Monday, 30 June 2014

Buah Nenas ... Enak Beb!!!

Bila teringat nenas, air liur mesti kecur.  Bila puasa ni teringat ler macam2 benda pulak kan?? Macam zaman budak2 pulak Kak As ni. Memang Kak As ni peminat nenas.  Buat jus, makan begitu saja, makan dengan kuah rojak, masuk dalam puding, buat pajeri (mesti ada ikan masin gebu2 tu), buat acar timun-nenas,  semua sedap.  Tapi Kak As tak suka yang muda, nanti makan sikit dah gatal lidah. Kalau beli mesti pilih yang masak...

Thursday, 26 June 2014

Kenangan Puasa

Kak As masa kecik2 dulu cukup kuat berpuasa. Suasana berpuasa dulu2 memang menyeronokkan.  Sebab dah tau dekat nak raya ... ada baju baru, kasut baru, duit raya, kuih raya.  Ye lah dulu2 hidup tak mewah, memang hari raya setahun 2 kali jer baru merasa nak bermewah2.  Alhamdulillah. Rasanya cuaca kat kampung waktu tu sungguh nyaman. Walaupun panas, masih boleh bertahan. Kak As boleh main lagi waktu petang selepas balik mengaji Al-Quran. Menu...

Sunday, 22 June 2014

Minuman Kecantikan

Kak As baru jumpa satu resipi sihat untuk jadikan kulit kita cantik GLOWING gitu.  Haaa ... raya dah dekat nih, sepanjang Ramadhan ni kalau kita amalkan resipi ni, Insyaallah raya nanti wajah glowing2 semua.  Apa pun, cahaya keimanan dan ketakwaan kita kerana ikhlas beribadah kepada Allah itu lebih utama diharapkan. Sekali tengok resipi tu Kak As rasa macam tak lalu jer,  sebab beberapa jenis sayur2 dijadikan jus minuman. Kalau...

Saturday, 21 June 2014

Makanan dan Kesannya Kepada Penyakit Kanser

Kali ni Kak As nak cerita pasal makanan yang memberi kebaikan kepada penyakit kanser.  Maklum sekarang ni tiap2 hari kita dengar ramai sahabat, saudara-mara atau orang2 terkenal yang mengidap penyakit merbahaya ini.  Ada yang masih berjuang menentang kanser, ada yang telah sembuh sepenuhnya (Alhamdulillah) dan ada yang ditakdirkan meninggal dunia kerana penyakit ini.Kos perubatan yang mahal serta prosidur rawatan yang menyakitkan menyebabkan...

Sunday, 15 June 2014

Cuci Cuci Cuci - Part II

Sabtu ke-2, kerja2 spring cleaning diteruskan. Dua buah almari pakaian 2 pintu dibeli. Tambahan kepada yang dah sedia ada. Satu untuk bilik belakang satu untuk bilik tengah.  Dah penuh perabut le pulak. Yang penting semua barang disorok dalam almari, biar nampak kemas.  Tak mau dah bubuh dalam storage boxes. Mulalah askar2 Kak As bawa keluar semua baju, tuala, selimut, underwear dari almari masing2. Tengok dan asingkan mana yang...

Saturday, 14 June 2014

Cuci Cuci Cuci - Part I

Hari ni kali ke-2 Kak As dan family buat spring cleaning.  Kebetulan semua ada di rumah kan? inilah masa nak buat kerahan tenaga hehehehe Kak As pilih hari Sabtu. Jadi hari Ahad bolehlah depa berehat menghilangkan lenguh2 badan sebelum masuk kerja pada hari Isnin. Sabtu pertama tumpuan Kak As ialah mencuci peti ais. Masyaallah ... rasa berdosa sangat. Banyak rempah, kuah kacang segera, kuah rojak, jem dan mayonis yang dah expired. Ada...

Friday, 6 June 2014

Promosi Jun - VITAMIN E

Vitamin E ... untuk kesihatan JANTUNG, OTAK, KOLON, PROSTAT DAN SISTEM IMUN. Macam biasa Shaklee tawarkan beli 6 botol pada pada harga RM894 dan dapat FREE satu botol lagi bernilai RM149.  Banyak sungguh penjimatan. Kalau uoll nak tau sebotol ni ada 120 kapsul. Kalau kita makan sebiji sehari maknanya sebotol ni boleh tahan sampai 4 bulan.  Tu dia ... jimat sungguh. Uoll tanya nak buat apa beli banyak2?  meh Kak As nak...

Wednesday, 4 June 2014

Makanan Berasid atau Beralkali

Kenapa penting untuk kita tahu makanan kita beralkali atau berasid. Apa pentingnya kita ambil berat tentang makanan berasid atau beralkali ni ni? Meh kita baca pendapat 2 pakar mengenai bahayanya mengambil makanan berasid.   Kenyataan : Dr. Regner Berg (Pakar Kesihatan A.S)Dr. Zhang Jia Rui (Pakar Makanan Seimbang A.S)Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang berasid,  sistem tubuh secara semulajadi akan menarik atau menggunakan...

Tuesday, 3 June 2014

Minyak Vitamin E Dan Kebaikannya Kepada Kulit

Kak As dari dulu lagi, bila sebut je Vitamin E terus teringat kulit yang cantik, tanpa cela. Takder jerawat, jeragat, parut jerawat atau pori-pori besar kat kulit pipi. Takder kedut2 kat pipi, bawah mata dan dahi. Purrrr-fect macam telor rebus dikupas kulitnya.  Fullamak!!! Tapi memang pun ada kebenarannya. Daripada  beberapa artikel yang Kak As baca memang vitamin E ni banyak kebaikannya untuk kulit.  Jom kita lihat 5 kebaikannya...