Sunday, 11 May 2014

Satu Produk Boleh Buat Semua ... Hebat Kak Bedah!!!

Selama ni Kak As dok bercerita pasal supplement untuk makan jer. Sebetulnya Shaklee ada juga produk untuk kebersihan dalam rumah.


Terdapat 5 produk yang dirangkumkan dalam rangkaian produk GET CLEAN - mengekalkan kehijauan bumi.  Shaklee menawarkan produk2 yang SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan MENJIMATKAN.


Get Clean Water Pitcher
  • jug penurasan air yang mempunyai penapis (filter) yang diperbuat daripada arang tempurung kelapa
  • menghasilkan 303 liter air bersih daripada setiap filter
  • filter berupaya menuras pelbagai bahan cemar seperti plumbum dan sisa kotoran
  • diiktiraf oleh Water Quality Association
  • sangat menjimatkan kerana setiap pembelian disertakan dengan 4 filter gantian yg dianggar bertahan untuk kegunaan setahun (anggaran 3 - 4 bulan bagi setiap filter)
  • mempunyai meter automatik untuk memaklumkan bila filter perlu ditukar
  • tidak perlu disambung ke paip dan tidak menggunakan kuasa elektrik
Terdapat 4 produk lain iaitu bahan pencuci harian.  Ianya bertujuan menggantikan produk rumahtangga kita yang penuh dengan bahan kimia berbahaya seperti kerosene, natrium hipokrot, alkohol terpin, hidrokarbon, posfat, amonia, klorin dan lain2 lagi. Alahai kesiannya kita dan ahli keluarga kita terdedah kepada bahan2 merbahaya yang ada di dapur rumah kita sendiri!!!! Bukan sehari dua, tetapi sudah bertahun2.  Sekarang Kak As rasa bersalah sangat kepada anak2 Kak As ... sob sob sob!!

Itulah sebabnya kita kena bertukar kepada produk yang selamat untuk mereka dan alam sekitar kita.  Jangan kita jadi penyumbang kepada kemusnahan alam.









Jadi baiklah kita bertukar sekarang. Selamatkan keluarga kita dan selamatkan bumi kita daripada bahaya pencemaran bahan kimia yang memberi kesan buruk kepada kesihatan dan persekitaran.

Sebarang pertanyaan mengenai produk bolehlah kemukakan kepada Kak As yer.


Pstttt - maaf ada keterangan gambar dalam Bahasa Malaysia, ada dalam Bahasa Inggeris. Dah gambar tu jer yang Kak As ada. Kalau uoll nak Kak As translate pun boleh, just sms/whatsap .. Kak As sedia membantu ye.  

Thursday, 8 May 2014

Makan Pagi Dengan Kacang Pool

Memang kuah kacang pool ini adalah makanan kegemaran Kak As sebab nak buatnya mudah sangat dan rasanya pun sedap (walaupun kalau tak pandai memasak ... heheheh magik tu!!)

Bagi Kak As resipi ni sihat dan sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa dan kanak2. Nak makan pagi pun boleh, petang pun boleh, malam pun boleh .. tak ada masalah protokol.  Sesuai dimakan dengan roti putih, roti bakar, roti perancis, capati atau apa2 ajalah, janji sesuai selera.


Resipi ini dikatakan berasal dari Timur Tengah tetapi telah diubahsuai ikut selera tempatan. Kacang pool atau Foul Medammas ini kaya dengan khasiat protin, karbohidrat, sodium dan fiber. Resipi yang Kak As guna hari ni adalah kombinasi beberapa resipi dari blog2 resipi. Terima kasih tuan2 blog, semoga Allah memberkati tuan/puan kerana berkongsi ilmu.

