Monday, 18 August 2014

Kanser Ovari dan Shaklee

Maaflah hampir 2 minggu blog ni bercuti .... sebab laptop Kak As meragam. Kadang2 rasa geram sangat, rasa nak .... jer laptop ni.  Tapi sayang pulak, banyak jasanya tau.  Dialah yang banyak bantu Kak As buat online business, bantu bayo bill, bantu surf macam2 blog dan website, bantu upload dan mekap gambo2.  Tanpanya aku kaku .... hehehhe. Terus terang cakap, Kak As selesa buat kerja2 tu dengan laptop berbanding guna handset.


Itu justifikasi sebab apa Kak As lama tak update blog yer ... alasan yang kukuh kan??

Ok last sekali ari tu Kak As ada cerita pasal kanser ovari kan? Dan Kak As pun ada janji nak cerita apa supplement Shaklee yang sesuai untuk pesakit kanser ovari ni.

Terdapat 3 cadangan pengambilan supplement Shaklee untuk mereka yang mengidap kanser ovari terutama yang telah menjalani rawatan hospital, sedang dalam proses pemulihan dan ingin menjaga kesihatan tubuh badan supaya terhindar dari penyakit ini lagi.

Pertama sekali ialah SET ACE :

Mengandungi 3 supplement yang mempunyai fungsinya yang tersendiri

Carotomax  - sumber Vitamin A yang utama. Mengandungi perlindungan antioksida yang diperolehi dari ekstrak tomato, biji anggur, minyak palma, bunga marigold dan tunas brokoli. Pengambilan secara konsisten supplement ini akan membantu mengekalkan kesihatan tubuh, mata dan jantung. Antioksida yangg tinggi (flavanoid dan karotenoid) juga memberi perlindungan kepada sel2 tubuh secara menyeluruh.


Sustained Released Vita-C Plus - membekalkan lebih 500 mg Vitamin C yang sangat penting untuk menyokong kesihatan jantung, sel2 tubuh, mata, tulang, gusi, otot, pembuluh darah dan yang penting sekali meningkatkan sistem imun tubuh.


Vita-E Complex - merupakan antioksidan kuat yang larut lemak yang baik untuk kesihatan jantung, prostat, paru2, kolon dan otak. Antioksidan yang kuat membantu mengukuhkan sistem imun dan menghalang kerosakan sel akibat gangguan radikal bebas.



Cadangan kedua ialah Vivix 

Vivix ialah sirup pekat kaya khasiat polifenol yang meningkatkan tahap kesihatan tubuh, menyokong kekuatan sistem imun, antioksidan bertindak melawan radikal bebas,  menyokong kesihatan otak, menyokong kesihatan jantung dan kardiovaskular, menyokong kesihatan sendi, meningkatkan tenaga fizikal serta mengekalkan kesihatan usus.



Cadangan ketiga ialah supplement GLA

GLA Complex (gamma-linolenic acid) ialah supplement Shaklee yang lebih hebat dari evening primrose oil di pasaran kerana mengandungi Omega-6, asid linoleik dan antioksidan semulajadi yang berfungsi mengawal hormon wanita dan lelaki serta meningkatkan imun sistem tubuh.


Walau macamana pun, berkali2 Kak As kena ingatkan uolls, supplement Shaklee bukanlah ubat. Patuhi arahan pakar perubatan.  Minta nasihat doktor bila masa sesuai untuk  mengambil supplement supaya tidak mengganggu protokol perubatan seperti pembedahan, radioterafi, kimoterafi dan keberkesanan ubat-ubatan khas untuk merawat kanser.

Seperti yang Kak As senaraikan di atas, supplement Shaklee merupakan sumber semulajadi yang bertindak membantu meningkatkan sistem imun tubuh dengan membekalkan antioksidan dan nutrient yang terbaik.

Kita berusaha, Allah jua yang menyembuhkan!!!


Tuesday, 5 August 2014

8 Tanda Awal Kanser Ovari - Jangan Abaikan

Minta ampun.  Kak As masih terasa sedih hari ni.  Semasa umat Islam masih dalam mood raya di bulan Syawal ni, Kak As mendapat berita kehilangan jiran sekampung.  Allahyarhamah yang terkenal dengan sikap peramah dan mudah mesra semasa hidupnya dulu kembali kepada Pencipta akibat kanser ovari.  Innalillahwainnalillahhirrojiun

Sangat menyedihkan kerana Allahyarhamah hanya mengetahui dia mengidap kanser ovari pada peringkat akhir. Pada peringkat sains perubatan tidak mampu membantu menyembuhkannya ... melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Berkuasa.

