Sekarang dah mula musim kenduri. Tiap2 minggu Kak As terima banyak jemputan. Jemputan rumah terbuka belum selesai, dah disambung dengan jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, aman makmur rakyat Malaysia ni.
Tahun depan mungkin dapat pulak jemputan majlis kesyukuran menyambut bayi, ada aqiqah, ada cukur jambul. Tapi semudah itu ker dapat baby? tahun ni kahwin, tahun depan dapat baby?? Tidak!!! sekarang ni kita tengok begitu banyak pasangan mengalami masalah kesuburan. Dah kahwin bertahun2 belum dapat cahaya mata.
Kenapa masalah ini berlaku? Ada banyak faktor dikaitkan dengan masalah kesuburan ni. Perlu kita ingat yer, masalah kesuburan bukan melibatkan perempuan jer, tetapi juga lelaki. Jangan jadikan masalah lambat dapat baby sebagai alasan utk lelaki nak menikah lagi. Jomm sama2 pergi jumpa pakar sakit puan, tengok siapa yang sedang menghadapi masalah kesuburan, isteri atau suami? Lepas itu, berusahalah untuk mengatasi masalah tersebut. Jangan suka cari jalan pintas.
Kenapa masalah ini berlaku?? Maaf kali kedua tanya soalan ni, sebab kali pertama tadi tak sempat jawab dah membebel ke lain pulak .... hehehheeh maaf yer. Okay berikut ialah antara punca2nya :
Pihak Suami
Masalah gangguan genetik seperti cystic fibrosis yang menyebabkan lelaki kurang subur.
Gangguan hormon yang boleh menghalang penghasilan sperma yang mencukupi.
Masalah pembengkakan pembuluh darah vena yang terletak di bahagian atas dan kiri buah zakar
Sumbatan saluran sperma yang menyebabkan sperma tidak dapat bergerak lancar
Masalah kesihatan yang menyebabkan berlaku infeksi pada alat kelamin lelaki
Masalah mati pucuk disebabkan kerosakan pembuluh darah atau saraf pada alat kelamin lelaki
Merokok boleh menyebabkan kemandulan pada sesetengah lelaki kerana nikotin dalam rokok mengganggu kepekatan darah
Pengambilan alkohol secara berlebihan akan menurunkan kadar hormon testoron yang akan mengganggu penghasilan sperma
Terdapat beberapa jenis ubat seperti antibiotik, ubat penahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki
Mengidap beberapa penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit saraf yang mempengaruhi kesihatan tubuh untuk menghasilkan sperma yang sihat
Pihak Isteri
Berlaku penyumbatan pada saluran telur yang menghalang sperma masuk ke dalam rahim wanita
Berlaku penyumbatan pada saluran telur yang menghalang sperma masuk ke dalam rahim wanita
***************************************************
So banyak sekali penyebab ketidaksuburan suami isteri ni. Bagi yang menghadapi masalah seperti ini sebaiknya mendapatkan khidmat pakar sakit puan bagi mengenalpasti punca sebenar ketidaksuburan itu. Ada masalah yang yang boleh diselesaikan dengan mengambil ubat atau supplement, dan ada pula yang perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan keadaan.
Di Shaklee terdapat beberapa supplement yang dicadangkan untuk memperbaiki masalah yang melibatkan hormon. Supplement paling best ialah GLA.
Nanti untuk artikel akan datang Kak As nak cerita tentang GLA dan beberapa supplement lain yang dapat membantu masalah kesuburan ini. Tungguuuuu!!!!
0 comments:
Post a Comment