Jom kita tengok cara memasak resipi sempoi ni :

Bahan Kuah

200 gm daging/ayam/kambing dicincang halus (ada yg siap kisar macam jenama Ramly atau Ayamas)
1 tin kacang pool jenama  Kimball
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji bawang besar atau 6 ulas bawang kecil
2 sudu besar serbuk kari daging
1 camca teh serbuk ketumbar
Garam, gula, minyak zaitun

Cara Memasak Kuah
  1. Kisar bawang kecil/besar, bawang putih dan halia
  2. Panaskan minyak zaitun.  Tumis bahan kisar. Bila dah harum masukkan serbuk rempah daging dan ketumbar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Perlahankan api dan kacau hingga rempah masak sempurna. Kalau terlalu kering, boleh ditambah air sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan daging kisar dan sedikit air, kacau hingga daging betul2 masak.
  4. Tambahkan perisa garam dan gula hingga sesuai rasanya.
  5. Lenyekkan sedikit kacang pool hingga separuh hancur (kalau blend nanti hancur terus, tak best)
  6. Masukkan kacang pool ke dalam kuah tadi dan biarkan masak hingga sebati rasanya. Kalau terlalu kering, tambah air sedikit demi sedikit. Kuahnya mesti pekat, baru syok makan.


Hiasan

Telor digoreng mata kerbau, bahagian kuning jangan terlalu masuk
Tomato diotong dadu
Bawang besar atau bawang holland dipotong dadu
Cili hijau dan cili merah dihiris nipis
Limau kasturi dibelah 2
Minyak sapi
Serbuk lada hitam atau lada putih

Apalagi,  hiaskan kuah dengan hiasannya dan mulakan dengan Bismillah. wallla!!!


Mighty 3 Gems

Hari ni Kak As nak cerita pasal Mighty 3 Gems ... bukan Mighty Ducks isy isy isy.

Mighty 3 Gems ialah set gabungan 3 makanan tambahan yang popular dari Shaklee iaitu susu soya ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. 


Hari ini ramai sekali pelajar, remaja dan orang dewasa pun yang mengabaikan sarapan pagi. Ada macam2 alasan sibuklah, tak boleh makan waktu pagi sebab sakit perutlah  dan kesuntukan masa ... nanti punchcard merah (ehh banyak lagi ker office guna punch card??). Mereka tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Apabila tidak bersarapan, seseorang itu akan mengalami keadaan berikut :-
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • Kandungan gula dalam darah menjadi rendah
  • Produktiviti kerja menurun


Sebagai alternatifnya, Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.  Walaupun begitu, tak bermakna tak perlu dah makan roti, minum susu, minum jus dsbnya, kita janganlah tinggalkan terus amalan bersarapan pagi yang lengkap dengan khasiatnya.

Kebaikan yang diperolehi dengan pengambilan set Mighty 3 Gems adalah seperti berikut :-
  1. Bertenaga sepanjang hari
  2. Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  3. Memelihara kesihatan secara menyeluruh
Ketiga2 produk ini memainkan fungsi yang saling berkaitan antara satu sama lain.

ESP  
  • susu soya berperisa vanilla ini memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
  • indeks glisemiknya yang rendah memberikan lebih tenaga
  • berkeupayaan menghalang dari gastrik
  • menjadi "milk booster" bagi ibu2 yang menyusukan bayi
  • menjadikan kulit lembut dan anjal
Meal Shakes
  • membantu memberi tenaga dan mengurangkan rasa letih
  • lengkap dengan nutrisi diperlukan tubuh (vitamin, zat galian, kalsium, protin dll)
  • mengandungi serat yg membantu mengatasi sembelit
Performance Drink
  • minuman tenaga berperisa oren yg lazat
  • mengekalkan kandungan air dalam badan
  • mampu mencegah dehidrasi akibat keletihan
  • mengawal bekalan gula dalam darah
Jadi kalau uolls berminat nak tau tentang Mighty 3 Gems ni, meh contact Kak As. Nanti Kak As bagitau la macamana cara nak makan 3 supplement hebat ni.  Jangan lambat, nanti stok kehabisan pulak. Macam bulan April ari tu, Kak As dok promote set sendi, punya ramai yang beli.  Sekarang ni supplement Advanced Joint Health Tablet tu memanjang aja tak ada di Shaklee Branch sebab ramai dah akui kehebatannya, semua berebut nak beli.

Jangan uolls pulak menyesal Mighty 3 Gems kehabisan stok nanti!!!




Wednesday, 7 May 2014

Promosi 6 + 1 - Mei 2014

Seperti bulan2 sebelum ini, setiap 1 haribulan pasti ditunggu oleh pengguna dan pengedar Shaklee dengan penuh debaran. Tertanya2 apa pulak produk promosi bulan ni.  Tengok2 bulan Mei ni produk meal shakes. Memang ramai yg suka produk ni. Sebab apa? Sebab khasiatnya banyak. Paling penting rasa nya sedap dan baunya pun wangi (bukan ke Kak As ni suka semua yang sedap2 ajer??)