Kanser ovari  merupakan salah satu yang sering menyerang wanita yang berumur melebihi 50 tahun. Ovari pula merupakan sebahagian dari organ pembiakan wanita yang berfungsi menghasilkan telor setiap bulan. Telor ini jika disenyawakan akan berkembang menjadi janin dan dilahirkan sebagai bayi (mesti cumelll kan?).  Jika tidak disenyawakan, ia akan berkumpul dan keluar dari tubuh sebagai darah haid.  Sememangnya ovari merupakan besar peranannya dalam kehidupan seorang wanita.



Tetapi apabila diserang sel kanser, ianya boleh membahayakan nyawa wanita pula. Siapa golongan yang selalu diserang kanser ini?
  • sebahagian besarnya ialah wanita berusia melebihi 50 tahun
  • risiko adalah lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang mengidap kanser payudara, kolon, rahim atau ovari 
  • wanita yg menggunakan secara berlebihan ubat kesuburan
  • wanita yg menghadapi masalah kesuburan seperti tidak pernah hamil, mengidap endometriosis, senggugut serius dsbnya
  • lewat putus haid (menopos)

Apakah tanda2 awal yang merupakan amaran atau petunjuk bahawa kemungkinan kita diserang sel kanser yang menakutkan ini?? (Nauzubillah himinzaliq).  Tapi pelu diingat, bila ada salah satu atau beberapa tanda ini, janganlah mudah panik.  Sebaliknya segeralah berbincang dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.  Paling penting jangan sesekali memandang sepi tanda2 tersebut ... kononnya tak ada apa2!!!



8 tanda2 awal yg perlu diberi perhatian adalah spt berikut :
  1. kembung perut dan sering dipenuhi angin atau perut terasa semakin bengkak atau membesar ukurlilitnya
  2. sembelit atau cirit birit - berlaku perubahan pada kebiasaan cara membuang air besar
  3. rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian pelvic atau kadang2 pada bahagian perut 
  4. sakit tulang belakang terutama bahagian bawah berhampiran kawasan pelvic
  5. kekerapan membuang air kecil atau kencing yang sukar dikawal
  6. hilang selera makan dan cepat merasa kenyang dan menyebabkan turun berat badan (kita mungkin seronok bila sentiasa rasa kenyang,  tak perlu susah2 nak diet ... tapi elok berhati2 jika perkara ini berlaku tanpa sebab munasabah)
  7. sakit semasa melakukan hubungan kelamin
  8. keletihan melampau yang berterusan walaupun tanpa melakukan sebarang aktiviti berat

Jadi kita tak boleh berserah kepada takdir semata2. Itu tandanya kita menzalimi diri sendiri. Jom kita berikhtiar samada dengan bertemu doktor, menjaga pemakanan kita, mengambil supplement yang dapat mempertingkatkan kesihatan tubuh badan di samping menjaga emosi dan fizikal kita. Paling penting sentiasa memohon bantuan Allah, Dia Penyembuh, Dia Pengampun, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.



Okay dalam artikel akan datang, Kak As nak ceritakan apakah supplement yang disarankan untuk mereka yang mengidap kanser ovari atau lebih baik apakah supplement yang dicadangkan sebagai perisai untuk mengelakkan kita diserang penyakit pembunuh ini.  Sila maklum supplement ini bukanlah ubat, tetapi adalah makanan tambahan yang meningkatkan kesihatan tubuhbadan kita. Tubuh yang sihat, sel yang sihat, antioksidan yang tinggi, alkali tubuh yang tinggi adalah musuh utama kepada sel2 kanser yang jahat.

Tunggu yer ... nanti Kak As tulis artikel untuk uolls yer, nak kena buat survey dulu hihihihi!!!


Friday, 1 August 2014

Aidil Fitri Bersama Shaklee

Alhamdulillah hari ni dah 5 hari kita berada di bulan Syawal. Masih belum terlambat rasanya untuk Kak As mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.


Macamana sambutan hariraya di tempat uolls?  Bagi family Kak As tahun ni rasanya agak meriah jugalah. Memandangkan tahun ni emak Kak As berpuasa dan berhariraya dengan keluarga Kak As, jadi adik2 Kak As pun pakat2 datang berkumpul dekat rumah kami di Perai ni. 


Menu hari pertama ialah ketupat + rendang, nasi himpit + kuah kacang + kuah lodeh, nasi daging + gulai tulang + air asam + sayur campur, kuih dan kek raya.  Boleh tahan juga kan?  Penuh lemak, gula, kolesterol dsbnya.  Hrmmmm tapi cedappp!!!

