Saturday, 3 May 2014

GLA - untuk wanita

Dulu2 bila kita dah makin meningkat dewasa, kebanyakan kita wanita ni mula bimbang memikirkan kedatangan fasa menopause. Waktu tu macam2 kita dengar momokan dan fakta akibat kekacauan hormon wanita kita. Mood swing la (kira nak naik angin dan sensitif tak tentu pasal), hot flush la (kira berpeluh siang malam, kena sentiasa mandi dan duduk depan aircond), mudah dapat sakit sendi, kebimbangan tentang hubungan seks, penyakit2 wanita pun mula menjenguk2 dan macam2 lagi.


Kak As ingat waktu tu kawan2 ramai yang kempen utk ambil supplement evening primrose. Memang lah banyak kebaikan supplement ni. Shaklee juga menawarkan supplement yg sama fungsinya tetapi lebih tinggi tahap keberkesanannya iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA).

Setiap kapsul GLA mengandungi minyak biji borage, minyak biji bunga matahari dan Vitamin E.

Mari kita tengok fungsi setiap bahan tersebut :

Minyak Borage


"Borage Oil is used for its rich natural source of gamma-Linolenic Acid (GLA), an important OMEGA-6 fatty acid which is required for healthy skin cell membranes.


In the body, gamma linolenic acid is converted into prostaglandinl. Prostaglandinl helps heal inflammation of the skin and promotes skin health.

Borage seed oil can aid in healing symptoms of dry and cracked skin, eczema and psoriasis (see References).
It has one of the highest amounts of gamma-linolenic acid (omega-6) of seed oils - higher than blackcurrant seed oil or evening primrose oil".

Minyak Bunga Matahari

Minyak biji bunga matahari ini kaya dgn Vit E, Magnesium dan Selenium. 


Vitamin E mpunyai pelbagai fungsi spt menutralkan radikal bebas, mmelihara sel tubuh, mengurangkan simptom athma, arthritis, pra-menopause serta mengurangkan risiko masalah jantung, diabetik dan kolestrerol. 

Magnesium pula bfungsi mngurangkan risiko serangan jantung, mstabil tekanan darah, mningkatkan kesihatan tulang dan merehatkan saraf.

Selenium pula bperanan mperbaiki sel dan DNA tubuh.

************************************************************




Sunday, 27 April 2014

Vitamin C Dulu, Kini dan Selamanya

Kalau sebut jer Vitamin C, perkara perkara yang datang kat kepala Kak As ialah "MASAM".  Tapi walaupun masam Kak As suka vitamin ni.

Kak As memang dari dulu amalkan Vit C sebab ada masalah alergi. Memanjang jer hidung berair dan batuk2. Kadang2 terpaksa makan ubat selsema dan spray hidung kalau masalah dah serius sangat.  Tapi masih juga tak lega2 walaupun masih under control. Masalah alergi ni menyerang waktu pagi dan malam. Paling tak tahan bersin tak berhenti2, sampai bimbang pulak kut2 kedengaran bersin Kak As di seluruh taman perumahan ni.

Selidik punya selidik baru Kak As tau pasal apa susah sangat nak lega.  Rupanya Kak As ambil dose tak cukup ... sebab Kak As makan yang chewable untuk kanak2. Hahahaha ... jangan gelak ye, biar Kak As sorang2 jer gelak.  Sebab apa Kak As ambil vitamin chewable ni? Sebab rasanya sedap, tak masam sangat, Kalau yang masam2 sangat, susah nak makan pulak.

Sekarang Kak As dah jumpa Vit C yang sangat sesuai untuk tubuh Kak As, sesuai untuk orang2 umur dewasa ni. Vitamin C Shaklee  atau nama penuhnya Sustained Release Vita-C Plus ... ambil kau, ada nama penuh lagi!!! Vit C ini terdiri dari 553mg Ascorbic Acid dan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex. Jadi pengambilan sebiji Vit C Shaklee sudah memenuhi keperluan harian tubuh kita.


Sekarang sudah 3 minggu Kak As mengambil Vit C Shaklee ni. Memang dah nampak perubahan yang sangat positif. Walaupun belum hilang sepenuhnya masalah alergi ni, tapi ianya dah berkurang banyak. Kini waktu pagi jer masih bersin2, itu pun sekejap jer.  Alhamdulillah.


So kalau ada sapa2 yang ada masalah yang hampir sama dengan Kak As eloklah cuba ambil Vit C ni. Secara amnya, kajian2 yg dijalankan mendapati Vit C  mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung, keutuhan sel tubuh, kekuatan sistem imun serta kesihatan mata, gusi, otot dan pembuluh darah.


Friday, 25 April 2014

Vivix - Gunakan Purple Carrot

Macam Kak As bagitau ari tu, selain anggor muscadine, Vivix juga mggunakan satu lagi tumbuhan istimewa Purple Carrot atau lobak ungu.


