Omega 3   -  terdapat dalam OMEGA GUARD

Selain dpd itu, beberapa supplement Shaklee juga didapati amat membantu untuk pesakit2 kanser atau mereka yang percaya "mencegah lebih baik dari mengubati" seperti  :

VITAMIN C PLUS   -  mengandungi antioksidan yg kuat utk memelihara kesihatan sel2
NUTRIFERON   -  meningkatkan pengeluaran interferon tubuh yg sangat penting utk sistem imun
VIVIX   -   kaya dengan khasiat antioksidan yg mengawal sel dari serangan radikal bebas
VITAMIN E & SELENIUM  -   kaya dengan antioksidan 

Begitulah,  setiap benda yang Allah jadikan di mukabumi ini pasti ada tujuan dan kegunaannya selama mana tidak disalahgunakan. Pasal apa Kak As kata macam pokok poppy. Sekiranya penggunaan disalahgunakan ianya boleh bertukar menjadi dadah merbahaya saperti morfin.  namun jika diguna secara beretika, morfin ini penting untuk tujuan perubatan, malah boleh menjadi bahan masakan yang menyedapkan.
bun dengan biji poppi -  yummy
Ok, sekiranya uoll ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee di atas boleh hubungi Kak As bila2 masa pun .... khidmat nasihat PERCUMA jer you!!

Sunday, 15 June 2014

Cuci Cuci Cuci - Part II

Sabtu ke-2, kerja2 spring cleaning diteruskan.

Dua buah almari pakaian 2 pintu dibeli. Tambahan kepada yang dah sedia ada. Satu untuk bilik belakang satu untuk bilik tengah.  Dah penuh perabut le pulak. Yang penting semua barang disorok dalam almari, biar nampak kemas.  Tak mau dah bubuh dalam storage boxes.


Mulalah askar2 Kak As bawa keluar semua baju, tuala, selimut, underwear dari almari masing2. Tengok dan asingkan mana yang nak digunakan lagi, mana yang nak dibuang, mana yang nak disedeqahkan.  Mengeluh2 mereka penat dan panas.


Sebagai ibu yang baik ... kehkehkeh, Kak As bagi depa minum Performance Drink sejuk. Bagi mereka Vitamin C supaya tak selsema bertarung dengan habuk. Lepas tu masak nasi ayam kegemaran mereka tu. Abah pulak tolong berangkut beberapa kali ke tempat buang sampah, buang kotak2 dan barangan buangan yang berlambak2. Dah macam pekerja majlis perbandaran le pulak.


Terimakasih semua. Luvv uolls. Walaupun penat, tapi uolls ceria. Sepanjang sesi gotong-royong kukkik-kukkik uolls bergelak ketawa.  Hati Kak As berbunga2 bahagia.