Jadi sepanjang 5 hari yang lalu ni Kak As tingkatkan pengambilan supplement sebagai perisai untuk tubuh menangkis semua yang dah ter-over ni.  Kak As ambil VIVIX (untuk lebihan gula, untuk antioksida, untuk awet muda hihihi), Ostematrix (untuk tulang yang kuat, untuk pelawasan), Omega Guard (untuk bakar lemak, untuk sisih kolesterol berlebihan), Peppermint-Ginger (untuk masalah penghadaman dan angin dalam perut), Performance Drink (untuk keletihan bersilat di dapur sepanjang hari) dan Alfafa (untuk detoks, buang bahan2 toksin dari tubuh). 


Kalau ikut hati nak amik macam2 supplement lagi, tapi dah kena marah dengan emak Kak As. Dia takut tengok Kak As asyik menelan supplement, walaupun Kak As terangkan ini bukan ubat, ini makanan tambahan jer, dari bahan semulajadi bla, bla, bla!!! Tapi dah emak larang, Kak As patuh jer lah, nanti dia murka pulak.

Sooo .... Insyaallah semua akan terkawal walaupun kawalan diet tak terkawal.  Hrmmm esok ada jemputan open house lagi ... wink wink wink!!!


Saturday, 26 July 2014

Ramadhan Akan Berakhir

Klik Klok Klik Klok ... masa berjalan pantas sekali.  Hari ni dah 28 Ramadhan.  Insyaallah esuk adalah hari terakhir kita berpuasa.

Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima Allah.  Ameenn.

Sepanjang Ramadhan  ni syukur kepada Allah, Kak As dapat berpuasa tanpa banyak masalah.  Sebelum ni setiap kali berpuasa badan lembik, perut pulak selalu pedih pada sebelah petang.  Ye lah, memang macam tu lah orang yang menghidap gastrik.  Mujurnya bukan gastrik kronik.


Tahun ni syukur Kak As diketemukan dengan Mighty 3 Gems Set.  Waktu sahur selain makan nasi, Kak As bancuh ESP dengan Mealshake dan milo.  Kenyang sungguh.  Insyaallah perut cuma terasa lapar waktu petang, tapi tak adalah pedih2 hati macam dulu.

Waktu berbuka pulak selain dari milo dengan ESP, Kak As juga minum segelas Performance Drink bancuh dengan air peti ais.  Kadang2 Kak As mereka2 resipi sendiri. Campurkan dengan ribena atau jus mangga. Hrmmm memang nyaman. Terasa bertenaga je buat ibadah  tarawih.  Di samping itu Kak As juga amalkan supplement Ostematrix untuk jaga kesihatan sendi.  Alahai, biasalah bila umur dah meningkat ni nak bangun duduk bangun duduk berkali2 tu memang mencabar le juga. Silap2 kriuk-kriuk lutut berbunyi. Heee itu sebab kita kena berusaha mencari penawar dan memohon bantuan Allah jua. Alhamdulillah, diberi kemudahan untuk Kak As beribadah tanpa sebarang masalah.


Ni dah nak raya lagi macam2 persiapan kena buat.  Paling Kak As takut ialah masalah penghadaman. Bila dah makan lemang, ketupat, rendang, lontong, kek dan macam2 lagi, mulalah perut nak meragam. Berangin lah, sebu lah, pedih perut lah ... makan tak hengat dunia!!!


Itu sebab Kak As sentiasa standby Peppermint-Ginger. Yang ni memang mujarab, Insyaallah. Bancuh beberapa butir dalam air panas, bila dah larut terus minum.  Habis keluar semua angin satu badan. Performnace Drink pun kena standby sebab kadang2 perut memulas2 dan ke tandas tak berhenti ... boleh lemah satu badan. Oranglain seronok berhariraya, kita monyok jer badan lesu.

Paling penting waktu ni ialah Omega Guard dan Phytocol untuk mengatasi masalah lambakan kolesterol dalam badan. Gerenti tak ramai yang kuat semangat mengawal selera makan. Sanggupkah cuma makan 2 cucuk satay dgn 3 ketul nasi impit dan berketul2 timun dan bawang aje. Kek tak boleh, lemang dan ketupat tak boleh, lontong dan mee kari boleh jeling2 jer ... hihihihi mampu ker kita??? Kalau mampu memang akak salute ler uolls.