Meal Shakes selalu dikaitkan sebagai makanan tambahan kanak2.  Tapi sebenarnya boleh juga digunakan oleh para remaja, orang dewasa dan warga emas sebab khasiatnya yang pelbagai.

Antara khasiatnya yang utama ialah :
  • Nutrisi lengkap - menyediakan 19 jenis vitamin, mineral dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Semua bahan ini saling membantu untuk memastikan penyerapan maksima nutrisi oleh tubuh.
  • Menyihatkan sel2 tubuh - kaya dengan protin yang membantu pembinaan sel2 kulit, kuku, rambut, darah dan lain2 bahagian tubuh
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yg penting bagi pembentukan tulang dan sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida - mengandungi Vit A, C, E, zink dan selenium yg merupakan agen anti-oksida yg mampu melawan jangkitan
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi Vit B yang lengkap, copper dan zat besi yg membantu pembentukan sel2 darah merah yg sihat, yg membantu kecantikan kulit wajah
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut yg membantu membuang lemak berlebihan dan sisa usus di keluarkan dari tubuh

Meal Shakes yg diperbuat dari bahan semulajadi saperti kacang soya, lactalbumin (sejenis susu), buah2an, sayur2an, fruktos dll bahan berkhasiat mempunyai perasa vanilla yg sedap. Meal Shakes boleh dibancuh begitu saja atau dicampur dgn susu soya ESP untuk mendapatkan minuman yang lebih berkhasiat.

Jadi sesiapa yang ingin mencuba kebaikan Meal Shakes boleh hubungi Kak As. Saperti biasa adalah lebih menguntungkan untuk beli pakej promosi. Dengan membeli 6 tin Meal Shakes, kita ada dapat PERCUMA 1 tin lagi yang bernilai RM113.75.  Jangan fikir panjang2, offer ni untuk bulan Mei 2014 jer.  


Saturday, 3 May 2014

GLA - untuk wanita

Dulu2 bila kita dah makin meningkat dewasa, kebanyakan kita wanita ni mula bimbang memikirkan kedatangan fasa menopause. Waktu tu macam2 kita dengar momokan dan fakta akibat kekacauan hormon wanita kita. Mood swing la (kira nak naik angin dan sensitif tak tentu pasal), hot flush la (kira berpeluh siang malam, kena sentiasa mandi dan duduk depan aircond), mudah dapat sakit sendi, kebimbangan tentang hubungan seks, penyakit2 wanita pun mula menjenguk2 dan macam2 lagi.


Kak As ingat waktu tu kawan2 ramai yang kempen utk ambil supplement evening primrose. Memang lah banyak kebaikan supplement ni. Shaklee juga menawarkan supplement yg sama fungsinya tetapi lebih tinggi tahap keberkesanannya iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA).

Setiap kapsul GLA mengandungi minyak biji borage, minyak biji bunga matahari dan Vitamin E.

Mari kita tengok fungsi setiap bahan tersebut :

Minyak Borage


"Borage Oil is used for its rich natural source of gamma-Linolenic Acid (GLA), an important OMEGA-6 fatty acid which is required for healthy skin cell membranes.


In the body, gamma linolenic acid is converted into prostaglandinl. Prostaglandinl helps heal inflammation of the skin and promotes skin health.

Borage seed oil can aid in healing symptoms of dry and cracked skin, eczema and psoriasis (see References).
It has one of the highest amounts of gamma-linolenic acid (omega-6) of seed oils - higher than blackcurrant seed oil or evening primrose oil".

Minyak Bunga Matahari

Minyak biji bunga matahari ini kaya dgn Vit E, Magnesium dan Selenium. 


Vitamin E mpunyai pelbagai fungsi spt menutralkan radikal bebas, mmelihara sel tubuh, mengurangkan simptom athma, arthritis, pra-menopause serta mengurangkan risiko masalah jantung, diabetik dan kolestrerol. 

Magnesium pula bfungsi mngurangkan risiko serangan jantung, mstabil tekanan darah, mningkatkan kesihatan tulang dan merehatkan saraf.

Selenium pula bperanan mperbaiki sel dan DNA tubuh.

************************************************************