Diam tak diam dah 6 bulan Kak As mempunyai blog sendiri.
Kak As ni sebagai "orang lama" agak kurang mahir dalam membina blog yang betul2 cun dan tangkap mata. Alhamdulillah, kerana Kak As diberi peluang menyertai group Fighters Shaklee. Semua ahli group ni telah diajar asas2 membina blog. Walaupun Kak As agak slow dan terkial-kial, tapi berjaya juga sudahnya. Alhamdulillah.
Terimakasih kepada semua mentor dan kawan2 dalam komuniti Shaklee yang saling berkongsi ilmu. Tak perlu pun nak keluar wang mengupah pakar blog atau mengikuti kursus2 khas membina blog.
Sebenarnya Kak As belum begitu puashati dengan blog http://sayangdirispectrum.blogspot.com/ ni dan sentiasa mengemaskini settingnya dari semasa ke semasa. Ada beberapa bahagian yang masih belum sempurna dan perlukan penambahbaikan.
Hari ni Kak As berpeluang belajar satu lagi ilmu untuk blogger iaitu "blogwalking". Apa tu?? nak cerita secara teknikal Kak As pun tak pandai. Senang faham, blogwalking macam kita singgah rumah sahabat kita, bertanya khabar dan tinggalkan jejak. Melalui blogwalking kita berpeluang menambah bilangan pengunjung ke blog kita pula.
Tapi yang pentingnya, kita kena rajin dan konsisten. Setiap hari kita perlu melawat paling kurang 10 blog, baca artikel yang ditulis, beri komen2 positif atau membina di ruangan komen yang disediakan. Rutin ni mesti dilakukan setiap hari. Dan lebih penting, kita mesti selalu update blog kita. Jangan hidangkan cerita yang basi kepada pembaca. Mereka hendak baca cerita yang berbeza setiap hari.
Paling penting blog mesti santai dan tak memeningkan kepala pembaca.
Nampak macam mudah, tapi bagi Kak As ianya agak sukar. Setiap hari perlu memerah idea untuk menulis di blog. Tapi bukanlah pula sesuatu yang mustahil. Yang penting mestilah ada perancangan dan disiplin. Jom kita mulakan, kalau tak mulakan sekarang ... sampai bila pun ianya takkan menjadi!!!!
0 comments:
Post a Comment