Jangan le lupa sambung balik program kawal berat badan. Jangan lupa ambil Alfafa dan Omega Guard ikut jadual.  Minum Cinch Tea dan Cinch Mix Shake dengan teratur. Insyaallah walau pun selepas sebulan berhariraya, body tetap maintain shape.  Badan tetap maintain sihat.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang supplement selepas raya, just roger2 Kak As yer.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.  MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Sunday, 20 July 2014

Makanan dan Diet Pesakit Kanser

Apabila seseorang itu memaklumkan bahawa dia disahkan menghidap kanser, serta-merta dia akan mendapat khidmat nasihat dari kenalan mengenai diet yang perlu dipatuhi dan dielakkan. Sebenarnya kenalan tu semua berniat baik, tetapi samada nasihatnya itu patut dipatuhi atau sebaliknya ... perlukan sedikit pengetahuan dan nasihat pakar perubatan.



Berdasarkan keada artikel "Food For Thought" dari akhbar Sunday Star bertarikh 13 Julai 2014 terdapat beberapa fakta yang boleh dijadikan panduan.  Maklumat ni berguna kalau kita adalah pesakit kanser atau mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser.

Menurut Pakar Onkologi Dr Ravindran Kanesvaran, 20-30% kanser berpunca dari pemakanan. Contohnya pengambilan alkohol yang berlebihan meningkatkan risiko kanser mulut, tekak (pharynx), kotak suara (larynx), usus, hati dan payudara (tapi kita orang Islam ni tak teringin langsung nak tempoh minuman beralkohol ni ... nauzubillah).


Obesiti pulak meningkatkan risiko mendapat kanser di sekitar perut dan usus, payudara (selepas menopos), buah pinggang, tiroid, dan lain2 organ juga.

Terdapat terlalu sedikit bukti yang mengaitkan peranan buah2an dan sayur2an dengan penurunan risiko kanser. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang kuat bahawa LYCOPENE, yang merupakan sumber KAROTENOID yang diperolehi dari tomato berupaya melindungi dari kanser prostate.  "Pengambilan buah2an dan sayur2an tidak mengurangkan risiko kanser, tetapi berupaya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular", kata Dr Ravindran.  So teruskanlah memakan buah2an dan sayur2an dalam diet harian, tetap ada kebaikannya kan.



Walaupun tidak terdapat bukti yang kukuh pengambilan lemak berlebihan meningkatkan risiko kanser, tetapi risikonya jelas kepada penyakit kardiovaskular. Jadi seeloknya kawallah pengambilan lemak, di samping dapat mengurangkan masalah obesiti.

Terdapat beberapa kajian yang  jelas mengaitkan pengambilan daging merah yang banyak akan meningkatkan risiko kanser saluran perut.  Jadi buat peminat2 daging merah ... mulai sekarang eloklah dikurangkan pengambilannya.  Tapi daging merah ni sumber protin yang utama juga. Mungkin dah tiba masanya untuk kita mencari alternatif kepada sumber protin haiwan.

Juga berhati2 dengan pengambilan gula. Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan hyperinsulinaemia (pengeluaran berlebihan hormon insulin) yang berkemungkinan akan meningkatkan risiko kanser terutama hati dan pankreas.



Kajian oleh American Women's Health Initiative menunjukkkan bahawa pengambilan Kalsium dan Vitamin D secara signifikannya membantu mengurangkan risiko kanser payudara antara 14-20%. Cuma pengambilan secara berlebihan tidak akan memberi sebarang manafaat. Kalau memang dah minum susu tinggi kalsium, dah ambil sayur2an tinggi kandungan Vitamin D dalam kuantiti yang mencukupi untuk keperluan harian, dan dengan cara memasak yang sesuai ... ianya adalah memadai untuk memenuhi diet harian kita.


Dr Ravindran memaklumkan pesakit2 kanser terutama yang menjalani rawatan pencegahan kanser memerlukan lebih kalori dalam diet harian.  Justeru itu peakit perlu berhati2 dengan amalan pantang dalam pemakanan.  Pesakit perlu mengambil protin yang mencukupi untuk mengelakkan anaemia, kehilangan otot, oedema dll masalah kesihatan.

Jika seseorang pesakit mengelak pengambil sesuatu makanan sumber nutrient, dia perlu menggantikan dengan sumber yang lain supaya tubuh mendapat nutrient yang lengkap dan seimbang.  Contohnya jika pesakit mengelak sumber protin dalam daging merah, gantikan dengan sumber protin dalam ikan, ayam atau kacang soya.


Yang jelas, kita makan berpada2 tapi pastikan kita tidak mengalami kekurangan zat2 penting.  Mungkin pesakit boleh mengambil beberapa jenis supplement untuk membantu mereka mengatasi kekurangan nutrient dalam tubuh.