Purple Carrot ni kaya dgn Anthocyanins iatu sejenis antioksidan,  Ia juga kaya dgn Vitamin A, beta-carotene dan phytochemical. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa pigment warna ungu ini berkeupayaan meningkatkan daya ingatan dan daya penglihatan, melindungi serangan jantung, bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-radang. Beta-carotene dan phytochemical pula didapati mampu megurangkan risiko mendapat kanser.


Carrot ini rasanya manis dan rangup kalau dimakan mentah sebagai salad.  Di dalam Vivix semua kebaikan tersebut disatukan dalam pekatan yang sungguh enak dan berkhasiat tinggi.


Tuesday, 22 April 2014

Anggur Muscadine - Ramuan Penting Dalam Vivix

Dah pernah minum Vivix? Kalau belum Kak As nak bagitau rasanya sedap sangat. Rasanya masam2 manis, ada rasa kelat sikit.  Bolehlah kita umpamakan macam rasa minuman ribena tapi lebih pekat, lebih kaw2 ... mungkin 5 kali  lebih pekat dari ribena.


Apa kandungan istimewa Vivix ni?  Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatom, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah bahan fitokimia yang terdiri dpd sebatian tanaman yang kaya khasiat antioksidan dan kebaikan antipenuaan.

Jadi hari ni Kak As nak cerita tentang keistimeaan bahan utamanya iaitu anggur muscadine.  
  1. Muscadine ialah spesis anggur yang berasal dari Amerika Selatan dan memerlukan suhu panas lembab untuk tumbuh subur. Kini ianya banyak ditanam  di Alabama, Arkansas, Kentucky, Texas dan beberapa negeri lagi di Amerika Syarikat.  Anggur ini berbeza dengan anggur biasa yang memerlukan suhu sejuk dingin.
  2. Buah yang masak selalunya berwarna ungu gelap atau hitam. Buah ini mempunyai  isi dan kulit yang pejal dan tegap.
  3. Dikenali juga sebagai "super grape" kerana ia boleh membesar sehingga sebesar bola golf.
  4. Anggur muscadine mampu menahan dirinya dari serangan bakteria dan fungus dan tidak perlu disembur racun serangga
  5. Anggur biasa mempunyai 19 pasang kromosom manakala anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom menjadikan lebih tahan lasak kpd gangguan persekitaran
  6. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang paling tinggi yg pernah mereka kaji, 6-8 kali lebih tinggi berbanding buah blueberries.
  7. Kaya dgn antioksidan yg dikenali sbagai Oligomeric Proanthocyanidin (OPC). Antioksidan ini lebih tinggi berbanding dgn yg terdapat di dalam Vitamin C dan Vitamin E
  8. Mempunyai resveratrol yg 6 kali lebih tinggi dpd anggur merah - melindungi dari bacteria dan fungus
  9. Satu2nya spesis anggur yang mempunyai Ellagic Acid yg bersifat antikanser dan antiradang

Shaklee menggunakan keseluruhan anggur muscadine ini kerana mempunyai fungsinya yg unik :
  1. Kulit anggur  - antioksidan dan phytonutrient yang tinggi
  2. Biji anggur - kandungan resveratrol yang tinggi
  3. Isi anggur  - nilai nutrient yang penting
Patut pun Vivix sangat tinggi nilainya. Kalau 1 tumbuhan utama sahaja dah banyak khasiatnya, bagaimana pula gabungan 4 tumbuhan eksklusif.  Insyaallah lepas ni Kak As nak cerita tentang khasiat 3 lagi tumbuhan yang terdapat dalam Vivix.

Pastikan setiap kita mendapat kebaikan dari sirap istimewa ini.




Monday, 21 April 2014

Solat Atas Katil Hospital

Dalil dari al-Quran ;

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا


Yang bermaksud ; Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya. –An-Nisa : 103.


Begitulah Allah SWT mewajibkan solat bagi sesiapa saja yang mengaku dirinya Islam apabila telah memenuhi syarat2 yang ditetapkan iaitu 

-  Islam
-  Baligh
-  Berakal
-  Suci dari haid dan nifas  

Perintah menunaikan solat ini merangkumi dalam keadaan apa sekalipun kita ketika itu - sedang bekerja, dalam musafir, sedang sakit, sedang istirehat atau sebagainya.  



Maka timbul pertanyaan bagaimana nak menunaikan solat di hospital atau ketika sakit, tidak mampu berdiri, rukuk dan sujud. Nak ke surau hospital jauh dan tak mampu nak berjalan. Mungkin mudarat terjatuh semasa berjalan itu. Maha Suci Allah Yang Pengasih dan Penyayang; diberi kemudahan untuk kita bersolat samada secara berdiri sempurna, duduk di kerusi, duduk di atas katil, berbaring hatta dengan isyarat mata sekalipun.  Begitulah betapa pentingnya kita melaksanakan perintah untuk menunaikan ibadah solat.


Di atas adalah cara menunaikan solat di atas katil hospital.  Maka dengan  keringanan tersebut tidak ada alasan lagi utk kita tidak menjalankan perintah Allah yang paling utama ini.