Monday, 7 April 2014

Keperluan Kalsium Pada Manusia

Sekarang ni bulan promosi ostematrix .... BELI 6 PERCUMA SATU. Jadi adalah yang bertanya Kak As perlu ke nak beli set sampai 7 botol macam tu?  Sebelum Kak As jawab soalan tu,  Kak As nak bagitau ostematrix ni adalah supplement untuk mengatasi kekurangan kalsium dalam badan. Tapi sebenarnya kalsium dari sumber asli  seperti susu, kekacang dsbnya adalah lebih baik untuk tubuh, cuma tak semua orang dapat memastikan mereka mengambil kalsium dalam jumlah yang mencukupi. Justeru itu, ostematrix berperanan untuk menampung kekurangan tersebut.

Keperluan Kalsium Kita

Secara umumnya pengambilan kalsium ditekankan untuk kesihatan tulang. Mengikut cadangan pakar-pakar pemakanan, jumlah kalsium yang diperlukan mengikut umur bagi setiap hari adalah seperti berikut :-


Secara semulajadinya, kalsium boleh diperolehi dari sumber tenusu seperti susu rendah lemak tinggi kalsium, keju dan yogurt. Dari sumber tumbuh2an pula, kalsium terdapat dalam sayur2an (kobis, brokoli dan bayam), buah2an (buahan kering, oren dan jambu batu), kekacang (minuman soya, tauhu, almond, dhall dan kacang panggang), ikan (ikan kembung dan sardin).



Apakah Tanda2 Kekurangan Kalsium

Antara tanda-tanda umum kekurangan kalsium adalah spt berikut :-

1.  Kuku menjadi rapuh
2.  Sering sakit gigi
3.  Sering kejang kaki
4.  Sering mengalami sakit kepala
5.  Nyeri pada bahagian tulang pinggul dan pinggang
6.  Sering sakit sendi
7.  Jantung berdegup kuat

Sila rujuk rajah kat bawah ni untuk lihat lebih banyak tanda2 berkenaan.

Bagaimana Mengatasi Kekurangan Kalsium

Sebenarnya kita boleh mendapat kalsium yang mencukupi dari sumber semulajadi dalam diet harian kita. Tetapi biasalah kan, kekangan masa dan kehidupan harian yang kalut menyebabkan kita mengabaikan keperluan ini. Hatta nak minum susu segar segelas sehari pun susah. Mungkin sekarang kita belum mendapat kesannya, tetapi apabila umur makin meningkat, kita akan merasa peritnya kesakitan sendi, masalah saraf dan sebagainya. Waktu ni bolehlah diibaratkan sudah terlewat untuk memberi bekalan kalsium kepada tulang.  Ingat .... MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.  KOS PERUBATAN ADALAH SANGAT SANGAT TINGGI!!!

Alangkah baiknya kita bermula awal dengan membekalkan kalsium yang mencukupi untuk memastikan tulang dan sendi kita sihat. Disinilah supplement kalsium memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita hari ini.  Untuk mendapatkan supplement kalsium yang baik mestilah dipastikan kandungan kalsiumnya 1000 mg sehari. Supplement tersebut mesti mempunyai Vitamin D yang akan berperanan untuk meransang penyerapan kalsium ke dalam tubuh.


25 Senaman Perut


Woww ... sejak ambil suplement menguruskan badan, berat badan kawan Kak As dah turun!!! Happy sungguh dia sekarang ni. Dengan mengambil Herblax + Lecithin + Cinch Tea + Cinch Shake Mix, berat badannya turun 6 kg dalam tempoh 3 bulan.  Hebat tu!!!! Dia bercadang nak turunkan lagi 4 kg utk dapatkan berat ideal 57 kg. Sempat nak kurus sebelum raya ni, katanya.  Hahaahaa .... bagus tu. Tapi control diet waktu time open house nanti yer Cik Kak, jangan bagi naik 10 kg pulak di akhir Syawal nanti.

Tapi kawan Kak As nak bagi perut dia kempis cepat. Yelah, lemak tersimpan berpuluh-puluh tahun bukan senang nak pecah. Degil sungguh lemak tu.  Jadi Kak As sarankan dia buat senaman perut yang diajar oleh Kevin Zahri, jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan yang terkenal di Malaysia.

Tapi hati-hati yer. Bukan semua pergerakan tu sesuai untuk badan kita. Pilih-pilihlah mana yang bersesuaian dengan kemampuan diri.  Insyaallah kalau secara konsisten, nanti badan Cik Kak bukan ajer sihat dan cergas, malah cantik menawan. Happy jer Cik Abang tu nanti.  Jeles Kak As dengan semangat dia ni.





Wednesday, 2 April 2014

Ostematrix 6 + 1 (April 2014)

Wahhh .... baru jer berlalu bulan yang havoc. Bulan promosi ESP 6 + 1.  Hrmmm sampai Shaklee kena extend sehari sebab permintaan yang tak putus-putus.  Tu sebab Kak As selalu sebut ESP ni tok penghulu segala produk Shaklee. Bahagia jer bagi pangkat tok penghulu ... hikhikhik!

Untuk bulan April pulak, keluo produk popular OSEMATRIX 6 + 1.


Nak tau harga.  Cuma RM366 untuk 6 botol atau RM61 sebotol.  Oppp ... jangan lupa, ada sebotol free yer?? Jadi RM366 dibahagi dengan 7 botol, harga nya jadi cuma RM52 sebotol aje ... JIMAT RM9 SETIAP BOTOL ATAU JIMAT RM61 UNTUK PROMOSI NI.

Nak tau lebih lanjut tentang promosi ni ker, produk ker, cara pemakanan ker, cadangan kombinasi terbaik dengan supplement lain?  Hubungi Kak As yer :





Friday, 28 March 2014

Hari-hari Terakhir

Haaa ,,,  jangan terkejut dengan tajuk post makcik kali ni.  Hari-hari terakhir?? Sensitif jer kan bunyi nya.

Sebetulnya makcik nak cerita pasal promosi ESP beli 6 percuma 1 tu.  Promosi tu akan berakhir 31 Mac 2014 ni, ada 3 hari jer lagi.  So kalau uolls memang pengguna setia ESP, yakin dengan kebaikannya, dan sudah  merasai manafaatnya ... janganlah bertangguh nak buat keputusan. GRABBBBB jer.

Selepas 31 Mac ni, kalau uolls beli 100 tin pun tak der percuma dah ekkk.  

Sekali lagi nak peringat, kalau berminat nak beli ESP 6 + 1 ni, sms atau whatsapp makcik cepat2 ekkk. Nanti stock kehabisan, uoll menggigit jari!!!






Saturday, 22 March 2014

Jom Joging

Fuhhhh .... pagi ni mata punya la mengantuk.  Sebab semalam sampai pukul 12 pun tak tidor lagi. Seronok melayan tetamu datang.  Tetamu berkunjung membawa rezeki.  Raikan ... raikan.

Tapi walau ngantuk macamana pun lawan juga. Jangan biarkan diri tewas  pada anasir2 malas tu.  So, selepas ibadah pagi, kita mulakan langkah untuk berjoging. JOMMM!!!


Tapi umur2 macam makcik ni tak boleh le nak berlari pecut dah. Jalan laju jer. Pusing-pusing kawasan joging tu ... sampai semput.  Tapi tak risau le, sementara nak bagi kering peluh, bancuh jer Performance Drink.  Mulakan dengan bismillah terus minum le. Bukan saja hilang dahaga, tenaga pun kembali serta-merta.  Hebatttt.

Hrmmm ... rasa macam nak sambung joging ler pulak!!!